Thursday, April 1, 2010

SETIAKAWAN WEEKLY OUTINGS DI KINRARA GOLF CLUB PADA 31.03.10

Bila terima SMS dari RHM pada 28/03/10 yang berbunyi ‘ Jangan katakan kegagalan itu kesilapan. Katakan kegagalan itu satu pengajaran’. So can we tee off Kinrara GC on 31/03/10, please. Rgds. RHM’, saya rasa seronok, kerana dicourse ni, terakhir pada 17 Feb 10, saya telah menerima RM 10. Dapat net 75 pada hari tu. Tapi risau juga kerana teringat ‘comments’ Golf Captain kita DNA tentang standard Kinrara yang tak memuaskan. Tanya juga kat RHM kote kote dia tersilap. Oleh sebab takde response dari nya, saya kira semua nya OK. Pada permainan yang lepas saya telah memakai Bio Magnetic Necklace yang kononnya bagi power lebih. Kali ni bertekad hendak pakai lagi supaya performance saya boleh dikekalkan.
Sampai je terus ke Caddy Shack. Tempah caddy dulu. RM 35. Memadai. Sampai di Golfers’ Terrace dah ramai ada di kelab. Ramai yang lama tak jumpa, saperti Dato Ismail Hassan, Dato Khairuddin (DatoKMY), Dato Seri Yunus Tasi, Mej Rashid, Asmadi dan Dato Amin. Yang lain kira yang kerap ada, tapi sorang tak kelihatan – RHM. Last kita main kat Kinrara dia dah tersasul keBangi. Tak kan sekali lagi kote. Tapi nampaknya Kol Mutalib sudah pun mula mengutip duit untuk hari tu. RM 110. Tak termasuk breakfast, tak termasuk caddy. Cuma lunch
akan diuruskan. Dalam minum kopi, terima panggilan dari RHM. Rupanya dia tak sehat. Dia minta saya majukan nama nama untuk 3 flights kepada Wan Rohaya, diReception. Ini untuk memastikan bahawa group kita berdaftar untuk bermain.
Nama nama pemain untuk flight lain masih takde. Saya maklumkan nama nama 3 flights yang saya dapat. Dah yang lain nampak ‘upset’ pulak. Ia tak ia. Yang 12 orang dah tahu siapa dalam flight mereka sementara yang lain terteka teka dan juga hendak ambik buggy pun nak share dengan siapa. Dalam tertanya tanya tu, RHM pun sampai. Dia disambut dengan tepukan dan sorak. Haa. Penting juga RHM tu. Baru saya sedar. Saya dimaklumkan ada 6 flights. 24 orang. Satu angka yang kira memuaskan.

















Pada hari tu saya satu flight dengan Dato Ismail Hassan (DIH), Dato Anuarudin (DA) dan BG Rahman Jabir (RJ). RJ 18, DIH 20, DA 22 dan saya 24. Saya partner DIH. Kira nya buggy to buggy. DiHalfway Hut selain dari order minum dan kari pap, DIH order pisang. Ingat untuk tenaga. Sebut lah kat dia. Dia kata untuk terang pemandangan. Ini cerita baru. Tanya lagi - bagaimana? Dia kata ' have you seen monkeys wearing glasses?'. Boleh tahan bekas PTD kita ni.
Course ni jauh nya 6021 meter. Damai 2867, Sutera 3154 meter. Sutera lebih jauh 287 meter. Kita main Damai dulu. Saya kiranya dapat semua bogey melainkan satu double bogey dan satu par. 36+9 = 45. Whao. Tolak 12 jadi 33. 3 under. Itu 1st nine je. Disecond nine, Sutera, lain sikit. Sehingga Lubang 17 dapat 42. KALAU dapat double bogey diLubang 18 pun, jadi 48. 48+45 = 93 – 24 = 69. Wah 3 under. Itu KALAU. Jadinya lain. Ini lubang dog leg kanan, Par 4. Selalu kena lay up selepas tee off. Buat lah gitu. 3rd shot masuk bunker. Bunker lembab. Tiga kali nak keluar. Chip, tak kemana. Putt 2 kali. Dapat 9. Kita kira double par 8. Dah spoil angan angan tadi. Dapat 50. Gross 95 dan net 71. Masih under. OK lah tu. That’s Golf meh?
Yang carry saya terutama 2nd nine ialah partner saya DIH, Dia steady je. Lepas 1st nine, tukar baju, macam pemain tennis atau badminton lak. Sebab tu dia sentiasa berbau harum. Dia carry 2nd nine. Di Lubang 17, kita 1 down. Domey 1. Opponent kami dapat double bogey, DIH putt untuk par, miss tapi masuk bogey. Kami dapat 1 bola. 1st nine tadi all square, 2nd nine menang 1. Nett gain 1 biji bola. DIH dapat gross 99 – net 79, RJ gross 92 – net 74 dan DA dapat gross 100 – net 76. Saya net 71. Kira good outings bagi saya. Mungkin ada kaitan dengan ‘Bio Magnetic Necklace’ yang saya pakai.
Members yang lain saya jangka, seronok juga bermain selepas kita bermain diMelaka.
Cuaca bermula hujan gerimis, bertukar redup dan seterusnya panas terik. Selesai main dalam jam 1.30 tengah hari tu kira OK lah. Selesai mandi, mengemas diri, saya keDewan makan Club. Berjumpa dengan Dato Presidente kita yang datang untuk bersama sama kita. Dia masih tak boleh menyertai kami kerana surgery nya tempoh hari. But he came to be with us. We were honoured for him taking time to be with us.
Celah celah makan tu Pengerusi SENAT kedepan untuk
memaklumkan pemulangan wang yang lebih selepas SENAT 1/2010 diMelaka tempoh hari. Saya juga dipanggil. Dapat RM 15 balek. Saya telah membayar RM 410. Dapat balek RM 15. Bermakna saya membayar RM 395 untuk 2 hari bermain, satu malam penginapan termasuk breakfast, satu BBQ dan satu jamuan tengah hari. Mengikut Chairman pada posting nya pada 21 Mac 10, bayaran untuk satu malam penginapan, 2 breakfast dan satu BBQ ialah RM 158 bagi yang berseorangan. Permainan diTiara
Melaka ialah Gratis. Jadi dalam kiraan, saya membayar RM 237 untuk bemain satu hari diAyer Keroh Country Club dan Majlis Makan Tengah Hari pada 24 Mac 2010. Saya anggarkan ini termasuk hadiah yang disediakan. Maybe on the high side lah.
Selesai makan RK mengambil alih acara. Dia mengumumkan beberapa perkara tapi yang saya ingat ialah mengingatkan members sekelian akan majjlis perkahwinan anak nya pada Hari Ahad 04 April 2010. Butiran nya sila ikuti posting dibawah ini.
Pemenang kita pada hari itu adalah saperti dibawah:




































Salam

Setiakawan Akan Menerima Menantu – Lagi.

2 comments:

  1. Hai semua gang setiakawan,

    Mula mula nak ucap tahniah kpd kol John sebab dia dapat duit lagi...3rd B medal. I rasa bangga lak. Well done sqd. Sqd kita yg lagi sorang tu..MJHim KALAU dia tak blunder ( ada 2 par 5 dia skor double par 10) sudah tentu dia pun boleh dapat duit. Dia partner saya lawan orang Tepeng & RHM.

    Hari tu saya kena lanyak oleh RHM. Dia main macam hcp 15. Ada 3 lubang dia menang tanpa menggunakan stroke. Dia dgn partner dia orang tepeng tu memang kuat psycho saya...puji tak abis2 sampai hilang konsentrasi. Last last kalah full house 2nd 9...partnership dan juga on the side. Nasib baik dgn orang tepeng kami shake hand je. For the record, dia menang 5 hinggit.

    Sebenarnya saya rasa Kinrara ni senang sikit jika dibandingkan dgn lapangan2 lain yg kita selalu main. Kalu ditempat lain biasanya 2nd shot saya kena guna fairway wood tapi diKinrara ni banyak guna iron je. Par 3 semua guna iron. Maka itu sebabnya ramai yg dapat skor yg agak baik. Kalu DNA main tentu dia boleh dapat duit jugak.

    Akhir sekali nak tanya Dato Amin sikit. Member yg main 3 under tak kena potong hcap ke?

    ReplyDelete
  2. Dear Dato Khalid,
    Saya hanya potong handicap Mej Rashid secara sertamerta kerana beliau jarang datang. Ini kehadiran beliau yang pertama tahun ini. Bagi yang dua lagi, iaitu Raden Hamzah dan Md Nor Yasin, memandangkan ini adalah permainan terakhir bagi bulan march, saya terus masukan untuk review handicap baru bagi bulan april. Tapi kalau seseorang itu bermain under pada awal bulan sabelum permainan yang terakhir, maka potongan akan dibuat dengan sertamerta menggunakan kaedah yang dipersetujui. Terima kasih.
    Salam
    Amin

    ReplyDelete