Monday, April 26, 2010

MAJLIS PERKAHWINAN KHAIRUS AMBIA PUTRA BIN KHAIRUDDIN DENGAN NURUL AYANEE BINTI AZRAI PADA 25 APRIL 2010

Saya sampai diDewan Majlis Perbandaran Seremban lebih kurang jam 1.00 tengah hari. Nak masuk kekawasan dewan pun sesak. Maklumlah ramai tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan anak Lt Jen Datuk Khairuddin dan Datin Rokiah. Mujur ternampak Kol Zainal Yan ( B ) sedang mengundur kereta untuk keluar, saya pun mengambil tempat nya.
Masuk je ke dewan disambut oleh Datuk Md Ruslan Haniffa dan isteri. Berjumpalah dengan AJK yang lain yang menyambut dengan senyuman kemesraan.
Kelihatan banyak yang dikenali. Beberapa member Setiakawan termasuk Dato K, MJHim dan RHM memakai rosette biru.
Itu tanda AJK lah. Bagitu sibuk nampaknya. Saya dapat tempat duduk bersama sama Kol Razaki dan isteri, Puan Juriah , teman lama Mohd Noh Hamzah dan satu lagi tamu yang tak dikenali.
Terus saya megambil gambar. Majlis ni selain dari mempunyai sistem audio nya juga diiringi
oleh sekumpulan Gamelan. Juru acara ashik bertutur untuk memeriahkan lagi majlis.
Nampaknya pengantin sedang bersantap bersama sama tetamu kehormat yang lain. Sungguh manis dan padan berbaju biru. Dalam mengambil gambar tu, mencari juga Datuk Khairuddin. Rupa rupa nya dia masih di pintu masuk dewan, menerima tetamu. Bagitu juga Datin Rokiah.
Pengantin kemudian nya beredar untuk bertukar pakaian. Bila muncul semula pengantin lelaki, Kap, dalam pakaian seragam biru gelap dan memakai cap. Pakaian seragam juruterbang.
Memang pun kerana dia saorang juruterbang dengan Sistem Penerbangan Malaysia. MAS. Nurul Ayanee pula dengan gown labuh. Memang cantik, memang lawar. Bagai pinang dibelah dua. Teringat saya akan lagu ‘The Wedding’. You by my side that’s how I see us. Kira nya Kap nyanyi kat Ninie.
Kedua mempelai menaikki pentas untuk menyempurnakan acara memotong
kek. Kek 4 tingkat. Ada kapal terbang MAS pulak diatas.
Dengan pedang mereka berdua memotong kek. Selesai memotong kek mereka naik kepelamin untuk bersanding.

Beberapa undangan sahabat dan keluarga melaksanakan menepung tawar. Seramai 7 kalau tak silap. Lepas tu bergambar dengan keluarga. Riuh rendah suasana tapi dengan rasa keceriaan gelak ketawa. Kap cool je, bagitu juga Ninie.

Maklumlah bila menjadi pengantin sehari ni macam macam protokol dan prosedur perlu dituruti. Mereka kedua perlu bersabar. Raja Sehari lah kata nya.
Dalam suasana riang itu saya sempat berjumpa ramai teman lama. Kebanyakan nya bekas tentera. Maklumlah Datuk Khairuddin tu mantan Panglima Medan. Dia juga senior saya diCollege. Jumpalah dengan Rahman Amin, Abu Zahrin, Yusof Malik. Senior dia pulak termasuk Tan Sri Zahidi,
Ahmad Zehnun, Ramli Yusof dan Hamzah Ibrahim.

Lebih senior kelihatan Tan Sri Freddie Hashim Mohd Ali, Dato Ismail Hassan,Saudara Majid, Dato Kadir dan Datin Rafeah dan Lt Jen Andy Adenan dan Dato Aziz Hassan .









Yang masih berkhidmat kelihatan








PAT, Tan Sri Azizan, TPTD Dato Zul Zain dan Kol Hasni Mohd Salleh. Hasni ni mengikut cerita akan di pakaikan pangkat Berig Jen pada 29 Apr ni. Congrats Orang Kampung.
Member member lain juga kelihatan.









Dato Presidente dengan Datin Fatimah Huri, DNA dan Datin Mani, Dato Amiruddin dengan Datin Tini, Dato Khalid dengan Datin Midah. Anak anak pun turut hadir.
Bagitu juga Dato Hashim Yahaya dengan Datin Halijah. Kelihatan Baby sekali. Dato Isa Hassan dan Datin Mie.
Sabelum meminta diri sempat berjumpa Datuk Khairuddin. Berpoloh poloh dia. Hai dewan aircon pun berpeluh.





Dah, mengurus perkahwinan anak tu memang lah bagitu. Tapi Datin Rokiah nampak cool je.

Dalam jam 2.45 saya pun beredar dari dewan itu. Terima Kasih Datuk dan Datin.

Tahniah kepada Khairul Ambia Putra dan Nurul Ayanee. Selamat Pengantin Baru. Selamat Melalui Zaman Berkeluarga. Semoga Saudara Berdua diBerkati Allah Sentiasa.





Salam.

Setiakawan Menerima Menantu Lagi. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment