Saturday, January 9, 2010

MESYUARAT JAWATANKUASA SETIAKAWANGOLF PADA 06 JANUARI 2010



Setelah selesai Acara Penyampaian Hadiah, satu mesyuarat jawatankuasa telah diadakan. Tujuan mesyuarat ialah untuk mengemaskini beberapa perkara yang masih perlu pertimbangan dan keputusan serta membincang perkara perkara yang menjadi tajuk perbualan ahli.
Messyuarat dihadiri oleh:

















Perkara perkara yang dibincang termasuk:
a. PRESTRO 2009. Didapati PRESTRO telah berjalan dengan baik dan lancar, walau bagaimana pun, ada cadangan supaya dimasukkan sekali aktibiti untuk isteri isteri dan keluarga. Perkara ini diambil maklum dan akan diambil kira pada masa masa Setiakawan mengadakan aktibiti yang melibatkan isteri dan keluarga.
b. Sistem Handicapping yang Baru. Perkara ini dibincangberikutan dari penerangan yang telah diberi oleh Dato Amin. Jawatankuasa bersetuju supaya sistem baru ini diperkenalkan kepada SetiakawanGolf dan akan berkuatkuasa serta merta.Jawatakuasa juga bersetuju bahawa:
(i) Handicap maxima kita ialah 24.
(ii) Digalak untuk memaklumkan handicap yang diguna dikelab golf masin masing. Handicap yang terendah antara dua akan digunakan.
(iii) Handicap ahli akan dinilai semula (review) pada tiap tiap bulan.
(Handicap yang baru telah pun dipamirkan dalam postings pada 07 Januari 2010 ).
c. Piala Piala SetiakawanGolf. Mesyuarat telah dimaklum bahawa selain piala yang sekarang dipertandingkan, dua lagi piala akan di perkenalkan. Piala piala ini adalah sumbangan daripada Tan Sri Nik Ismail dan juga Dato Johar Murad. Piala sumbangan Tan Sri Nik Ismail akan dikenali sebagai Piala Stableford. Piala sumbangan Dato Johar Murad akan dikenali sebagai Piala Bogey Play. Pertandingan pertandingan untuk piala piala ini akan disiarkan berikutan makluman ini.
d. Setiakawan Annual Championship dan Setiakawan Golfer of the Year. (Singkatan kejohananAnnual Championship ini berbeza beza. RHM kata SACHA sementara DNA menyingkatkan nya kepada SEACHAM. Yang mana satu akan kita tahu tak lama lagi). Bagi Golfer of the Year singkatan nya ialah SEGOY. Tarikh pertandingan telah ditetapkan pada 03 Februari 2010 ( diubah dari 27 Jan 2010). Tempat masih di tinjau lagi dan pilihan kita ialah samaada di Staffield Country Resort atau Tasik Putri Golf and Country Club. Harap members sekelian akan ‘block out’ tarikh ini untuk menyertai pertandingan pertandingan ini. Dua pertandingan akan dijalankan serentak. Bagi pertandingan Golfer of the Year hanya mereka mereka yang telah menyertai ‘weekly outings’ kita tak kurang dari 25 kali pada tahun 2009 sahaja yang layak. Bagi Annual Championship pula ahli ahli yang telah menyertai tidak kurang dari 10 kali layak bertanding. Walau pun mungkin terdapat ahli ahli yang tidak memenuhi kelayakan pertandingan, mereka masih boleh menyertai pertandingan harian atau ‘Daily Medal’. Mengikut rekod kita, terdapat 16 ahli yang layak menyertai SEGOY dan sejumlah 25 lagi ahli, atau keseluruhan 41 ahli yang layak bagi SEACHAM. Kelayakan yang diadakan ada lah bertujuan mengalakan penyertaan ahli ahli tiap tiap kali kita adakan ‘Weekly Outings’. Sekiranya terdapat Saudara saudara yang tidak memenuhi kelayakan itu seharusnya menjadi incentive untuk lebih kerap menghadiri nya pada masa masa akan datang. Sementara itu saudara seharusnya menguatkan semangat setiakawan untuk bersama menyertai pertandingan pada 03 Feb ini, walau pun untuk ‘Daily Medal’ sahaja. Yang penting ialah kita bersama sebagai members SetiakawanGolf.
e. Hadiah dan Goodies. Perkara ini telah ditimbulkan untuk menentukan keseimbangan dalam membahagi ‚pulangan’ kepada yang sepatutnya. Ini untuk mengelak dari timbul ketidak puasan bahawa mereka mereka yang menyumbang lebih tidak mendapat pulangan setimpal sementara yang menyumbang berkurangan mendapat pulangan yang lebih. Dalam hal ini Jawatankuasa telah bersetuju supaya:
(i) Hadiah yang akan diberi adalah dalam bentuk tunai.
(ii) Hadiah yang diberi bagi SEGOY dan SEACHAM adalah dari kutipan yang ada sepanjang tahun sementara hadiah bagi Daily Medal adalah dari kutipan pada hari itu.
(iii) Goodies adalah pembelian dari kutipan pada hari itu atau sumbangan persendirian pada hari itu.
Butir butir pertandingan SetiakawanGolf mengikut piala, kekerapan, kelayakan serta tarikh kemungkinan akan dipamirkan selepas ini.
Mesyuarat telah tamat pada jam 4.30 petang.
Salam

Setiakawan telah Berbincang

1 comment:

  1. Kawan-Kawan Skawan,

    Kalau tidak keluar negara saya pada lazimnya membuka Skawan blog 2 kali sehari, satu kali selepas Subuh dan satu kali lagi sebelum berehat dan tidur malam. Setiap kali rasa sangat nak komen memandangkan usaha gigih kawan kita, John, yang tidak kenal jemu berkhidmat mengeluarkan report skawan dalam masa yang terdekat dan saya tidak mahu beliau
    merasa kesunyian.

    Kali ini saya tidak hendak menyibuk dan
    memberi peluang kawan-kawan skawan untuk menemani John.

    Jumpa diStaffield GCC pada 06 Jan 2010, insyaAllah.

    Salam,
    DNA

    ReplyDelete