Thursday, January 14, 2010
SETIAKAWANGOLF WEEKLY OUTINGS DI STAFFIELD COUNTRY RESORT PADA 13 JANUARY 2010
SMS yang diterima dari RHM pada malam 12/01/10 berbunyi ’Sir, we got 7 full flights. Damage RM 110 (green fee n lunch only). Lunch will be at Restaurant Beranang about 2 km away from the club. C U 2morrow. RHM’.
Tujuh full flights maknanya 28 pemain. That’s good. Sesampai diStafffield Clubhouse dan selesai menyerahkan beg golf kepada pekerja disana, saya terus kekawasan pendaftaran golfers. Ramai dah members berada disana sedang bersarapan. Tempat minum pagi disediakan disitu. Baik juga sebab sambil mendaftar dan urusan persiapan bermain, kita boleh bersarapan dan bertemu members yang lain. Cuma nasi lemak ‘bungkus’ yang disebutkan oleh DNA dalam komen nya dulu, dah tak berbungkus lagi. Ianya dihidang dalam pinggan. Saya fikir, cara ni kurang ‘mujarab’ kerana kehilangan aroma daun pisang nya. Mungkin lebih ringkas dan penyelengara ‘outlet’ tak dibeban untuk mendapatkan daun pisang. Ini pihak pengurusan kena mengimbang antara ‘supply and demand’. Samaada nak memenuhi kehendak pelangan atau mengurangkan ‘remeh temeh’ supply sekiranya masih menggunakan daun pisang. Ini bukan ‘survey’ Cuma pandangan peribadi. Tak tahu pulak saya members lain lebih suka yang cara mana. Anyway, saya order satu nasi lemak dan Nescafe ‘O’ kosong. Selesai bayar kat RHM, duduk bersembang. Kelihatan members yang biasa dan satu dua yang dah lama tak kelihatan. Welcome Back, Gentlemen.
Saya digandingkan dengan Dato Presiden, DNA dan Dato Amin. Ini satu penghormatan. Maklumlah selain dari bersama Dato Presiden, dapat juga menguji kecekalan dengan pemain handicap 14. Saya partner Dato Amin dan kami bermula dari Southern Nine. Tee off diLubang 10 dulu. Saya nampak OK. Maklumlah ada gallery. Ada sorakan pula. Dari RHM. Kena pukul betul. Kita pun bermain. Ada yang baik dan banyak yang tak baik. Handicap 24. Tapi handicap 24 sorang lagi ( Dato Presiden) tu nampak lebih baik. Sampai diLubang 17. Par 3. 164 meter. Ada kolam. Opponent kami dua dua masuk kolam. Ini geranti menang, tapi mereka kedua dua nya chip ‘on’ dan lebih dekat dari kami. Saya dapat 5 kat situ. Mereka pun bagitu. Nasib baik partner saya dapat 4. Menang kita lubang tu. Kami menang 2 biji bola disitu.
Di Northern Nine, kedua dua mereka nampak lagi terror. Kita down memanjang. Sampai kat Lubang 16, Par 3, 180 meter.
Sayup nampaknya. Kat situ kami dah domey 3 down kepada mereka. Partner saya kekiri. Saya masuk kolam. Kali kedua pun masuk kolam juga. Dua dua bola baru. Bola bola saya (my balls) suka sangat dengan air. Saya give up kat situ tapi partner saya dapat par. Menang kami. Domey one up. Dua lubang berikutnya kami menang tapi oleh sebab domey, keseluruhan kami kalah satu biji bola. Ada menang ada kalah. Puas hati juga lah. Thanks to my partner Dato Amin. Sebab tu dia Top Rank untuk SEGOY. Very good chance for him come this 3rd Feb.
Dalam Bilik Persalinan bertanya saya jalan ke Restoran Beranang. Mutalib kata ‘senang je. Dari kelab belok kiri, dalam 2 kilometer nampak Balai Polis Beranang di kanan. Lepas tu tak jauh dikiri nampak restoran tu. Menyampuk RHM cari banyak kereta parking. Selesai mandi dan mengemas diri saya bertolak kesana. Jumpa balai polis, jalan slow nak cari restoran tu. Nampak Mutalib berhenti dikiri jalan. Sebelah kiri dia pokok kayu ara yang besar. Takde pun restoran. Mungkin dia tunggu kawan lain nak tunjuk jalan. Saya susur dikiri jalan. Setelah beberapa ratus meter baru nampak kereta banyak parking kat dalam kawasan restoran. Jauh juga tempat tu. Cerita kemudian, rupanya kereta Mutalib mengalami kerosakan. Gear Box. Macam Proton Perdana je. Kereta dia lebih lama agak saya. Dah kat restoran, bila akhirnya dia sampai sibuk pulak dia memanggil tow truck. Nak tarik kereta nya kewoksyop diKL. Lebih senang.
Restoran Beranang ni jenis masakan Thai. Jadi ada tom yam. Timun dengan sambal belacan. Ikan kembong masak 3 rasa. Sayur kailan dan juga macam campuran nenas, bawang dan timun. Sedap makanan nya. Saya difahamkan harga sekepala ialah RM 12.00. Memang boleh.
Sementara Mutalib sibuk dengan urusan kereta nya kita teruskan upacara kita. RK ambik alih dan mengumumkan pemenang.
Senarai pemenang hadiah telah saya poskan lebih awal lagi.
Apa yang jelas pemenang pemenang kebanyakan nya yang sama. Itu lepas handicap review. Letak handicap berapa pun mereka mesti menang. Tetapi ‘to be fair’ jumlah pemenang kita ialah 11 members.
Tiap tiap kali kita main seramai 20 ke 30 members. Sudah tentu lah pemenang yang menang nampak ‘familiar’.
Selesai acara, members pun bersurai. Bila keluar nampak satu kereta baru. Naza FORTE. Smart kereta model baru ni. Dato K punya. Anak anak nya bagi dia surprise dengan sebuah kereta. Bahgia nya diri. Dapat kereta baru. Kira dia dengan Datin Midah melaram lah diKL. Macam orang muda lah.
Selepas tu ada perbincangan sikit dengan DNA, RK, RHM dan Mutalib untuk memperkukuhkan persiapan SACHA dan SEGOY.
Perbincangan selesai dalam jam 4.00 petang.
Salam
Setiakawan Membuat Perancangan Bagi SACHA dan SEGOY.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Semua member setiakawangolf,
ReplyDeletePertama kena puji Kol John dulu sebab belum pernah gagal membuat laporan sebaik saja pertandingan mingguan berakhir. Seperti DNA saya juga setiap hari memistikan diri saya membaca blogg ini. Kol John ni kan kawan kawan, kalau dia tak bersara awal gerenti jadi jeneral macam sqd dia yg lain...saya, Dato Hashim dll. Well done John and keep up with the good effort.
Permainan saya pada minggu ini boleh tahan jugalah. Dengan hcap baru masih boleh main 2 under. Nasib je tu. Tapi yg sedihnya, dapat no 3 je. Kawan kita yang jadi johan B medal nett score dia 71.
Saya paling gumbira melihat DR Khalil bermain dgn baik sekali. Dia dah dapat form dia balik yg telah hilang buat sekian lama. Dia bermain satu flight dgn saya. Dia Partner TS Hashim Meon dan saya dgn member baru, Cik Gu Nasir. TERDUDUK kami dikerjakan mereka berdua ni. Bila dia down partner dia pulak menjadi. Itu sebab TS Hashim mengelar diri dia BACK UP SQUADRON. Sungguh pun kalah, saya tetap gumbira kerana melihat Dr Khalil telah dapat form dia balik. Well done doc.
Hi Skawan Gang,
ReplyDeleteI am glad John is keeping up with his great effort of posting skawan weekly report in real quick time and I tend to agree with Dato' K on John's "BAT D11 report". Well done, John.
I agree with John regarding the missing nasi lemak bungkus daun pisang at Staffield GCC! I know what to do next time if they still do not serve nasi lemak daun pisang!
Judging from Dr. Khalil's performance.. Well done Doc, he is now emerging as a more serious threat compared to Dato Amin. I am watching the doc and I may have to resort to my alternate strategic plan to overcome this threat during SECHA and SEGOY!
At no.1 T box I revealed to Dato'Amin that my current biggest battle is NOT to return with any "double" bogey though my earlier mission was to play to nett 72. I achieved my mission during PRESTO, scoring nett 70, and this week I was successful with pars and bogey..... but only until the 17th hole ( hole 8 for our flight) the intimidating par-3 lake hole with nothing but water until the green!
I swore for 156 metres and with my 6 iron, I would put my bridgestone no.1 ball easily on the green! However, this is the hole which made our opponents, Dato Amin and John very happy because both my partner, Dato Ghani and I drove our balls into the lake and returned with double bogey. They won the hole with a bogey.... but that's golf!
First double bogey for the day for me, the beginning of 3 double bogeys ( no good for hc 14!) and miserabally lost my battle! Inspite of all the bad stories, the good news was Dato Ghani and I doubled, led by 3-up, beat them on the second nine game.... forget about the 18th hole!
I told skawan members during lunch that I would not be playing coming Wednesday Skawan golf because I have to go to RSGC to meet the PRO and learn how to play good golf.
Surely you can now make a good guess my performance at SECHA and SEGOY?
See you on 3rd Feb 2009 for SECHA and SEGOY at Staffield GCC, insyaAllah.
Salam,
DNA
Salam Setiakawan members,
ReplyDeleteDato' Khalid played the 1st 7 hole at 1 over gross,making pars even when he was not supposed to.
TS Hashim was my partner in PD and i let him down that day,KO-ed by Dato Ghani and Kol Ramli K.
I reckon desperate times call for desperate measures and it was one of those days when things went so well.
My partner,TS Hashim, was no ordinary back-up squadron,making birdie when par was just not good enough to match Dato Khalid 6 straight pars.
The weather was also helping with Kapalua-like, breezy and not hot,and we were back at the club house by 1145am.
Looking forward to the next one.Bye
Dr Khalil