Saturday, January 30, 2010

MEMUNCAK KEARAH SACHA DAN SEGOY

Selepas selesai penyampaian hadiah pada 27 Jan 10 hari tu dan members dah beredar dari Restoran Tom Yam Beranang, Jawatankuasa SetiakawanGolf bersidang. Kebelakangan ni kerap juga bersidang. Bertujuan untuk menentukan bahawa pertandingan SetaikawanGolf Annual Championship (SACHA) dan Setiakawan Golfer of the Year (SEGOY) berjalan dengan kemas dan teratur. Beberapa perkara telah timbul dan dibincangkan:
a. Kelayakan Bagi SACHA dan SEGOY. Mengikut ketetapan yang telah diputuskan pada tahun 2008 lagi, kelayakan bagi menyertai SACHA ialah members telah menyertai tidak kurang dari 10 kali pertandingan mingguan kita diMalaysia. Bagi SEGOY pula penyertaan tidak kurang dari 25 kali diMalaysia. Permainan diluar Negara tidak dikira. Mereka mereka yang layak adalah saperti disenaraikan dibawah ini. Seramai 44 member layak keSACHA dan daripada jumlah itu hanya 16 member layak bagi SEGOY.
b. Penyertaan Daily Medal. Kepada members yang tak disenaraikan dalam senarai peserta adalah digalak menyertai sekali untuk Daily Medal. Tidak mustahil Saudara boleh memenangi pertandingan bagi Daily Medal. Mungkin juga boleh menunjuk kebolehan menandingi members members dalam senarai SACHA dan SEGOY.
c. Peserta Pertama Kali. Jawatankuasa tidak menggalak peserta yang menghadiri buat pertama kali. Ini disebabkan kita tak dapat menilai handicap nya yang sebenar. Tak ndak timbul persoalan pula. Kita ni berkawan biarlah kekal berkawan semasa bermain dan sesudah bermain. Members yang hendak mengenalkan member baru disaran membawa kawan tu selepas 3 Feb ini.
d. Goodies pada Hari Pertandingan. Nampaknya ada beberapa goodies yang akan diberi kepada semua peserta pada hari itu. Yang pasti, kita akan dapat satu T-shirt. T-Shirt ni ditaja oleh Kapt Yahya dan Kol Zainal Yan. Kita juga akan dapat satu cap sumbangan dari Dato Nawi Alias (DNA). Cuma keperluan jawatankuasa ialah kedua dua nya dipakai pada hari pertandingan. Wah nampak macam pakai uniform lah kita. Tak pe lah. Penaja pun hendak kan pulangan melalui publisiti.
e. Hadiah Pertandingan. Jawatankuasa telah menetapkan bahawa hadiah ialah berupa ‚tunai’. Berapa jumlah nya saya tak pasti lagi. Tapi banyak juga. Untuk SEGOY hanya ada 3 hadiah saje. The Golfer of the Year dan pemenang kedua dan ketiga. Ini baik untuk mengalakkan penyertaan dalam category ini. Bagi SACHA pula ada beberapa bahgian hadiah. Semua nya net score.
f. Gross Score. Jawatankuasa juga bersetuju untuk mengadakan hadiah untuk Best Gross pada hari itu terbuka kepada semua. Tiga hadiah kesemua nya. Ini untuk mengalakkan members yang handicap rendah.
g. Piala Piala. Tiap tiap pertandingan ada piala masing masing. Piala SACHA disumbangkan oleh Kapt Yahya dan Kol Zainal Yan sementara Piala SEGOY dihadiahkan oleh DNA
h. Mode Pertandingan. Macam pertandingan antarabangsa, flights akan diatur mengikut ranking dalam senarai. Empat pemain bagi satu flight. Kita akan dibantu dengan satu caddie pada tiap tiap satu buggy. Masaalah nya sekiranya kurang caddie je. Semua sudah diatur pembayaran. Cuma tip aje kalau nak beri.
i. Makan Minum. Ini juga telah diatur. Sarapan dan makan tengah hari akan diatur dikelab. Kesemua telah dimasuk kira dalam yuran yang dibayar.
j. Penyampaian Hadiah. Acara ini akan diadakan di Dewan Banguet kelab selepas pertandingan. Semua peserta dijemput hadir. Memang lah elok kalau semua hadir kerana ini acara tahunan kita dan merupakan kemuncak aktibiti kita. Saya harap semua members dah pun ‘block out’ hari itu dari pagi sampai kepetang. Jangan adakan appointment. Kalau perlu ‘ klinik buka belah malam je’ atau ambik ‘Locum’. After all you are one of the contenders. Yang lain tu jangan pula ada ‘Board’ meeting. You chairman - you tetapkan meeting pada hari lain lah.
Sekarang ni diDoha, Qatar ada pertandingan Commercial Bank Qatar Masters. Di Torrey Pines, California, USA pula ada pertandingan Farmers Insurance Open. Di Doha dah D2 sementara diTorrey Pines pula baru D1. Mereka akan habis pada hari Ahad dan Isnin. Di KL akan diadakan SetiakawanGolf Annual Championship dan Setiakawan Golfer of the year. Nengok juga kat Channel 815, setakat ni tak de berita tentang pertandingan kita ni. Takde siapa yang sanggup menaja TV station membuat liputan. Tahun depan mungkin.
Harap harap ramai akan menyertai pertandingan pertandingan kita. Berlatih lah dari sekarang. Jangan nanti miss pukulan ke, miss putt ke termasuk air ke ndak salahkan orang lain.
Semoga semua akan main baik pada hari tu. Selamat Berjuang.

Setiakawan – SACHA dan SEGOY










Kalau nengok ranking untuk SEGOY memanglah Dato Amin menduduki tempat teratas dengan 2500 point. Kalau dia ditempat teratas pada 3 Feb, jumlah point nya ialah 5000 point. Tak de keraguan dalam hal ini. Dia akan menjadi johan, tetapi kalau sesiapa dari 5 ranking teratas mendapat tempat teratas dengan 2500 point, dia akan menjadi johan. Ini disebabkan bahawa point antara tempat pertama dengan tempat kedua ialah 1000 point. Besar bezanya. Ini bermakna mereka mereka terutamanya diranking hingga ke 5 mesti cuba dapat tempat pertama.
Yang tempat ke 16 kalau pun ditempat teratas tidak akan jadi Golfer of the Year kerana point nya hanya akan menjadi 2880. Peserta lain sudah tentu dapat melepasi nya.
Jadi saya harap peserta ditempat top 5 akan mencuba sedaya upaya untuk menjadi ‘Golfer of the Year’


Sayang sekali ‘Golfer of the Year’ tahun 2008, Dato Mohd Tairobi Abd Razak, tidak dapat mempertahankan kedudukan nya. Ini disebabkan masaalah kesihatan nya. Kita mendoakan semoga dia akan cepat sembuh untuk menyertai SEGOY 2010 pula. Dato Presidente dan Vice President ada menalipon nya. Selain dari bertanya khabar, juga untuk menjemput nya bersekali, sekurang kurang nya menghadiri acara penyampaian hadiah. Tapi beliau masih tidak dapat menghadiri. SMS yang saya terima pada 27 /01/10 pada jam 6.50 pagi berbunyi ‘ Askm Dato & rkn2 cmtee. Tq 4 personally calling me to jn our ‘annual’ gathering. I realized its been quite a while since I last participated in our outings. I’ve been fol ur activities @ d blog. Cemburu juga tgk rkn2 trn naik hcp. 4 ur info am still on med. I tried 2 fulfill my ego recently & it proved 2b very premature & consequential. Therefore I humbly request u allow me time 2 recoup. Salam 2 all.
Kapada yang akan menyertai pertandingan tak kira dalam pertandingan yang mana, saya harap kesemua akan mencuba sebaik mungkin untuk menjadi ‘Juara’.
Salam

Setiakawan – Get Set.

2 comments:

  1. Hi Skawan Gang,

    Thanks to John for an elaborate posting on SACHA and SEGOY. I know most members are very much aware of the 3rd Jan "Skawan Grand Slam" and many are sharpening up their games with PROs at driving ranges and practice putting greens.

    I just talked to RHM who indicated that some members are yet to settle the competition fees which I hope will be made good soonest so as to reduce the Committee's administrative burden. Let us give RK and RHM some opportunity to smile before teeing off on 3 Jun 10.

    I thought that I have little chance of becoming "Golfer of The Year" with 900 points behind Dato Amin when satrting on 3 Jun, but after reading John's posting, I am excited because if and if I return with 1st place I can still become SEGOY Champion!
    Tomorrow I plan to go to Staffield Golf Resort to do my familiarisation and "dry run" which will definitely give me bigger hope of winning.
    Anybody interested?

    Good Luck to everybody.

    Salam.
    DNA

    ReplyDelete
  2. I mean 03 FEBRUARY 2010 in my earlier comment.

    I am sure everybody has gone for secret training and good luck.

    See you all on Wed, 03 FEB 2010 at STAFFIELD GOLF RESORT, insya'Allah.

    Salam,
    DNA

    ReplyDelete