Tuesday, February 2, 2010

THE LULL BEFORE THE STORM


Hanya 10 jam saje lagi, kita akan kemedan pertempuran di Staffield Country Resort. Kalau zaman dulu tengah asah parang dan tombak, asapkan tangkal (pengaroh) atau masa sekarang cuci senjata, draw peluru, draw ration dan menyiapkan diri untuk perang. Members Setiakawan pula rasa saya sedang membersihkan club, bola dan tee sudah pun dibeli. At least tee off pertama mesti guna bola baru. Pakaian hanya siap seluar je, sebab kita akan pakai tee-shirt free. Sumbangan Kapt Yahya dan Kol Zainal Yan. Topi atau cap pun tak perlu bawak, sebab akan dapat free juga. Sumbangan DNA. Semua mesti pakai T-shirt dan topi yang di ‘issue’. Kasut dah dibersihkan. Tak de sampah sarap ditapak. Kira kira ‘tense’ juga semua.
SMS yang saya terima dari RHM pada 01 Feb 10 pada jam 7.00 petang berbunyi:
‚ Wahai Ahli Setiakawan, kita ada 13 flight penuh. Hanya 50% yang telah tunaikan bayaran. Erti kata untuk saya menjadi juara terlepas lagi. Tapi tak kesahlah asalkan pertandingan berjalan dengan berkesan dan golfers riang gembira. So see you 03/02 at Staffield. Sarapan pagi dan makan tengah hari disediakan. Tee off 0800 hrs. – ‘Shot Gun Start’.
Salam.
RHM.

Pada 02 Feb 10 pada jam 10.20 pula SMS yang diterima dari RHM berbunyi:
Sukacita dingatkan: (1 ). Shot Gun start at 0800 hrs. ( 2). T Shirt dan topi dibekalkan. Diminta pakai selepas buat pendaftaran. HIDUP SETIAKAWAN! See you 2morrow at Staffield. Insyallah.
Regards.
RHM

Nampak nampak RHM ni makin excited menjelang nya hari penentuan.

Dari saya pula, banyak juga yang bertanya siapa agaknya akan menjadi Golfer of the Year. Itu rahsia saya. Whatever it is saya perturunkan the contenders for tomorrow.

Dato Amin as Tiger Woods









RK as Steve Stricker









Dr Khalil as Jim Furyck











Mutalib as Zach Johnson










DNA as Heath Slocum






Salam

Setiakawan - May the Force be With You

1 comment:

  1. Hi Skawan Gang,

    Jam sudah melepasi 12.00 malam, tapi kad jemputan kahwin Puteri Norela untuk disampaikan kepada skawan members besok baru sahaja selamat disampulkan. Bila baca posting John saya baru sedar saya ada peluang kalau cukup tidur dan rehat... baiklah saya tamat disini dan jumpa semua besok diStaffield Golf
    Resort.

    Pedang telah pun siap diasah dan selepas Isya nanti wirid panjang sikit untuk mohon kejayaan.

    Good luck and salam to ALL.

    DN

    ReplyDelete