Thursday, May 10, 2012

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 09 MEI 2012 DI NILAI SPRINGS GOLF & COUNTRY CLUB






Permainan minggu ni di Nilai Springs. Satu dari gelanggang yang disukai member kita. Sepatut nya saya menyertai, tetapi oleh sebab kesihatan, terpaksa menarik diri. Maaf saya kepada semua terutama Raden Hamzah. Maaf saya juga kepada Datos Fuzi, Johar dan Hashim kerana mereka terpaksa main 3 ball je. Lain kali lah. Keputusan pada hari tu adalah saperti dipamirkan:


Menengokkan keputusan nampak nya, Mej Che Annuar ni kian meningkat. Minggu lepas pun bagitu. Ni celah celah mengatur kahwin anak. Mungkin dia sesaorang yang ‘Perform Under Pressure’. Eell done Che Anuar. Tahniah juga handicap sekarang 23. Harap harap akan bertambaik dimasa akan datang.  Ternampak saya nama Dato Johar Murad yang lama tak kelihatan. Nampak nya yang gagah dah mula menurun. Dato Nawi Alias ke 24. Dato Malek Shahar pun bagitu. Dato Mokhtar Perman ke19 dan Kol Abdullah Khir ke 28. Apa dah jadi ni. Macam biasa yang menongkat senarai ialah kawan kawan saya di handicap 24.
Semoga kita berjumpa lagi minggu hadapan.
Salam

No comments:

Post a Comment