Saturday, January 16, 2010

CERITA PASAL LUBANG

Dalam mengarang cerita untuk blog, saya suka bercerita peristiwa yang berlaku di sesuatu lubang. Lubang jauh sangat lah, banyak hazard lah, fairway tak potong lah, rough terlalu tebal lah, green laju sangat atau slow sangat. Rungutan ni tak akan habis. Lubang atau Hole yang dimaksudkan ialah semua kawasan dari tee box hingga green ialah lubang. Pada hal lubang terdapat di atas green sahaja. Tapi kita ikut sahaja takrif yang dipersetujui berkenaan ‘Lubang’ atau omputeh kata ‘hole’.
Dalam mengarang saya terpaksa mengimbas balik lubang lubang yang kita lalui. Susah nak ingat lubang keberapa. Susah kerana kita asik bertukar ‘course’jadi tiap tiap lubang tu ialah yang baru bagi saya. Ada juga ambik gambar lubang tu, tapi bila nak masukkan caption nya dah tak ingat lubang yang keberapa. Saya letakkan nombor lubang tu juga, tapi setelah beberapa ketika, mungkin beberapa hari, saya sedar ia lubang yang berlainan. Saya biarkan saja, dengan harapan ada yang menyedarinya – dan memasukan ‘comments’. Setakat ni tiada yang berbuat demikian. Kita tunggu lagi.
Pada lazim nya kalau kelab golf tu ada 18 lubang, ianya akan ada 2 nine. Sembilan lubang pada satu bahgian dan sembilan lubang lagi di bahgian satu lagi. Secara ringkas nya dikenali sebagai ‘first nine’ dan ‘second nine’. Untuk perkiraan kita memulakan Lubang 1 diFirst Nine dan tamat diLubang 9. Seterusnya disambung diLubang 10 diSecond Nine dan tamat diLubang 18. Kalau diTasik Putri Country Club ianya ada Third Nine. Lubang nya bermula diLubang 19 dan berakhir diLubang 27.
DiStaffield Country Resort (SCR) pula cara nya berbeza. Kelab ni ada 3 nine. Kesemua nya 27 lubang atau 27 holes course. Ketiga tiga ‘nine’ ni ada nama. Northern, Southern dan Western. Cara kelab ni mengatur lubang berbeza sikit.Mengikut aturan nya, kalau saudara memulakan diNorthern Nine, lubang seterusnya ialah keWestern. Kalau Saudara memulakan permainan diSouthern Nine lubang seterusnya ialah diNorthern Nine. Kalau Saudara memulakan diWestern, lubang seterusnya ialah diSouthern Nine. Cuma semasa kita bermain disana pada 13 Jan dulu, Western Nine ditutup, jadi members yang memulakan diNorthern Nine terpaksa meneruskan diSouthern Nine. Dalam membuat perkiraan tak kan jadi masaalah kerana kesemua ‘nine’ rating nya ialah 36. Cuma kalau nak membeza 1st nine dengan 2nd nine saja kena dipersetujui dulu antara lawan yang bermain secara ‘off the card’.atau lebih senang dikenali dengan nama ;nine itu.
Saya tak sedar aturan ni sehingga saya semak semula score kad SCR. Ditiap tiap ‘nine’ terdapat 2 baris nombor lubang dari 1 ke 10 dan 10 ke 18. Tiap tiap barisan ada warna yang berbeza. Tiap tiap barisan yang terdapat di3 nine ini ada 2 warna yang sama. Bermakna kalau kita mula diNorthern kita patut sambung diWestern. Kalau kita mula diSouthern kita sambung di Northern dan kalau kita bermula diWestern kita sambung di Southern. Jadi dari Nine mana pun kita mula kita akan bermula di Lubang 1.
Saya menyedari perbezaan ini apabila saya sebut Lubang 17 tapi DNA sebut Lubang 8. Sebenarnya kita menyebut tentang lubang yang sama tetapi dalam hal ini dia betul kerana kita bermula diSouthern sementara saya ingat kita bermula di 2nd nine. Ini saya sedari selepas menyemak score card yang saya bawa balik.
Saya akan meletakkan semula lubang lubang yang pernaj saya poskan supaya members boleh mencuba meneka samaada saya betul atau ‘tembak’ je.
Ini juga untuk mengalakkan members menyemak semula score card SCR supaya boleh merancang langkah langkah yang perlu diambil untuk menghadapi SACHA dan SEGOY. Kata omputeh planning the ‘Course Management’.
Salam

Tasik Puteri Country Club



















Staffield Country Resort




























Port Dickson Golf & Country Club




































Nilai Spring Golf Club


















Bangi Golf Resort


















Bukit Kemuning Golf Resort


















Oooooppps
Yang ni untuk Tiger Woods je.












Cukup disini. Pergi Berlatih --------- untuk SACHA dan SEGOY pada 3 Feb 2010.

Setiakawan – On Your Mark
.

3 comments:

  1. Hi Skawan Gang,

    I waited for almost 48 hours for skawan members to join John's company and since
    nobody is keeping him company to share "cerita pasal lubang", here I am again!

    John, cerita pasal lubang ni memang banyak, I mean "lubang" on the golf courses. On golf courses where there are more than 2 nines, the organiser must declare which nine is the first nine so as not to upset those golfers involved in "off-the-card" 3-1-1 battles.

    Just to share, I have played on hundreds of golf courses, both in country and abroad.
    To name a few, The Royal Selangor Golf Club, KLGCC, The Mines, Staffield GCC, The Augusta in Georgia, Pinehursts in North Carolina, USPGA Palm Beach Florida, Royale Jakarta, St. Andrews, Glen Eagles, courses in California, Hawaii, Japan, Australia, China, Myanmar, Thailand....and many more. ALL the golf holes on the greens, NOT like other holes, are the same in size ( circumference and diameter, irrespective of locations and countries). If you don't believe me, asked our good friend, TIGER WOODS!

    I can write many books to describe golf holes when playing with certain partners and opponents. I have seen cases when the holes appear very big, the grass nicely trimmed, the break and the speed are just right. Everytime you putt the ball gets into the hole and you return with 12-under ( I did it at Tasik Puteri GCC last year, partnering Tan Sri Abu Hassan, when my score was 4 over gross)!

    At times, golf holes:
    MOVE.
    SHRINK to become smaller
    than golf balls.
    ARE obstructed by walls.
    TOO SHALLOW for golf balls
    to sink.
    REJECT certain brand of
    balls on some days.
    DO NOT LIKE certain
    golfers!!!

    I know golfers like the same sized golf holes and I hope holes are friendly to you guys everytime you play. Good luck.

    Salam,
    DNA

    ReplyDelete
  2. Hi Setikawan gang

    Mana John dapat ilham tiba tibal cerita pasal lubang pulak dah. Seperti biasa DNA lah orang pertama sekali akan komen. Hebat betul DNA ni. Dia dah main golf merata dunia..mengalahkan pro lak.

    Dulu masa saya jadi asst DNA di Washington DC pernah juga bermain di golf courses yg terkenal di USA. DNA ni memang kaki golf..pantang ajak misti jadi. Sampaikan main dalam snow pun dia sanggup. Masa tu memang seronok betul.

    Saya pernah bermain dlm pro-am USPGA iaitu MCI CLASSIC di Hilton Head, South Carolina pada tahun 1988..lepas DNA balik dan diganti oleh TS Saroji. Masa tu yg jadi johan Greg Norman. I must be the first and only anak melayu yg pernah bermain dlm USPGA. My only regret was that I played with an unknown pro. Nama dia pun Saya dah lupa. Macam mana saya boleh dapat bermain dlam tournament ini..biarlah rahsia.

    Saya rasa ada seorang lagi member kita yg dah bermain di merata dunia. Siapa lagi kalau bukan Support Sqn kita..TS Hashim Meon. Cuma TS ni segan sikit nak cerita. Come on TS Hashim, share your experiance with us.

    Satu lagi golf course yg tidak boleh saya lupakan ialah MISSION HILL Guong Zho.One of the best I have ever played. Yg masih belum tercapai lagi ialah KUNMING. Mudah mudahan tempat ni ada dalam rancangan Setiakawan. Saya gerenti pergi punya. Jual lembu dan kambing kat kampung pun saya rela.

    Sementara itu kita bermain dalam negeri je dulu. Chinese New Year ni akan bermain di Royale Jakarta dan Bogor Raya. Harapan saya agar dapat bermain dgn baik dlam SACHA dan SEGOY.

    ReplyDelete
  3. Hi Skawan Gang,

    Lupa nak cerita bila bermain golf diSoul, Korea dengan kawan saya, seorang Jeneral bangsa Korea yang mesti main golf dengan saya bila saya pergi kesana. Saya tidak pernah lihat greennya yang begitu cantik dan bila putting amat senang masuk lubangnya.

    Kawan saya pandai sunggoh memilih caddy ( maaf tiada gambarnya). Selepas setiap lubang yang saya par, caddy saya beredar ke T box berikutnya, duduk diatas bangku dekat saya dan menyanyi Korean love song sebelum saya memukul seterusnya...romantik juga dan tidak terperanjatlah saya cuba keras untuk mendapat banyak par!
    Apa hal jika dapat burdie? I returned with 2 burdies during the game and you can guess what happened after scoring the burdies ( censored)!

    Lagi golf course yang paling menarik ialah Pebble Beach, Del Monte dan Spy Glass yang saya tidak lupa menikmati keindahannya! Sangat mahal bermain disana tetapi puas rasa dihati!

    DiWashington DC pula ada satu kelab bernama Burning Tree GCC yang mengharam lady golfers bermain dikelab tersebut. Lubang diatas green juga sama besar dengan lubang diBangi Resort GC tetapi dikelab tersebut sana sini semua batang!
    Dato' K dan TS Saroji ingat kelab ini kerana mereka juga pernah bermain disini!

    Jumpa lagi diSACHA dan SEGOY, insyaAllah.

    Salam,
    DNA

    ReplyDelete