Sunday, April 29, 2012

SETIAKAWANGOLF INTERNATIONAL MASTERS 6/2012 DI HUA HIN DAN BANGKOK PADA 22 SEHINGGA 27 APRIL 2012

SIM 2012 telah dirancangan untuk ke Bangkok dan Hua Hin selama 5 hari dan 4 malam dari 22 Apr hingga 27 Apr 2012. Satu malam di Hua Hin dan 3 malam di Bangkok.  Nampaknya SIM kali ini tidak mendapat sambutan dari ahli ahli SETIAKAWANGOLF kerana hanya 14 ahli sahaja yg dapat ikut serta.Ahli ahli yg ikut serta adalah:
  1.   Tan Sri Hashim Meon beserta Puan Sri
 2.   Dato Nawi Alias
 3.   Dato Malek Shahar
 4.   Dato Hashim Yahaya
 5.   Datuk Khalid Saad
 6.   Datuk Roslan Hanafiah
 7.   Kol Mutalib Mohd Salleh
 8.   Kol Kamaruddin
 9.   Supt Bahar Nordin beserta isteri
 10.  Kapt Yahaya Ismail
 11.  Hj Rahim Kassim beserta isteri
 12.  Hj Hussin Dos
 13.  Sdr Nazri Sulaiman
 14.  Dato Amiruddin Mahmud
  HARI PERTAMA...Ahad 22 Apr
 Semua peserta berlepas dari KLIA dengan menaiki penerbangan MAS MH 782 pada jam 2.15 petang. Sampai sahaja di Bangkok kami telah disambut oleh tour guide Miss Jenny


dan terus dibawa ke Hua Hin dengan menaiki bas. Perjalanan memakan masa lebih kurang 3 jam. Kami ditempatkan di City Beach Resort Hotel.
HARI KE 2...Isnin 23 Apr
 Hari pertama Pertandingan SIM...kami bermain di Black Mountain Golf Club yang sangat terkenal di rantau ini.
 Bak kata orang...A MUST PLAY course. Okeh kerana course ini tersangatlah cantik, hampir semua peserta telah bermain dengan baik yang dapat dibuktikan dari keputusan pertandingan seperti dibawah:


Dato Nawi telah bermain dengan sungguh cemerlang. Dengan keputusan nett 64 adalah sukar bagi pemain lain untuk "memintas" beliau. Saya seperti tak percaya apabila diberi tahu score yang dibuat oleh Dato Nawi sehinggalah saya melihat score card beliau. Riuh rendah lah bila Deputy President kita dapat bermain dengan baik. Macam macam cerita boleh didengar...dapat 12 par lah, putt 25 kali sajalah,  menang banyak lah dan macam macam lagi. Tahniah Dato.
 Seperti juga di kejohanan SIM yg terdahulu, kami akan mengambil kira 2 score dari permainan yg ditetapkan sebagai permainan untuk kejohanan. Tetapi bagi kejohanan SIM kali ini kami telah sama sama bersetuju untuk menggunakan score di Black Mountain sebagai score wajib dan score yang terbaik antara Suwan dan Vintage untuk mendapatkan overall result

Kami meninggalkan Hua Hin untuk ke Bangok pada jam 2.30 petang dgn menaiki bas juga. 3 jam lebih lagi dalam bas dan kami terus dibawa ke tempat penginapan di Metro Resort Hotel.  Disebelah malam acara bebas. Ada yg mengambil kesempatan membeli belah digerai gerai di kaki 5 sepanjang jalan kiri dan kanan hotel. Tidak kurang pula yang pergi untuk melonggarkan otot otot dengan foot massage yang memang menjadi industri pelancongan utama di Thailand.
HARI KE 3...24 Apr
Pertandingan SIM KE 2...bermain di Suwan Golf Club.

Aduhai Nazri, apasal la awak bawa kami bermain di golf course ini. Nampak saja flat dan senang tetapi tersangatlah mencabar...water everywhere. Saya sendiri hilang 7 biji bola (baru u) yang telah terjun ke dalam kolam yang bersepah sepah di seluruh golf course ini. Oleh kerana course ini tersangat susah, score pun jadi hancusss....lihatlah keputusan dibawah:


Dalam perjalanan pulang, semua peserta telah bersetuju supaya Suwan Golf Club ini dijadikan "kawasan larangan" untuk Pertandingan SIM dimasa akan datang.  Selain daripada mencabar, caddie juga tidak boleh diharap. Kami percaya masih banyak golf club di Bangkok yg "sesuai" untuk ahli ahli SETIAKAWAN bermain.
Sampai di hotel kebanyakan peserta pergi makan tengah hari di Restoran Mak Yah yang terletak di jalan yang sama dengan hotel lebih kurang dua par 5. Makanan boleh tahan saja tetapi harga agak mahal.
Di sebelah malam acara bebas. Bilik saya telah dijadikan operation center untuk makan "mango sticky rice" dan "durian sticky rice" yang dibelanja okeh Capt Yahaya. Maka malam itu saya dan room mate saya, Kol Mutalib tidor dengan ditemani aroma durian.
HARI KE 4...25 Apr
 Pertandingan SIM yang ke 3 dan terakhir telah diadakan di Vintage Golf Club.

Course ini jauh labih senang dibandingkan dengan Suwan. Ada juga air tetapi tidaklah sebanyak Suwan. Tidak ramai peserta yang bola mereka pergi berenang. Saya hilang hanya sebiji sahaja. Keputusan seperti berikut:





















KEPUTUSAN KESELURUHAN
1.   Champion - Dato Nawi Alias dengan combined score 138
2.   Deputy Champion - Datuk Khalid dengan combined score 144
3.   Assistant Deputy Champion - Hj Rahim Kasim dengan combined score 146

Disebelah malam telah diadakan Grand Dinner di Restoran Mak Yah.

 
Patron kita, Tan Sri Hashim Meon telah menyampaikan hadiah yg berupa wang kepada pemenang pemenang untuk semua pertandingan. Dalam hitungan saya, Dato Nawi mendapat habuan yang terbanyak kerana dia dapat hadiah untuk ke tiga tiga hari pertandingan serta juga sebagai overall champion. Tahniah Dato Nawi. Malam itu dia belanja kami naik "tut tut" selepas habis sesi urut kaki. Terima kasih Dato Nawi.
HARI KE 5....26 Apr
Hari terakhir...kami menaiki penerbangan MAS MH 789 yg berlepas dari Lapangan Terbang Antara Bangsa Suvarnabhumi tepat pada waktu yang dijadualkan iaitu jam 2.15 petang.
Sungguh pun SIM BANGKOK/HUA HIN tidak mendapat sambutan yang menggalakan,  namun ianya telah berjalan dengan lancar dan tetap meriah seperti juga SIM SIM yang lain. Saya sebagai Pengerusi SIM ingin merakam rasa penghargaan kepada semua peserta, khusus kepada Tan Sri Hashim Meon serta Puan Sri Noraini yang telah mengikuti semua SIM sejak mula diadakan. Begitu juga kepada Dato Nawi Alias yang bukan sahaja tersangat aktif tetapi juga telah memantau perancangan SIM dari masa ke masa agar SIM dapat berjalan dengan lancar.


Sehingga kita berjumpa lagi dalam SIM yang akan datang



1 comment:

  1. Kawan-kawan skawan,
    Thanks to Dato Khalid for the colourful reporting and John for prompt posting in the blog.
    We all must thank Dato Khalid and Nazri for planning and executing SIM6 in HuaHin/Bangkok with great success.
    Saya sangat GUMbira menyertai SIM6 kali ini...kita semua dah tahu kan?
    Not often I played good golf but having great company, Tan Sri Hashim, Dato Malek and Dato Hashim Yahaya at one of the best golf courses, Black Mountain GC, coupled with skill and luck I returned good scores.
    I enjoyed SIM6 tour though I missed Mani and many regular members and their wives. I hope all participating members and their wives have enjoyed as much as I did.
    Future SIMs will never be the same as Perth and Ho Chi Minh SIMs without you and your dear wives.
    The next SIM will be in Nov 2013... a very long 18 months to wait, may be we all join "SIM recce" in few months' time, insyaAllah.

    ReplyDelete