Terdapat satu lagi jemputan kahwin. Satu lagi member SetiakawanGolf menerima menantu. Kali ini Haji Kamar Azaly dengan isteri, Hjh Annizar Mohammed menjemput kita kerumah nya diSeksyen 7 Shah Alam pada hari Sabtu 9hb Januari 2010. Jemputan adalah untuk meraikan majlis perkahwinan anak bongsu nya dengan pilihan hati, Syed Kamarul Bakri bin Hj Syed Ahmad Bukharey.
Undangan adalah dari jam 12.00 tengah hari sehingga 5.00 petang. Tercari cari juga kerumah Hj Kamar kita, tetapi jumpa juga. Maklumlah, Shah Alam kawasan baru, jadi mengambil masa sadikit. Semasa parking kereta terserempak dengan Dato Amir dan isteri. Bila diperkarangan rumah berjumpalah kita dengan Hj Malek Hormat, selaku ahli jawatankuasa menyambut tetamu. Berjumpa dulu dengan Hj Kamar berbaju keemasan. Nampaknya warna keemasan menjadi thema warna pada hari itu oleh pehak perempuan. Dimeja tetamu, jumpa pula dengan Dato Amin.
Dia ni bila majlis perkahwinan memang selalu datang awal. Come to think of it, di Weekly Outings kita pun dia datang awal juga. Ini kalah RSM. Oleh sebab sampai dalam jam 1.15, kejap lagi bunyi lah kompang menandakan kedatangan pengantin lelaki.
Myzatul Aishah, pengantin perempuan diunjuk keluar merapati Syed Kamarul Bakri.
Mereka digandingkan berdiri bersebelahan dan seterusnya dijemput duduk dikerusi khas. Selepas tu, seorang muda pun memulakan gerak geri pencak dan silat.
Saya tak pasti sebab sebab adat ini diadakan, tetapi yang sadikit saya tahu ialah untuk menunjukkan kepada pendatang (pengantin lelaki) akan kekukuhan diperkampungan itu. Dengan itu juga dia disambut dengan baik untuk melamar gadis kampung itu. Rasa saya lah. Mungkin ada fahaman lain sila terangkan.Oleh sebab pengantin diluar lagi, saya meneruskan makan dengan jemputan lain. Hidangan termasuk nasi beriani (dibuat muai dan tak berminyak), rendang daging ayam masak merah, dalca, acar timun dan acar buah, Sedap, tambahan pulak lapar. Air samaada sirup merah atau air mineral. Ada juga kueh sebagai ‚dessert’.
Selesai diluar, pengantin diarak ke dalam rumah. Duduk dipelamin. Adat merinjis dijalankan dengan tamu khas serta saudara mara dan sahabat andai.
Selesai dipelamin pengantin dipelawa kemeja yang disedia khas untuk, Santapan DiRaja’.
Pengantin atau Raja Sehari beserta jemputan khas pun memulakan santapan. Dalam masa ini kelihatan pengantin tak seberapa makan. Ambik syarat. Maklumlah masih rasa getaran jadi pengantin. Kira nya malu malu lagi. Tamu yang lain nampaknya berselera. Ada juga lauk tambahan. Lebih berselera lah.
Kami pun selesai berlegar dengan tamu lain dan minta diri pada jam 2.30 petang. Terima kasih kami kepada Hj Kamar dan isteri Hjh Annizar kerana mengundang kami.Kepada Syed Kamarul Bakri dan Myzatul Aishah, Tahniah, Selamat Pengantin Baru, Semoga Berkekalan Ke Anak Cucu. InsyaAllah.
Salam
Setiakawan Terima Menantu – Satu Lagi
Sdr Hj Kamar,
ReplyDeleteSaya minta maaf tak dapat hadir kenduri sdr ini. Last minit isteri ajak pergi Alor Star melawat kawan yg pergi haji degan kami dulu. Dari laporan yg John postkan ini, nampaknya majlis berjalan dgn lancar. Kalau ini perkahwinan anak yg terakhir, sdr tak payah pening kepala lagi lepas ini.