Sunday, February 28, 2010

SETIAKAWANGOLF RANKINGS FEBRUARY 2010

Sekali lagi dibentangkan Rankings bulanan kita. Kali ini untuk bulan February 2010. Sila lihat senarai yang dipamirkan dibawah.






Dari Rankings terbaru ni kita dapati seramai 73 tersenarai tapi hanya 68 yang mendapati points. Ini berbeza dari Rankings bulan Januari dimana kita ada seramai 70 tersenarai tetapi hanya seramai 46 saje ada points. Ini kita boleh merumus bahawa makin ramai menghadiri weekly outings kita. Walau pun bagitu hanya 25 saje yang akan mendapat points, kerana kita memberi points kepada top 25 saje. Nombor 1 dapat 50 point, kedua 48 points dan nombor 25 dapat 2
point saje. Jadi walau pun saudara menyertai weekly outings kita tak bermakna akan dapat point. Mesti mencapai top 25 baru ada points. Kedudukan teratas akan mendapat point yang lebih. Peluang mendapat kedudukan dan point ialah dengan menghadiri outings kita.
Secara rambang saya mendapati perkembangan berikut:
a. Dato K dulu Top sekarang nombor 3. Ini kerana beliau bermain sekali je.
b. Top sekarang ialah Mej Sardon Kaprawi. Beliau bermain sebanyak 4 kali.
c. Nombor 2 Tan Sri Nik Ismail.
d. Dato Daud dulu nombor 3 sekarang nombor 8. Dia main sekali je.
e. DNA dah improve. Dulu nombor 14 sekarang nombor 9.
f. Dato Ali Karwi dulu nombor 5 sekarang dah nombor 15 pulak.
g. Mahfar Hashim dulu nombor 4 sekarang nombor 8. Kurang menyertai weekly outings.
h. Mutalib dulu nombor 15, sekarang dinombor 7. Dia menyertai tiap tiap minggu.
i. MJHim dulu 42 sekarang dinombor 63 pulak.Ini kes kurang terar lah.

Saya berharap lah supaya semua members mengambil iktibar kedudukan masing masing dan mencuba untuk memperbaiki kedudukan.
Salam

Setiakawan Bertukar Rankings

SETIAKAWANGOLF HANDICAP BAGI BULAN MARCH 2010



Drive for Show






Saperti kita telah persetujui, handicap kita akan di kaji semula pada penghujung tiap tiap bulan. Kini tiba masa untuk kaji semula handicap kita untuk digunapakai bagi bulan Mac 2010. Sekali imbas kelihatan beberapa perubahan.





a. Sekarang ni disenaraikan sebanyak 74 senarai members berbeza dari bulan yang lepas hanya 70 saje. Saya kirakan makin ramai menyertai weekly outings kita.
b. Kita punya ‘Best’ player, Dul Ngajis bulan lepas handicap 2 sekarang meningkat ke 3 pulak. Harap dia lega sikit.
c. Single handicapper kita bulan lepas seramai 8 sekarang hanya tinggal 6 saje. Kira merosot sikit.
d. Handicap 24 bulan lepas seramai 9 sekarang tinggal 7 aje. Ada improvement lah tu. Sasaran kita ialah tidak ada handicap 24 langsung.
e. Notables:
i. Dato Isa Hassan - 12 naik ke 13.
ii. Dato K – 13 ke 15.
iii. Dato Amiruddin – 7 ke 10.
iv. DNA – 14 kekal 14.
v. Dato Amin – 13 naik ke 15.
vi. Tan Sri Nil Ismail – 11 ke 13.
vii. Dr Khalil Ramli – 14 ke 16.
viii. TSHM – 19 ke 18.
ix. Dato Presidente kekal di 24.

Semoga handicap baru ini akan memberi dorongan kepada semua members untuk bermain dengan baik untuk membaiki Rankings Setiakawan dan juga memenangi ball sweep kita.
Kita berjumpa pada 3 Mac 2010.


Putt for Dough






Salam.

Setiakawan Dapat Handicap Baru

Friday, February 26, 2010

HSBC WOMEN’S CHAMPIONS



Pada masa ini 26 Feb 10 jam 10.30, pertandingan The HSBC Women’s Champions sedang berjalan di Tanah Merah Country Club diSingapore. Pertandingan bermula 25 Feb sehingga 28 Feb.
Hari ni ialah hari kedua. Pada hari pertama, Round 1, pemain wanita pertama dunia Lorena Ochoa mendahului bersama sama dengan Hee Young Park, Christie Kerr dan Angela Stanford. Lain lain saperti Christina Kim (yang badan besar tu) berada di 3 under.

Michelle Wie Tied ke19 dengan 72. Terbaik mendapat 4 under di 68 dan yang terakhir 10 over di 82. Score ni macam Dato Isa dapat diBangi Golf Resort pada 24 Feb lepas. Yang tak kelihatan ialah Paula Creamer, Ranking Dunia ke 8.
Kalau kita ikuti Leaderboard secara ‘current’ kita dapati Juli Inkster baru 4 lubang dalam Round 2 dah dapat 2 under. Sekarang ni joint leader dengan 4 orang lagi.
Members yang berminat boleh lah ikuti pertandingan ini di Channel 815 ASTRO.




Salam
Setiakawan Enjoy LPGA

Wednesday, February 24, 2010

SETIAKAWANGOLF WEEKLY OUTINGS DIBANGI GOLF RESORT PADA 24 FEBRUARI 2010


Saya tak dapat menyertai weekly outings kita diBangi Golf Resort pada 24/02/10. Walau bagaimana pun mengikut SMS yang diterima dari RHM, ada 8 flights kurang sorang. Bermakna ada 31 peserta. Ini lebih baik dari Kinrara minggu lepas.
Lebih kurang jam 10.30 pagi saya ada juga berhubung dengan MJHim. Dia maklumkan dia satu flight dengan RHM, Dato Ali Karwi dan Rosli Deli. Dia bunyi bagitu’gah’ sekali. Kiranya memang dia terror lah pada hari tu. Saya memaklumkan dia bahawa mengikut ranking Setiakawan dia nombor 42, RHM nombor 32, Dato Ali nombor 5. Saya dinombor 33. Maknanya dia masih jauh ketinggalan. Nak kejar saya mungkin boleh tapi sahabat sorang lagi Dato K tu nombor 1. Memang susah lah.
Pada tengah hari pula , saya terima SMS nya berbunyi ‘ Aku net 72 je hari ni’. Wah dah terror lah dia. Mengikut cerita pulak tak dapat apa apa. Score dia tu dari kiraan Dato Ali. Tak kan Mutalib salah kira. Apa dah jadi ni.
Saya juga telah menerima ’results’ outings kita pada 24/02/10 dan keputusan nya adalah saperti berikut:


Nampaknya banyak members dah mencapai tahap yang lama. Dato Isa, 69. Itu handicap 13. Gross dia 82 lah tu. Macam net kita je. Ibrahim dan Capt Yahya dah mula memenangi kembali. Dan juga DNA was back to his winning ways. This time he got net 74. Main baik lah tu.

Salam

Setiakawan Memikirkan SENAT pulak

Monday, February 22, 2010

CERITA CERITUT WGC ACCENTURE MATCH PLAY 2010


Mengikut cerita Henrik Stenson pemain nombor 11 dunia mengidap selsema (flu-like symptoms). Dia memenangi pertandingan ini pada tahun 2007. Dengan semangat juang dia telah turun kepadang dan bertanding dengan Ben Crane.
Selepas satu lubang dia ‘give up’. Dengan itu Ben Crane mara keRound 2.
Betulkah Henrik Stenson turun kepadang kerana Semagat Juang nya yang tinggi. Apa yang jelas ialah walau pun dia hanya bermain lubang pertama, dia masih berhak kepada hadiah USD 45,000. Kesemua pemain yang kalah pada Round 1 mendapati USD 45,000.
Itu lah dorongan nya yang sebenar. Pada saya.

Salam


Setiakawan Takde Incentive Sebagitu.

WORLD GOLF CHAMPIONSHIP DI THE GALLERY GOLF CLUB, MARANO ARIZONA USA

The WGC – Accenture Match Play Championship telah berlangsung di The Gallery Golf Club, Marana, Arizona, USA bermula 18 hingga 22 Feb 2010. Pertandingan ini ia pertandingan Match Play dimulakan dengan Round 1 hingga Round 3 sabelum ianya memasukai pertandingan quarter finals seramai 8 pemain. Selepas itu tinggal 4 pemain (4 pemain) dan akhirnya 2 pemain dalam Finals. Dua pemain yang bertanding di Finals ialah Ian Poulter dan Paul Casey, dua dua nya dari England. Tiada pemain US memasuki ke Round quarterfinals. Ian Poulter, ranking ke11 telah mengalahkan Paul Casey, ranking ke 7 dunia dengan 3-2. Poulter menerima hadiah USD 1,400,000 sementara Casey menerima USD 850,000. Consolation Match untuk tempat ketiga dan keempat ialah antara Sergio Garcia (ranking ke15) dari Spain dengan Emilio Villegas (ranking 26) dari Columbia. Villegas telah mengalahkan Garcia dengan 6-4.
Yang menarik dalam WGC ini ialah Top Seed Steve Stricker (ranking ke2 dunia) telah dikalahkan di Round 1 lagi oleh Ross McCowan (ranking ke66 dunia). Banyak pemain yang ranking tinggi dalam dunia dan seeded tinggi juga tumbang.
Yang jelasnya ranking sasaorang itu tidak akan menentukan kemenangan. Bagaimana dia menghadapi ‘course’ itu akan menjadi penentu. Pemain Asia Tongchai Jaidee dan Rya Ichikawa mula mulanya nampak baik tapi Ichikawa dikalahkan oleh Jaidee dan dia nya pula dikalahkan olen Ian Poulter diRound Quarter Finals.
Saya sertakan dibawah ini sadikit penerangan berkaitan The WGC-Accenture Match Play Championship.

Salam

Setiakawan Bertanding Secara Matchplay – Amecam?



The WGC-Accenture Match Play Championship is one of the annual World Golf Championships for male professional golfers. It is a knockout event and is staged in January or February each year. It is sponsored by and named after Accenture, a consulting firm. From its inauguration in 1999 through 2006 it was hosted every year by La Costa Resort and Spa in Carlsbad, California, except in 2001, when it was hosted by the Metropolitan Golf Club in Victoria, Australia. In 2007 the event moved to The Gallery Golf Club in Marana, Arizona, a suburb northwest of Tucson, for two years. All three of the individual World Golf Championships events will be played in the United States from 2007, which has attracted criticism from some golfers, including Tiger Woods and Ernie Els, and in the media outside the United States. PGA Tour Commissioner Tim Finchem has responded by insisting that playing in the U.S. is best for golf as more money can be made there than elsewhere.[1] For 2009, the tournament moved to the Ritz-Carlton Golf Club, a Jack Nicklaus-designed course at Dove Mountain in Marana. The Championship is a single-elimination match play event. The field consists of the top 64 players available from the Official World Golf Rankings, seeded according to the rankings. The prize money for 2009 was $8.5 million, with the winner taking $1.4 million (both figures U.S. dollars) and the Walter Hagen Cup. Prize money is official on the PGA Tour, the European Tour and the Japan Golf Tour. All matches leading up to the final match are 18 holes, while the final match is 36 holes. In addition, the losers of the semifinal matches play an 18-hole consolation match for third place. The five-day, six-match tournament begins on Wednesday, with a match per day through Friday. The quarterfinals and semifinals are played on Saturday; the finals and third-place match conclude the tournament on Sunday. It is the successor event of the Andersen Consulting World Championship of Golf, a 32-man, unofficial money, match play event played from 1995-98.

Thursday, February 18, 2010

WEEKLY GOLF OUTINGS DIKINRARA GOLF CLUB PADA 17 FEBRUARI 2010

SMS yang diterima daripada RHM pada 14 Feb berbunyi ‚ Sudah ku renong dan makin ku renong ku nampak KINRARA GOLF CLUB. See you 17/02. Rate RM 110 not include breakfast n caddy. I’ll be out of the country 2morrow n will be back soon. Register asap, please. Regards, RHM.’. Tak pulak dimasukkan ‘berdetup detap’. Satu lagi SMS pada 16 Feb pula berbunyi ‚ Business not so good cause banyak yang bercuti dalam dan luar negera. I’m sorry. Able to assemble 5 flights only. See you 2morrow at Kinrara GC. Insyaallah’. Lima flights berjumlah 20 members pun sudah OK. Asal ada satu flight pun tak pe. Kita terus main. Pada 17 Feb jam 6.36 pagi pula satu lagi SMS nya berbunyi ‚Wadoo wadoo… terlajak ke Bangi pulak. OB.’ Dah dia terlajak. Macam kereta dia ada nyawa sendiri bawak dia kesana. Sudah menjadi routine hinggakan Route Path (macam flight path lah ni) pun tak diubah. Sudah tentu dia patah balek. Bila saya sampai dia dah pun ada diKinrara. Ini mesti bawak laju ni.












Saya sampai diKinrara Golf Club lebih kurang jam 7.40 pagi. Bila keGolfers’ Terrace kelihatan beberapa members yang saya biasa dan terdapat beberapa yang nampaknya member baru. Mula mula saya nampak Dato Seri Yunus Tasi, bekas PTU. Di satu meja kelihatan juga Dato Shahruddin Ali, bekas TPTU. DNA pun ada. Saya menegur nya sambil menanya mengapa lama menyepi. Dia tersenyum aje. Memang patutlah beliau sedang mengatur perkahwinan anak nya yang akan berlansung pada 16 Mac 2010. Nampak juga kat Tan Sri Nik Ismail, juga bekas PTU. Selain dari tu Dato Presidente kita pun ada. Dato Khairuddin, Dato Amin dan juga Dato Daud.. Wah kalau nengok jumlah generals pada pagi tu memang lah ramai. Kalau ada cerita’Nights of the General’ pada pagi tu kita ada ’Day of the Generals’. Ada satu lagi general tak datang. Dia lah yang beria ia mencadangkan supaya kita main di Kinrara. Tapi pada hari tu dia takde. Nak kata bercuti raya keTepeng, dia tak meraikan Year of the Tiger. Sengaja balik Tepeng sementara ada cuti panjang kote.
Dimeja lain kelihatan juga muka muka baru. Yang saya ingat Saudara Razak, Saudara Ali dan Saudara Kamaroel, anak Dato Daud. Kamaroel ialah pilot yang bertugas diAbu Dhabi. Sedang bercuti. Bapak dia bawak sekali untuk berkenalan. Rupanya dia Budak Boy semasa saya CI di MTD dulu. Dia akan pulang kesana selepas bercuti 2 minggu disini. Nampak Dato Daud amat bangga dengan anak nya tu.
Sambil bersarapan saya meninjau dikeliling clubhouse. Pemandangan bagitu cantik. Walau pun dikelilingi hijau, nampak juga dari jauh bangunan bangunan tinggi.






Teringat kita bahawa kita dalam kawasan ‘urban’lagi. Course ini telah direka sabegitu hingga tak sedar kita dalam Bandar Kinrara. Satu kawasan yang sedang pesat membangun.
Melihat kepada flight list, saya digandingkan dengan Dato Anuaruddin, Saudara Razak dan Saudara Ali. Saya dengan Dato Anuaruddin handicap 24 sementara Razak 20 dan Ali 18. Kita bertanding kecil kecilan dengan saya partner Razak. Kita bermula diLubang 10. Depan kami ialah Dato Presidente, DNA Vice Presidente, Dato Seri Yunus Tasi dan Mej Rustam.



Lubang 10 ni dulu ada temporary green, tapi sekarang green nya telah dipulihkan semula. Oleh sebab dah lama tak main disini, tak ingat sangat atur susun nya tapi masih boleh menggambarkan lengkok bentuk nya.

Walau pun secara umum course ini ‘short’ tetap ia ada juga kesulitan nya terutama sekali apabila mengikuti aliran sungai. Silap arah, masuk air lah kita.

Cuaca pada pagi itu redup. Tapi kian lama terasa bahang ‘humidity’ negeri kita. Tak de angin pun. Kalau ada, memang lah outings kita lebih memuaskan. Walau pun buggy ‘on track’, mendapatkan bola tak lah bagitu memenatkan. Lubang 4, Par 4 tapi 248 meter aje.

Dalam flight kami, Saudara Ali tu pukul paling jauh. Kami mengalakkan nya untuk sampai keGreen semasa tee off. Sepatutnya dia boleh Tapi bila ada tekanan bagitu tak menjadi pulak. Walau pun tak tepat bola nya masih jauh juga.Dia birdie lubang tu. Di Lubang 17 Par 3, saya dapat satu on. Putting for birdie. Miss. Dapat par. Ada juga dapat par. KALAU lah birdie, kan lebih baik.’Kalau’ lagi.
Selesai bermain,selepas mandi, saya keDewan Makan Club. Makanan secara buffet.

Makanan yang dihidang termasuk nasi goreng, mee goreng, ayam goreng, sayur campur dan telor dadar. Nasi putih dan minuman sirup. Ada juga buah tembikai potong. Baik nya persiapan secara buffet ni ialah siapa siap dulu boleh makan dulu.

Ternampak Dato Presidente, MikeWeir, Saudara Razak dan beberapa members lain sedang menikmati makanan tengah hari. Bagus juga cara ni, makan dikelab. Tak payah nak tergesa gesa bergerak ketempat makan diluar kelab dengan risiko tersesat. Cuma kali ni, walau pun dah selesai







makan, nak tunggu penyampaian hadiah bagitu lama pulak. Tak tahu lah sebab nya. Setahu saya Mutalib tu mendahulukan mengira dari makan. Saya tak dapat menunggu hingga penyampaian hadiah dan terpaksa meminta diri. Keputusan yang saya terima dari Dato Amin pada petang hari adalah saperti dipamirkan dibawah.


Tahniah saya ucapkan kepada pemenang. Termasuk saya. Ada juga dapat ball sweep. Bukan jumlah tapi ‘dapat’ yang amat memuaskan.
Dimana kita akan bermain diminggu depan masih tak pasti. Saya ada juga menyuarakan kepada Dato Presidente cadangan saya. Samaada diterima kta tunggu dulu. Harap harap kita akan ada lebih dari 5 flights.
Bersekali dengan keputusan pada 17 Feb tu, Dato Amin ada memasukkan penjelasan tentang perubahan handicap kepada mereka yang terlibat. Catatan Dato Amin adalah:
Perhatian:
1. Aziz Norman main 8 under. Jadi 8 Kali adjustment factor 0.4 =3.2. Handicapnya adalah 18.8. Jadi 18.8 tolak 3.2 = 15.6. Apabila round up, Handicap terabarunya adalah 16.
2. Tan Sri Nik main 5 under. Jadi 5 kali adjustment factor 0.3 = 1.5. Handicapnya adalah 14.8. Jadi 14.8 tolak 1.5 = 13.3. Apabila roundup, Handicap barunya adalah 13.
3. Hj Rahim main 4 under. Jadi 4 kali adjustment factor 0.3 = 1.2. Handicapnya adalah 17.9. Jadi 17.9 tolak 1.2 = 16.7. Apabila round up, handicap barunya adalah 17.
4. Mej Rustam main 2 under. Jadi 2 kali 0.3 = 0.6. Handicapnya adalah 15.6. Jadi 15.6 tolak 0.6 = 15. Jadi handicap barunya adalah 15.














Salam

Setiakawan Mengalu alukan kedatangan Members Baru