Thursday, January 21, 2010
WEEKLY OUTINGS DIBANGI GOLF RESORT PADA 20 JANUARY 2010
SMS RHM yang diterima pada 19 Jan 10 pada jam 8.00 malam berbunyi:
‘Gentlemen, we got 8 complete flights. The damage is RM 110 (g’fee, buggy, insurance and lunch) only. Lunch will commence upon the seats are fully occupied, please. Those taking shower try to expedite, please. Your undivided support and your fullest cooperation is recorded and very much appreciated.
Rgds. RHM.
Gaya gaya RHM ni tak lama lagi tukar title dia kepada RSM lah. Anyway sesampai saya diBangi Golf Resort ramai juga golfers yang ada tetapi banyak muka yang saya tak kenal.
Dalam hati mungkin kita dah dapat members baru. Tapi lama kelamaan baru saya sedar ada banyak group yang telah memilih bermain diBangi GR pada hari tu.. Ada diantara nya yang saya kenal. Yang saya kenal lama dan yang saya cukup sanjungi ialah Kol Ismail bin Salleh PGB. Pingat Gagah Berani ialah anugerah yang dia terima pada 2 Jun 1971 semasa Company nya (C Company 6 Renjer) bertempur dengan musuh diHutan Tanah Hitam, Klian Intan, Perak pada 27 Ogos 1970. Masa tu dia berpangkat Mejar je. Pada masa tu pun saya masih Leftenan Muda. Masih mentah dan juga beroperasi dikawasan sempadan Malaysia Thai. Memang keadaan pada masa tu sangat ‚Hot’. Episode pertempuran ini akan saya cerita dipostings akan datang. Kalau nak baca ceritanya pegi ke http://www.semadabelatok/com/?=151.
Dikawasan ‚golfers’ terrace’ saya dapati Dato Presidente dah ada disana. RHM macam biasa sedang sibuk menerima duit ‘damage’ nya. Kejab kejab kira. Tak habis kira. Tapi kita perlu faham itu duit orang - amanah. Salah kira dia juga yang tanggung. Ternampak sorang muka baru tak baru. Saya bertanya. Rupanya Cik Gu Nasir.
Dia ada menyertai minggu lepas tapi saya tak dikenalkan. Kali ni kenal lah. Selamat Datang Cik Gu. Sorang lagi yang saya tertunggu tunggu ialah sahabat saya yang sangat saya rindu. Dato Khairuddin. Sekarang dah bergelar Haji. Leftenan Jeneral Dato Haji Khairuddin bin Mat Yusof (B). Wah dah berjela jela nama nya sekarang. Kami berdakap. Mudah mudahan berkat tanah suci tu terlekat kat saya untuk kesana. Sajak ’Air Mata DiTanah Suci’ ialah untuk meraikan kepulangan nya serta kepada Tuan Haji Tuan Haji yang lain.
Bersarapan lah saya. Order set Breakfast je. RM 3.50. Bersemangat sikit dah ada tenaga. Saya diganding dengan Mahfar Hashim, RK dan Datuk Johar Murad. Mahfar ni orang Johor dari English College. Macam saya lah. Bila dimaklumkan oleh RHM Mahfar ni ingin bergading satu flight, saya pun menjawab ‘pucuk dicinta’. RHM pun menjawab ‘ulam mendatang’. Macam berbalas pantun pulak. Sorang lagi yang saya seronok berjumpa ialah Dato Johar. Bila ada dia adalah mineral water free. Dua botol sorang. Kalau satu flight dengan dia dapat pisang emas pulak. Mengikut Dato K, kadang kadang ada biskot ‘Tiger’. Semoga dia dimurahkan rezeki sentiasa. Insyaalah.
Flight list telah menetapkan bahawa kita main di2nd dan 3rd nine. Kita ke3rd nine dulu. Nampaknya Setiakawan Group mendapat priority memulakan permainan.
Group satu lagi saya difahamkan oleh Kol Ismail Salleh ialah WE KL. Bila ditanya, WE tu ialah Warga Emas. Kita pun qualify group ni. Anyway mereka ada perkumpulan mereka. Kita bermula. Pukulan tee off saya kekanan. Pukulan ketiga masuk kebunker. Pukulan keempat melepasi green dan masuk kekolam Bola baru. Dah saya kata, bola saya suka sangat kat air. Give up. Kena rekod sebagai 8 lah disitu. Double par. Macam mana nak menunjukan a credible performance pada SACHA dan SEGOY ni. Saya dah bertekad tidak akan terima ‘wooden spoon’ lagi. Apa jadi pun.
Partner saya Mahfar main baik. RK memanglah bermain baik. Datuk Johar tu handicap 22 pun main baik. Saya main ‘so so’. je. Dato Johar ni saya tengok suka sangat kat fairway wood. Asalkan masih jauh keGreen dia akan pukul dengan fairway wood. Dalam bunker pun guna fairway wood. Tergerak juga nak nasihat dia supaya guna ‘iron’ tetapi kita ni sama standard. Nanti macam ‘ketam nak mengajar anak nya berjalan betul’. So saya diam saje. Ada pukulan dia yang baik. DiLubang 13, Par 4 dia dapat par. Kat par 3 Lubang 16, dia satu on. Jauh ditepi apron. Putt ketepi lubang. Tak sampai sekaki. Terpaksa ‘bagi’ lah. Dia ni macam our Mr Cool TSHM. Cool juga. Tak pernah marah atau gelisah. Dalam flight kami yang nampak bertarung ialah RK dengan Mahfar. Sama sama kukuh. Tapi pada lubang terakhir kami kalah juga 3 biji bola. First Nine dah kalah 3 biji juga. Dah lah kalah 6 biji bola kepada lawan yang kalah bola kat air tu pun satu hal juga.
Selesai bermain kita keGolfers’ Terrace untuk makan tengah hari. Kira kena cepat kerana RHM dah bagi ‘Warning’ supaya cepat. Kali ni lebih teratur dari apa yang ‘comment’ dulu. Hidangan disediakan apabila kesemua tempat duduk dimeja ada orang. Lauk macam biasa kari ayam, tahu dalam claypot, sayur chap chai, ikan sweet sour dan sliced beef in black sauce. Nasi puteh. Makan lah kita. Bila tiba kat buah, terdapat perbezaan dari dulu. Kali ini temikai dipotong 6 bahagian (dimeja ada 8 orang) tapi kali ini ada 3 set. Makna nya ada 18 potong buah temikai satu meja. Ini memang lah improvement. Memang kenalah. Tapi ada orang sampai korek korek isi sampai kedalam. Ialah – sedap.
Why not. Jeling jeling juga saya kote kote dia sampai kekulit pulak. Rupanya tidak.
RK mengambil alih untuk pemberian hadiah. Mula mula pengumuman.
a. Peringatan tentang SIM diPerth. Beliau mengingatkan tentang membuat tempahan cepat.
b. Pertandingan SACHA dan SEGOY pada 3 Feb 10. Tempat telah ditetapkan di Staffield Country Resort.
Untuk hadiah pada hari tu, oleh sebab ramai yang menghadiri maka banyak lah hadiah yang dapat diagih.
Keputusan Weekly Outings kita pada 20.01.10 adalah saperti dipamirkandibawah.
Champion keseluruhan ialah Sardon Kaprawi. Runners Up, dah lama tak menonjol diri, kini dah timbul dengan net 70. Kol Sheikh Taufik. Gaya dia terima hadiah macam dia champion lah. Satu lagi keputusan yang mencelikkan mata kita ialah orang yang baru balik haji. Dato Khairuddin. Dia claim tak main 3 bulan. Tapi gaya dia main macam ada latihan kat Arab Saudi. Tak kan kat
padang pasir kote? Kalau kat situ pun patutnya cekap dalam bunker je. Ini baik dalam semua department. Whatever it is Well Done Dato.
Selesai pembahgian hadiah, members semua beredar dengan janji untuk berjumpa diStaffield Country Resort untuk berlatih sabelum SACHA dan SEGOY.
Jawatankuasa bersidang sebentar untuk mengemaskinikan persiapan pertandingan yang akan kita kelolakan pada 3 Feb 2010.
Salam
Setiakawan Tak Sabar Menanti SACHA & SEGOY
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Setiakawan gang,
ReplyDeleteBetul kata kol John, pak hj baru kita, Dato Khairuddin bermain dgn baik sekali. Dia partner saya lawan Dato Hashim dan Cik Gu Nasir. Hebat betul dia main siap dgn dapat birdie sekali. Saya kira kira menumpang nasib kat dia lah. Kami menang rm20 je. Tima kasih partner.
Johan minggu lepas, Dr Khalil nampaknya tak menjadi kali ni. Dia kata suasana tak macam kinggu lepas...macam di Kapalua, Hawaii. Saya harap ini hanya temporary setback je Doc.
Boss lama saya DNA pun tak menjadi juga. Misti ada alasan...tangan kanan dia bengkak sebab angkat barang. Saya booking nak main dgn dia minggu depan tapi sayang dia nak return match dgn orang Tepeng..Dato Malik. Tak apa Dato..lain kali kita main satu flt. Jadi minggu depan Dato Daud lak booking saya...memang jadi ayamlah nampaknya.
Mej Saadon ni nampaknya very consistant...calon saya jadi johan SACHA. Tak tau tentang SEGOY sebab tak pasti standing dia. Well done wak.