Saturday, February 6, 2010

SETIAKAWANGOLF ANNUAL CHAMPIONSHIP & SETIAKAWAN GOLFER OF THE YEAR 2009 PADA 03 FEBRUARY 2010 DI STAFFIELD COUNTRY RESORT



Bahgian 2 – Keputusan SACHA dan SEGOY

Oleh sebab kita bermula secara ‘shotgun; kita pun habis permainan hampir sama masa. Yang riuh ialah di Changing Room. Saya nampak Orang Tepeng dengan Tengku Ismit duduk dikerusi dengan segelas air sedang berehat. Mengambik napas. Macam bermenung. Saya dendangkan lagu Rahman Hassan:
Mengapa Kau Termenung
Mengapa kah kau Bersedih
Hiburkan Hati Mu
Gembira lah Selalu.

Mereka senyum je. Score tak smart lah tu. Sorang tu net 78. Sorang lagi tak tahu pulak.
Mandi lah kita, mekap sikit sikit, pakai smart dan seterusnya bergerak kePeppers Restaurant. Keletihan tapi dah fresh semula setelah mandi, Memang lah dahaga. Berbual kecil kecilan menceritakan pengalaman di 18 lubang yang lepas. Hampir kesemuanya cerita kesengsaraan dipadang. Banyak juga tertanya tanya siapa akan menjuarai pertandingan kita pada hari tu. Tiga pertandingan dijalankan pada hari itu:
a. Setiakawan Annual Championship.
b. Setiakawan Golfer of the Year dan
c. Daily Medal.

Mengikut cerita, banyak hadiah. Tunai pulak tu. Dalam hati, lepas duit tol pun OK. Meninjau saya ketempat piala piala diletak. Memang piala yang cantik. Ada miniature pulak. Perkembangan terbaru. Bermakna pemenang ada menyimpan hadiah kenangan untuk dirinya, tapi, lain rupa. Not an exact miniature of the real trophy. Kita kena merancang, supaya piala yang akan diperolehi selepas ni patut ada miniature yang serupa. Tempah lebih dari satu miniature. Baru bersemangat supaya juara akan ada simpanan piala yang dimenangi dalam simpanan mereka.
Makan tengah hari secara ‘buffet’. Hidangan yang disediakan ialah nasi putih, tahu jepun hot plate, sayur kailan, kari ayam dan kuah dhal.. Buah buahan pun ada. Tambahan pula ada pula air zam zam. Sumbangan Dato Haji Khairuddin. Dia bawak 10 liter air zam zam untuk disedekahkan kepada members. Terima Kasih lah Dato. Semoga sumbangan Dato itu akan diberkati Allah.
Saya sempat mengambil gambar piala piala yang dipertarungkan. Smart.
Selesai makan Dato Presidente dijemput memberi ucapan. Beliau telah memaklumka beberapa perkara. Antara nya ialah:
a. Mengadakan 3 pertandingan serentak. Pertandingan ini merupakan pertandingan tahunan dan kali ini telah dijalankan kali yang ketiga.
b. Menjelaskan ketetapan yang telah dicapai supaya bagi kejohanan Annual Championship memerlukan sasaorang member telah menyertai sekurang kurang nya 10 kali ‚weekly outings’ , sementara bagi kejohanan Golfer of the Year, telah menyertai sekurang kurang nya 25 kali. Mengikut nya seramai 44 members layak bagi SACHA dan 16 members sahaja bagi SEGOY.
c. Mengucapkan terima kasih kepada RHM, RK, Dato Amin dan Mutalib kerana telah berusaha mebantu menguruskan pertandingan pada hari itu.
d. Menyatakan penghargaan nya kepada penaja serta penyumbang yang telah membantu. Mereka mereka adalah:
i. Capt Yahya dan Col Zainal Yan yang telah menaja T Shirt dan tiket kapal terbang.
ii. Hj Jamaluddin kerana sumbangan wang kepada Setiakawan.
iii. Dr Khalil kerana sumbangan ubat kesihatan bagi members.
iv. Mengumumkan pertandingan bagi 2 lagi piala ia itu Piala Stableford yang disumbangkan oleh Tan Sri Nik Ismail dan Piala Bogey yang disumbangkan oleh Dato Johar Murad.

Selesai ucapan RK mengambil alih untuk mengumumkan pemenang hadiah:
Keputusan adalah saperti dibawah.
















Bagi novelty pemenang pemenang adalah:
a. NTP dimenangi oleh Kol Razaki Darus dan Dato Amin Salleh.
b. NTL dimenangi oleh RK dan Dato Shafie.
c. Longest Drive dimenangi oleh Hj Jamaluddin dan Sadat.


Member yang mendapat hadiah khas kerana menghadiri outings kita yang terbanyak ialah Kol Mutalib yang telah menghadiri nya sebanyak 46 kali.
Seterusnya pembahgian hadiah bagi B Medal diikuti dengan A Medal,
Kejohanan Annual Championship dengan Overall Net dan Overall Gross Score. Bagi SEGOY pula pemenang kelima dipanggil dahulu hingga ke Juara. Pemenang Golfer of the Year kita ialah Kol Ramli Kinta (RK).

Beliau telah memunggut sebanyak 3125 points. Beliau telah menerima Piala dari penaja piala iaitu DNA. Juara Annual Championship pula dimenangi oleh Dato Yunus Long dengan net 69.

Pemenang Gross saperti dijangka dimenangi oleh Kol Dol Ngajis.
Tahniah saya ucapkan kepada RK dan Dato Yunus Long diatas kemenangan mereka itu. Harap harap mereka dapat pertahankan kejuaran ini pada tahun depan.
Kupasan serta perkembangan lain berkaitan SACHA dan SEGOY akan diberi pada Bahgian 3.

Salam

Setiakawan Dapat Hadiah

No comments:

Post a Comment