Sunday, January 24, 2010

PERTEMPURAN PASUKAN KESELAMATAN DI HUTAN SIMPAN TANAH HITAM PERAK PADA 27 OGOS 1970


Dalam postings pada 21 Jan 10, saya telah menyebut tentang bertemu dengan saorang yang saya kenal dan hormati, Kol Ismail Salleh PGB. Bercerita sikit saya tentang apa dia telah menempuh pada 27 Ogos 1970. Saya nak sambung semula pada postings ini.
Berasaskan apa yang saya tahu pada masa itu (harap semua maklum bahawa perhubungan talipon memang susah. Public phone langsung takde. Bagitu juga mobile phone masih belum ada saperti hari ni. Perhubungan pun melalui radio set dalam rangkaian pasukan masing masing ) Jadi banyak berita kita adalah melalui apa yang kita panggil ‘Radio Karat’. Unsubstantiated.
Apa yang saya tertarik dengan episode ini ialah company nya diserang balas oleh musuh yang dijangka seramai 60 orang. Selain dari mencuba membalas serangan mereka juga cuba mendapatkan anggota mereka yang telah ditembak oleh Pasukan Keselamatan. Mej Ismail Salleh telah memanggil tembakan meriam berhampiran kedudukan nya untuk melemahkan serangan musuh. Kawasan bahaya serpihan peluru meriam ialah 250 meter. Kalau kita ada dalam lingkungan itu kita adalah dalam keadaan bahaya. Berhampiran tu sama juga memanggil tembakan meriam keatas kedudukan nya. Dalam hutan tak banyak perbezaan jarak, Pertempuran berlaku dari 4.00 petang hingga keesokan pagi. Selepas musuh berundur, mereka mendapati seramai 5 anggota musuh dibunuh. Kita kagum dengan keberanian atau nekat nya untuk peluru meriam jatuh keatas kedudukan nya. Seronok dapat jumpa dengan dia. Saorang yang saya hormat dan sanjungi.
Cerita sebenar yang saya sedut dari Website Semada Belatok adalah saperti dibawah.

Serang Hendap Oleh 6 Renjer di Klian Intan

Pada 27 Ogos 1970, 6 Renjer berjaya membunuh 5 orang pengganas komunis di kawasan Tanah Hitam, Intan Klian di negeri Perak. Antara yang dibunuh ialah seorang Ahli Jawatankausa Cawangan Parti Komunis Malaya. Beberapa senjata api juga dapat ditawan.Berdasarkan maklumat yang dikumpul oleh Cawangan Khas, 60 orang pengganas Komunis akan menyusup hutan Tanah Hitam untuk ke Gerik. Kompeni C dengan 3 pegawai dan 94 anggota lain telah ditugaskan untuk membuat serang hendap di laluan yang digunakan pengganas.
Kompeni C berpecah kepada 3 kumpulan, dengan Markas Kompeni dan 9 Platun menjadi pasukan penghalang utama. 7 Platun diletakkan di sebelah kanan dan 8 Platun diletakkan disebelah kiri pasukan rintangan utama. Pasukan diberikan 2 hari untuk menyedia kedudukan serang hendap dan memasang periuk api Claymore dan juga lain-lain jerangkap samar.
Pada 20 Ogos, 1 Seksyen yang dianggotai 8 anggota mendengar desiran dahan dan buluh patah dipijak manusia. 1 Seksyen bersiap sedia tetapi tidak melepaskan tembakan. Renjer Abu bin Mat melihat seorang pengganas komunis berada 35 meter daripada kedudukan mereka. Nyata sekali pengganas tersebut sedang meninjau laluan untuk kumpulan pengganas yang lebih besar. Renjer Abu dan Renjer Abu Samah Hashim yang menggunakan GPMG berserta Lans Koperal Abdullah bin Nawi tidak melepaskan tembakan dan terus menunggu. Tidak lama kemudian, lebih ramai pengganas muncul.
Pada jam 3.45 petang, Lans Koperal Abdullah meletupkan bom Claymore sementara anggota yang menggunakan GPMG melepaskan tembakan. Pada jam 4.20 petang, pengganas Komunis menghentikan tembakan dan cuba mendapatkan rakan mereka yang gugur dan cedera tetapi rancangan mereka dipatahkan. Percubaan ini diulangi pada malamnya, tetapi juga tidak berhasil. Mejar Ismail meminta bantuan artileri dan mengarahkan tembakan berhampiran dengan kedudukan 1 Seksyen. Pengganas Komunis berundur pada waktu pagi sebelum terang. Carian pada pagi berikut mengesahkan 5 pengganas komunis terkorban.
Mejar Ismail bin Salleh selaku Ketua Kompeni “C” dan Leftenan Muda David Fu Chee Ming selaku Ketua 8 Platun telah diberikan kurnia Panglima Gagah Berani pada 2 Jun 1971 atas kejayaan yang dicapai.

Kol Ismail Sir,
It was good to see you that day. I hope your courage during the contact of 27 Aug 1970 accompanies you to the golf course. But then, courage only may not be enough. You still need the skills and lots of Luck.
My Salam Sir

Setikawan Jumpa Kawan Lama

No comments:

Post a Comment