Sunday, April 11, 2010

THE 74TH US MASTERS – ROUND 3

Round 3 dah bermula dan tamat sekejap tadi. Hanya 48 pemain saje tinggal. Kali ni tiap tiap flight 2 pemain saje.

Lee Westwood masih ditangga diatas dengan -12. Dia dapat -4 68. Ian Poulter yang joint leader dengan nya dah keT6 apabila mendapat 74 diRound3 dengan -6 keseluruhan.
Phil Mickelson sekarang ni dinombor 2 apabila mendapat 67 (5 under) diRound 3. Keseluruhan dia di-11.
Tiger Woods ditempat T3 dengan KJ Choi di -8. Kedua dua mereka nampaknya akan bermain sekali diFinal Round. Ini bermakna KJ Choi bermain bersama Tiger Woods dikeempat empat round. Fred Couples yang pada hari pertama mendapat 6 under dengan 66, di Round 2 kecepes dengan 75 tetapi memperbaiki kedudukan nya dengan 68 diRound 3. Dia sekarang dinombor 5 dengan -7.



Ian Poulter yang pada mulanya menyerlah kini tertinggal diT6 dengan 2 orang lagi. Dia kecepes diRound3 dengan mendapat 74. Anthony Kim yang menyerlah dengan -6 bersama sama Tiger Woods kini di -5 selepas mendapat 73 diRound 3. Dia diT9 dengan Y Yang. Tom Watson (orang lama) yang pada Round 1 mendapat 67, hanya satu stroke belakang Leader, kini berada diT14 dengan keseluruhan di-2. Dia dapat 74 diRound2 dan 73 diRound 3. Betul lah gak nya orang lama ni tak boleh bertahan bila banyak ‘round’.
Itu keputusan dan kedudukan selepas Round 3. Final Round pada keesokan hari. Bangun jam 4.00 pagi sekali lagi. Siapakah yang akan memakai Green Jacket kali ini. Pada saya mereka yang berpeluang ialah Top 10. Leader sekarang ialah Lee Westwood dengan -12 sementara Anthony Kim
dan Y Yang di-5. Ada 7 stroke perbezaan. Tapi siapa tahu. Kalau Lee Westwood atau Phil Mickelson atau Tiger Woods atau KJ Choi tergelincir, dan Anthony Kim bermain baik mungkin dia boleh menjadi juara. Ini KALAU.






Kita saksikan esok diChannel 813 – jam 0400. Kopi O Satu.
Salam

Setiakawan Berharap Tom Watson Menang.













No comments:

Post a Comment