Thursday, April 8, 2010

SETIAKAWANGOLF WEEKLY OUTINGS DI STAFFIELD COUNTRY RESORT PADA 07 APRIL 2010










SMS yang diterima dari RHM pada 04 Apr 2010 berbunyi ‘Sir, can I register you at Staffield CR 07/04. Your participation very important, please. Rgds, RHM’. Gaya dia mendapatkan peserta tu berbunyi ‘personal’ tapi saya agak ini cara personal touch nya untuk menarik penyertaan. Pada 06 Apr 2010 satu lagi SMS yang berbunyi ‘ 2 morrow is a ‘shotgun start’ at 0880 hrs. Must standby at the buggy by 0750 hrs. Sekiranya ada yang lewat then maka it will be converted to normal tee off. RENONGKAN lah, please. Got 8 flights and lunch at Restaurant Tom Yam. Now I’m leaving outstation. See you, Insyaalah. RHM’. SMS pada 06 Apr 2010 pada jam 9.00 malam pula berbunyi ‘Just arrived from outstation . Now prepare flight draw. Tiada seindah kata kiranya “shotgun start” dapat dilaksanakan. TQ for the cooperation. RHM.
Format shotgun start ini saya kira memang baik kerana kita akan mulakan permainan kita sekali gus dan menamatkan permainan hampir bersekali. Ini juga bermakna kita boleh menyiapkan diri selepas bermain dan memulakan lunch bersekali juga. Cuma masa nya saya kira terlalu awal. Kita ni bermain secara berriadah. Tak de apa yang nak dikejarkan. Tambahan pula oleh sebab kita mula bersekali, hampir semua lubang akan ada pemain dan habis pun hampir sama masa. Bagi pihak club pula ‘lapangan nya akan ada occupancy setiap minit’. Jadi apa yang nak dikejarkan. Mungkin ada yang lain pendapat.Saya mengalu alukan comments.
Tambahan pula cerita pergi ‘oustations’ ni kerap sangat digunakan. Ini mungkin akan jadi cerita ‘Cry Wolf’. Nanti. No further comments.
Pertandingan kita pada hari itu dikira macam memulakan US Masters yang juga bermula pada 07 Apr 2010, tapi oleh sebab perbezaan masa kita memulakan dulu. Saya jangka banyak lah berangan bermain macam Tiger Woods, atau Phil Mickelson atau Ernie Els. Moga moga tercapai. Saya tak dapat menyertai kerana terpaksa melayani keperluan perniagaan. Terpaksa berpatah balik. Tak lah banyak cerita kali ni. Keputusan yang saya terima dari Dato Amin salleh adalah saperti di bawah ini.



Tahniah kepada Dato Amin salleh kerana mendapat Champion kali ni. Gaya gaya ni nampak nya dia mungkin akan top ranking kita pada bulan April. TSNI dan Dr Khalil tak kelihatan atau tak mendapat kedudukan. Cuma dua yang dapat under. RK sorang lagi. Kira nya squad saya tiga tiga main baik. Dato K dapat net 76, RHM dapat net 79 dan MJHim dapat net 79. OCB lah tu. Well done.Saya turut gumbira. Squad sorang lagi, Dato Mohd Isa tak timbul nama. Tak main baik lah tu. Bagitu juga tak kelihatan Dato Presidente dan DNA. Kena cuba lagi next week. Special tahniah kepada Kol Dol Ngajis kerana mendapat nombor 5 A Medal. Dengan handicap 3 pun dia dapat net 78. Gross 81. Sebenarnya gross dia lebih baik daripada gross champion 83. Tapi oleh sebab handicap 3 maka dia dapat kedudukan itu lah. That’s Golf.
Tahniah kepada semua pemenang.
Salam

Setiakawan Beserta Dalam US Masters.

1 comment:

  1. Sahabat sahabat sekelian'

    Mula mula saya nak komen pasal paparan keputusan yg tidak jelas..langsung tak boleh baca. Ini juga berlaku kpd ranking bulan march..kecuali muka surat 1, muka surat yg laik tak boleh baca. Saya tak pasti dimana silapnya..mungkin laptop saya atau mungkin sebab2 yg lain.

    Pertandingan kali ini, saya kena belasah lagi. Kalu minggu lepas RHM dan Dato Malik yg belasah, minggu ini Dato Amin dan RK punya giliran pulak. Salah saya juga yg pandai pandai minta main dgn mereka..konon konon nak berentap dgn member yg baru dapat hcap 14. Tapi saya tetap seronok bermain dgn mereka ni. First 9 kami main di Northern. Dato Amin main 4 over gross dan RK 7 over. Mana dak nya.. lobang ke 2 Dato Amin dapat birdie dan saya tripple bogey. Lagi satu di lobang 7 par 3 yg panjang giler and over water, dia kasi on dgn wood 5 je. Saya balun dgn driver tak sampai..masuk bunker lagi.

    Macam biasa lah, bila 1st 9 dah banyak sangat under, mula le buat2 terkehel.Itu pun Dato Amin main 7 over, RK 6 over. Saya cukup2 makan je. Sourthern ni memang familiar kat saya..boleh handle. Tapi Northern ada sikit susah lah. Nak kata susah tidak juga..yg sebenornya swing saya ada meragam sikit masa di Northern ni disamping tergamam nengok kehebatan Dato Amin. Nasib baik di Southern saya dapat recover dan swing saya datang balik. Dapat le jadi deputy champion A medal.

    Tahniah kpd Dato Amin yg jadi overall champion dan RK deputy champion. TSNI dan Dr Khalil tak menang apa2...ni misti hcap baru punyal punya pasal lah ni. DNA pun tak menang walaupun hcap tetap tak berubah..masih hangover dari majlis kawin anak agaknya.

    Malam tadi pasang alarm pukul 4 pagi konon2 nak nonton US Masters..tapi tak bangun pun. Harap2 malam ni ada repeat.

    Tengah2 nulis komen ni, DNA call. Dia tengah kempen nak ajak kita main kat Lembah Beringin rabu depan. Dari kata2 dia saya dapat bayangkan tempat ini boleh tahan gak.Kata dia in term of driving time, it is faster to Lembah Beringin thn Tasik Puteri. Bagi member dari Southern Command memang agak jauh lah. Jadi saya kasi undi setuju. Harap2 member lain pun setuju jugak. MJHim ada staging area di KL. Dato K misti tak boleh main sebab sibuk dgn persiapan wedding anak dia.

    Itu saja ngomel saya kali ni. Jumpa lagi rabu depan.

    ReplyDelete