Friday, April 30, 2010

SETIAKAWAN RANKINGS AS AT 30 APRIL 2010

Sesudah 4 bulan kita bertanding Ranking SetiakawanGolf kian berubah. Kalau FedEx Current Standings sehingga 25 Apr 2010 dikira sebagai 17th Week Standings. Kita lebih kurang bagitu lah. Diperturunkan Standings kita sehingga 30 Apr 2010.


Nampaknya Squad saya mendahului. Pada 24 Apr hari tu dia overall champ untuk Weekly Outings kita. Kini dia top. Kalau FedEx Standings dia macam Ernie Els. Well Done Squad. Hujung March dia nombor 4. Tan Sri Nik Ismail yang dulu nya Top sekarang kedua je. Macam Jim Furyck. Bagitu juga Dr Khalil Ramli ( Anthony Kim) dan Dato Amin (Steve Stricker), dah kena turun satu anak tangga. Kol Mutalib ( Camilo Villegas)dah potong RK (Phil Mikelson) dan Mej Sardon ( Dustin Johnson). Mej Rustam ( Paul Casey) dah melonjak dari nombor 12 ke nombor 8. Dato Daud ( Martin Kaymer) dulu nombor 8 sekarang kenombor 9. Kol Dol Ngajis (Ben Crane) dulu nombor 30 sekarang dah nombor 10. Walau pun dia Golfer of the Month for April 2010, tetapi keseluruhan masih perlu main lagi baik untuk merapati yang Top. Dato Nawi Alias Jason Bohn) dulu nombor 10 sekarang dak kenombor 11. Saya dulu dinombor 19 ( Geoff Ogilvy) sekarang ni kenombor 18. Tak banyak meningkat.
Jadi saya harap semua members akan cuba sedaya upaya untuk memperbaiki kedudukan untuk selesa semasa Panglima Handicap Reset points sabelum Pertandingan Golfer of the Year kita. Tentukan juga menyertai Weekly Outings kita tak kurang dari 25 kali.








Salam

Setiakawan Mencuba Memperbaiki Rankings Tiap Tiap Minggu.
Khas untuk Top Ranked Dato K


GOLFER OF THE MONTH FOR APRIL 2010

Selepas mengetahui handicap terbaru bagi bulan Mei 2010, kini Setiakawan ingin membentangkan rankings pula. Kita maklumkan Golfer of the Month dulu. Bagi bulan April 2010. Nampaknya memang lah dia the Best dalam group kita.




Overall Rankings akan dimaklumkan selepas ini.
Tahniah Kol Dol Ngajis. Saya percaya Convenor akan menguruskan pulangan nya pada satu masa yang akan ditetapkan.
Salam

Setiakawan MengaluAlukan Golfer of the Month for April 2010


HANDICAP SETIAKAWANGOLF BAGI BULAN MEI 2010


Hello Members Sekelian,
Dah tiba masanya kita dinilai semula. Nilai handicap je. Saperti telah diterangkan oleh Panglima Handicap kita handicap akan dinilai dan diubahsuai pada hujung tiap tiap bulan. Diperturunkan handicap members yang akan digunakan mulai 1hb Mei 2010. Saya jangka SIM diPerth akan menggunakan handicap baru ini.



Kita ada 8 single handicapper. Tak pasti pula berapa ramai yang bergerak. Yang saya pasti Dato K dah bergerak dari 14 ke 13. Apa tak nya. Kan dia Overall Champ diBukit Unggul pada 28 Apr lepas. Saya pula, kira dah improve sebab dah bergerak ke 23 dari 24.
Itu bulan Mei punya handicap. Kita kena cuba merendahkan sedaya boleh untuk masa masa akan datang.
Salam.

Setiakawan Dapat Handicap Baru. Biarkan Biarkan.

Thursday, April 29, 2010

SETIAKAWANGOLF WEEKLY OUTINGS DIBUKIT UNGGUL COUNTRY CLUB PADA 28 APRIL 2010

Pada minggu keempat bulan ini kita memutuskan bermain diBukit Unggul Country Club – Where Eagles Live and Play. Ini macam movie Where Eagles Dare lah ni. Saperti saya nyatakan terdahulu dari ini ‘eagles nya tak ada lagi’. Tapi seronok juga kerana dah lama tak bermain disana. Mengikut SMS RHM ada 8 flights. Wah 32 orang. Itu cukup bagus. Pembayaran RM 100 termasuk satu caddy tiap tiap satu flight dan light breakfast. Lunch akan ditaja oleh Maj Sardon dirumah nya. Kira kira cukup baiklah aturan yang disediakan.
Selalu nya bila ke Bkt Unggul saya berhenti dulu kat kedai mamak sebelah masjid untuk roti canai, Kali ni tak kerana dah ada ‘light breakfast’. Mintak mintak ada roti canai sekali. Sampai sampai selepas selesai pembayaran keRHM, saya meminta caddy tambahan. Mengikut staf disitu takde caddy lagi tapi kalau hendak boleh ambik caddy dalam latihan ‘trainee’. Mengikut dia FOC. Maknanya kita pun turut training caddy tu. Bila ke Caddy Master dia nak mintak bayar RM 37 lak. Confuse jugak. Balik keReception Counter. Confirmed tak payah bayar. Staf tu pergi sendiri ke tempat caddy untuk menentukan nya. Rupa rupanya caddy master tu hendak ambik peluang jugak. Bad impression.
Turun dengan caddy menaiki buggy ke Golfers’ Terrace. Partner saya Kol Mutalib dah pun kesana. Rupanya dia dimaklumkan bahawa breakfast diPavilion. Dia ingat tempat tu dibelakang Reception Counter. Berjalan lah dia. Nak sampai ke ‘Pavilion’ tu macam Par 4 lah. Baru dia sedar Pavilion tu ialah kita kenali sebagai Golfers’ Terrace. Peluh jugak lah. Kena dia patah balik untuk ambik beg golf.
Di Golfers’ Terrace dah ramai disana. Dato Presidente yang lama tak kelihatan sedang bersarapan.





Ternampak jugak Orang Tepeng Dato Malek Sahar.

Dia baru balik dari Jogjakarta. Light breakfast tu termauk mee goreng, nasi lemak dan roti. Air kopi dan teh. Roti canai takde. Takpe. Asal dapat alas perut.
Dalam bersarapan tu, saya ditunjuk sebuah piala. Baru nampaknya. Piala Setiakawan Stableford yang disumbangkan oleh Tan Sri Nik Ismail (TSNI).
Pada masa itu juga di adakan acara penyerahan piala itu daripada TSNI kepada Dato Presidente.
Sekarang ni kita ada satu lagi piala untuk ditandingkan.
Selesai breakfast kita bergerak ke Tee Box Pertama. Swan’s Nine. Flight saya termasuk Dato Presidente (24), Kol Mutalib (16) dan Mej Rustam (14). Untuk partnership kira buggy to buggy.
Saya partner Kol Mutalib. DiLubang pertama, Par 4. Saya dan Mej Rustam dapat bogey.
Yang dua lagi double bogey.
Lubang kedua Par 3. Saya dapat par. Lubang ketiga Par 5 saya dapat bogey. Kira kira OK lah. Tapi lepas tu ada juga triple bogey dan lubang kesembilan double par 8. Gross 49. Sambung ke Eagle’s Nine. Main punya main dapat gross 46. Jumlah gross 95.
Rasa saya first time tak melepasi 100 atau century. Rating course ialah 71. Saya dapat net 71. Kira par golf lah tu. Gumbira nya saya. Partnership pun kita menang. Yang ‘off the card’ pun ada juga. Gumbira lagi lah saya. Good outings for me. Saya pakai bio magnetic necklace. Mungkin ada hikmah nya.
Selesai mandi dan berkemas kita semua bergerak ke Kediaman Mej Sardon Kaprawi.


Ini kali kedua yang kami dijemput makan tengah hari dikediaman nya.
First time makan beriani. Dalam kereta berangan juga. Ndak ambik beriani ayam ke beriani kambing.
Memang betul. Kedua dua nya ada. Daging lembu pun ada. Tambahan sup tulang tapi banyak daging pun ada juga. Air samaada air biasa atau air mata kucing.
Teh tarik pun ada juga. Kira nya hari tu kebiasaan berdiet tu dilupakan sekejap. Antara comment yang kedengaran termasuk – asal makan ubat kira kira OK. Bila nak
met-------- tu semua nya boleh. Tambahan pula host kita asyik memujuk untuk menambah. Kalau tak ikut cadangan nanti nampak sombong pulak. Jadi tambah lah lagi. Kurang kurang nya ada alasan untuk makan banyak.
Selesai makan, acara penyampaian hadiah.
Kol Mutalib ambik aleh sebab RK takde hari tu. Dia membuat beberapa pengumuman termasuk pesanan RK berkenaan pergerakan kePerth.
Seterus nya dia pun mengumumkan pemenang pada hari itu. Ball sweep berupa tunai disampaikan oleh DNA.
Champion Outings kita pada minggu ini ialah ialah Squad saya Dato Khalid Saad (Dato K)
dan Deputy Champion ialah Dr Khalil Ramli. Kedua dua nya net 69. OCB lah tu. Well Done to both. First untuk A Medal ialah Mej Rustam sementara First B Medal ialah saya.









Dato Presidente mendapat nombor 3 B Medal. Kira kira dalam flight kami 3 orang menerima Ball Sweep. Kira kira OK tu.
Yang sorang lagi tu kena cuba lagi minggu depan.
Selesai penyampaian hadiah Dato Presidente mewakili semua menyampaikan penghargaan kami kepada Mej Sardon dan isteri kerana telah bermurah hati mempelawa kami untuk menikmati makan tengah hari dikediaman mereka. Hanya Tuhan saje yang akan membalas jasa mereka. Terima Kasih Wak .
Dato Presidenta juga mencadangkan supaya Dato Amin mengatur permainan weekly kita minggu depan sementara beberapa members berada diPerth.
Salam

Setiakawan Menikmati Nasi Beriani Wak Sardon