Setiakawan memutuskan untuk bertanding di Nilai Springs Golf & Country Club untuk minggu ketiga bulan April ini. Course ni memang satu daripada course yang disukai oleh members. Pembayaran untuk weekdays adalah berpatutan. RM 110 termasuk satu caddy untuk satu flight dan termasuk makan tengah hari. Sarapan saya kira kena tanggung sendiri.
Sampai dikelab dah ramai ada bersrapan.
Saya terus order nasi lemak bungkus dan satu kopi O kurang manis. Yang lain pun nampak order yang sama tetapi ada juga order roti atau Milo. Kiranya tiap tiap orang ada preference nya. Yang timbul kemuskilan ialah semasa membayar. Staf kelab bawa bil untuk keseluruhan. Macam mana nak bagi. Kalau ada philanthropist pada pagi tu tak pe lah. Tapi ni tiap tiap orang order dan hendak bayar bersendirian. Kira kira cara ‘Dutch’ lah. Bila tak de yang menjelaskan, bermakna RHM kena jelaskan. Bila tiada budget untuk sarapan dan Setiakawan kena bayar bermakna akan menjejaskan wang hadiah. Mungkin satu ‚dasar’ boleh saya cadangkan dibawah ini.
Terdapat 5 flight keseluruhan. 20 orang kesemuanya. Tak ramai. Nak kata pasal ada DSA di PWTC, tak mungkin kerana yang menghadiri golf kita pada hari tu ramai yang ada kepentingan diDSA. Tapi yang tak hadir tu mungkin ada program lain.
Kita mula di Mango Nine. Lubang ni kena lay up dulu dengan medium iron. 190 meter untuk cross sungai. Tak pernah saya nampak sesiapa menggunakan driver. Arham ke Dato Isa ke atau Ibrahim, mungkin. Tapi tak pernah saya nampak. Par 5. Yang pukul kemas MJHim. Pukulan kedua nya cantik. Lepas tu kecepes selalu hingga mendapat 7 kat situ. Saya dan 2 lagi Capt Yahya dan Dato K dapat par. Good start. Teringat juga kata kata ‘jinx’ yang mendampingi mendapat par ni. Selalu nya lubang berikut nya akan berterabur. Tak juga. Lubang 2 Par 4. Capt Yahya dengan Dato K par lagi. Saya double bogey dan MJHim double par. Di Lubang 3 Par 3 saya pulak Double Par dengan Dato K sementara Capt Yahya bogey dan MJHim double bogey. DiLubang 9, tee off saya cantik.
Bola terletak celah antara dua pokok besar. Nampak dah green menunggu. Pukulan kedua kecepes. Mula lah semua tak kena. Green menyenget pulak. Bola kehulu kehilir. Dapat 8 kat situ. Double par. Capt Yahya dapat bogey kat situ. Yang lagi dua tu dapat triple bogey. Ialah Index 1. Interesting hole. Bagitu lah permainan kami.
Yang nampak kukuh ialah Capt Yahya, handicap 14. First Nine Gross 43 sementara Dato K handicap 14 dapat gross 48. Kami handicap 24, satu dapat 55 dan satu lagi 56. Teruk.
Second Nine di Island Nine. Par 5 Index 2. Kira lubang susah lah ni. Tee off saya melepasi kolam tapi bergolek kebelakang. Hampir masuk kolam. Pukul punya pukul dapat triple bogey. Yang lagi 3 pulak MJHim bogey dan Capt Yahya dan Dato K dapat double bogey. DiLubang 17, Par 5 Island Green memang mencabar. Mereka semua 4 on sementara saya 3 dapat ke green. Diapron. Tiga kali putt, dapat bogey. Tapi menang kat lubang tu kerana yang lain dapat double bogey. Disecond nine ni saya dapat 55 lak. Yang lagi 3 tu, MJHim 48, Capt Yahaya 46 dan Dato K 47. Keseluruhan saya dapat 111, MJHim 103, Dato K 95 dan Capt Yahaya 89. Kira nya partnership saya dengan Dato K tumpas hari tu.
Keseluruhan cuaca amat panas. Bahang rasa nya. Tak de angin langsung. Berkilat muka semua orang. Kalau lidah kita panjang terjelir lah lidah. Tak boleh komplain. Sekurang kurang nya kita dapat habiskan permainan tanpa terhenti.
Selesai bermain, berjumpa members members lain. Tertanya tanya makan tengah hari dimana. Kira saya yang tahu ialah RK dan RHM. Venue ni tak lak diberitahu kami. Panggilan ketalipon kedua dua nya tak berjawab. Tengah putting kote. Terpaksa menunggu. Mungkin perkara ni boleh dimaklumkan lebih awal lagi melalui SMS yang biasa dikirim. Kalau Ops Orders tentera dikenali sebagai ‘Coord Instructions’. Akhirnya kita tahu makan tengah hari ditempat yang sama iaitu di BBN CafĂ©. Kita lebih mengenali nya dengan Restoran Pak Din. Kesana lah saya. Dah ada 4 orang dah.
Selepas tu mula tempat yang di khaskan kita dipenuhi members.
Meninjau kawasan hidangan untuk kita,
terdapat lauk lauk lemak ayam, sambal tumis udang, asam pedas ikan, sayur kacang bongcis, ulam dengan sambal belacan. Air sirap dan air sirap kuning, buah tembikai dan betek. Memang seronok makan disitu. Memang makan boleh sampai kenyang. Tetapi, cuma dalam 12 orang je hadir. Yang lain dah balik kerana urusan masing masing. Tapi yang kita hormat tu Patron kita TSHM dan Vice President DNA tetap bersama kita pada tengah hari tu.
Selesai makan RK mengambil aleh. Sabelum penyampaian hadiah dia telah mengumumkan beberapa perkara termasuk:
a. Ahli terbaru – Lt Jen Dato Affendi bin Mustapha (B), mantan Panlima 1 Divisyen Infanteri. Sekarang dah bersara dan akan turut serta dalam weekly outings kita. Welcome Dato.
b. Piala Setiakawan International Masters atau Piala SIM ditunjukkan kepada semua. Piala ni disumbangkan oleh Patron kita TSHM. Terdapat nama juara diSoerabaya pada tahun 2009, terukir diplate yang ada terlekat. Kali ni piala ni akan dibawa kePerth Australia untuk dihadiakan kepada pemenang SIM disana.
c. Lawatan kePerth, akan bermula pada 3 Mei tahun ini. Seramai 12 golfers akan kesana bersama isteri. Penerbangan dengan Air Asia yang akan berlepas pada jam 2350 hrs. Tengah malam la tu. Ini supaya dapat berehat dalam penerbangan supaya apabila tiba diPerth lebih kurang jam 0500 hrs dah siap untuk mengikuti rancangan yang telah diatur disana. Saya jangka semua yang akan kesana telah pun diberi itinerary yang lengkap oleh RK. Saya harap semua akan mengikuti program ni dengan teliti. Tak mahu dengar berita members tersangkut di Perth lak. Berita yang agak Gumbira ialah semasa kunjungan ke Freemantle, lunch berupa fish & chip akan ditaja oleh DNA. Mengikutnya oleh syarikat kepentingan nya disana. Thank You Dato. Any more offers from the rest?
d. Datuk Khairuddin Mat Yusuf akan mengadakan majlis perkahwinan anak lelaki nya Khairus Ambia Putera (KAP) dengan Nurul Ayanee Azrai (Ninie) pada hari Ahad 25 April 2010 di Dewan Perbandaran Seremban. Jemputan mulai 1200 tengah hari hingga jam 4.00 petang. Acara bersanding pada jam 1.30 petang. Kepada mereka mereka yang telah menerima kad jemputan diharap dapat menghadirkan diri.
e. Dato Amin Salleh memaklumkan bahawa member kita Kol Sheikh Taufik sedang dirawat diHospital Selayang. Ada kaitan dengan masaalah buah pinggang. Sesiapa yang ingin mengunjungi nya boleh lah ke Wad 9A Bilik 22.
f. DNA pula mengumumkan tawaran keChiengmai. Mengikut nya dah ada 5 golfers. Dia menjemput 3 lagi. Lawatan dirancangkan mulai 26 Jul hingga 30 Jul 2010. Musim buah buahan. Mengikut nya ground support termasuk penginapan ialah 10, 300 Bahts lebih kurang RM 1300. Ini termasuk 3 kali bermain golf dan transport. Isteri isteri akan di rancangkan melancung dengan local guide. Kalau sorang je 9,000 bahts. Mengikut tambang penerbangan sehingga 21 Apr tawaran tiket ialah RM 413 Returned. Maknya kalau bersama isteri jumlah nya dalam RM 2126. Wah melancung lagi Setiakawan ni. Yang berminat harap hubungi DNA.
Selesai pengumuman RK mengumumkan pemenang hadiah. Kali ni berbeza sikit dari yang biasa. Members kena cabut undi. Setiap member akan digandingkan dengan saorang pemain lain. Kalau kedua dua net mereka baik boleh lah memenangi hadiah. Ini betul betul tengok nasib. So, dari permutasi sedemikian pemenang pemenang nya ialah saperti dibawah:
Yang jelas nya Top 3 kali ni tak dapat ape ape. Ini kerana mereka digandingkan dengan pemain yang mendapat score tinggi lah tu. Macam Zulkifli Hamzah, net dia 71, nombor satu tapi langsung tak dapat hadiah bermakna dia partner dengan pemain yang dapat net 85 keatas lah tu. Sori lah Zul. Bagitu juga Arham dan Che Gu Nasir. Awak berdua sudah tentunya ipartnerkan dengan pemain pemain yang tersenarai dibawah senarai.
Oleh sebab cuma ada 20 pemain, ini juga bermakna semua dapat points untuk SEGOY kita. Yang last nombor 20 akan dapat 12 points. Saya nombor 19 akan dapat 14 points. At least ada points.
Kita selesai penyampaian hadiah pada jam 2.45 petang dan mula bergerak pulang dalam jam 3.00 petang.
Salam
Setiakawan Asyik Ke Overseas Je

Hi Skawan Gang,
ReplyDeleteLama benar saya tak bermain di Nilai Spring GC, rasa-rasanya hampir 6 bulan, hinggakan caddy pun bertanya kenapa muka saya sangat lama tak nampak. Ada juga caddy yang menaruh minat kut!!
Saya bermain bersama TSHM, RK dan member baru, Lt Gen Affendi (B). Lubang pertama sudah hancur sebab pukulan pertama bola sudah jatuh dan berehat dekat pokok besar. Pukulan kedua susah keluar dan terkena pokok kecil dan berakhir dengan tripple bogey, an ugly way to start a golf game!
Tetapi saya bermain 2nd 9 baik dengan par, bogey tanpa sebarang bogey. Ahkirnya saya perolehi gross 92, tak kemana nampaknya. Tetapi "golf is a game of skill and luck" dan nasib saya baik hari itu kerana semasa penyampaian hadiah ball-sweep secara "blind parnership", saya telah digandingkan dengan Dol Ngajis ( net 74) dan mendapat tempat PERTAMA! Nasib le tu.
Saya akan ke KUCHING minggu depan dan akan mengambi MAS Flight malam hari Selasa dan dijangka dapat bertemu dengan skawan gang pada pagi Rabu 28 April, InsyaAllah ( belum tahu dimana ). Sepanjang cuti minggu saya telah rancang akan berada di RSGC Driving Range, Practice Green dan Chipping Ground mengadakan latihan persiapan sebelum kePerth, Australia.
See you Wednesday 28th April 2010.
DNA