Wednesday, May 26, 2010

SETIAKAWANGOLF WEEKLY OUTINGS DIDANAU GOLF CLUB, UKM, BANGI PADA 26 MEI 2010

Hello Members Sekelian,
Cerita untuk outings kali ni tak siap lagi. Mungkin ramai yang ingin tahu keputusan. Dari saudara tertunggu tunggu, saya pos dulu keputusan. Harap Faham.

kita sambung cerita

Danau Golf Club ialah lapangan yang disetujui kita bermain pada 26 Mei 2010. Dah lama kita tak main kat sini. Se ingat saya course ni yang panjang (long) dan ada tempat tempat yang lecak (lecah). Fairway Cow Grass. Course kepunyaan UKM tapi di urus oleh syarikat swasta. Pernah saya sesat dulu semasa mencari course ni. Kali ni dah yakin. Sampai dikelab jam 0750. Kira OK lah tu. Siapa yang nak caddy kena tanggung sendiri dengan harga RM 40. Kira berpatutan. Saya ambik satu. Standard macam saya ni terpaksa ambik, kalau tidak melilau saya kat course dibuat nya. Dengan bayaran RM 110 kepada Convenor dan RM 40 untuk caddy. Jumlah RM 150 pada hari tu. Kira nya RM 150 tiap tiap minggu sebagai ‘Recurring Charges’ untuk kita. Pension boleh tanggung lah.
Sampai diGolfers’ Terrace kelihatan dalam 5 orang je members. Members kita. Staf club tak kelihatan. Menjengok juga kearah tempat yang selalu dihidangkan breakfast. Tak de. Setahu saya outings kita hari tu termasuk breakfast. Salah dengar ke? Dengar betul, cuma kelab gagal menyediakan nya. Lah apa dah jadi ni. Kita keluar rumah dengan beranggapan mengalas perut dikelab, jadi tak lah mengambil apa apa dirumah mahu pun dalam perjalanan. Bersarapan ada lah penting. It is the most important meal of the Day. Lepas tertanya tanya kita dimaklumkan breakfast akan diatur di HalfWay Hut, DiLubang 5 dan 14. Lapar lah kita sehingga sampai kesitu. Saya ada kopi O dalam mug yang saya selalu bawa. Yang lain tu minum air mineral yang dibekal oleh kelab lah nampaknya. Untuk makanan kena sedut udara dulu.
Pada hari tu ada 5 flights. 20 peserta. Berkurangan pula hari tu kalau nak dibezakan dengan minggu sabelum tu sebanyak 10 flights atau 40 orang. Kenapa kurang kali ni? Pasal Danau ke? Tak kesah. Kita menyertai outings untuk enjoy game kita dan berjumpa kawan. Kita Setia dengan Kawan.
Kelihatan satu member baru. Mokhtar Hassan. Tinggi orang nya. Lebih 6 kaki. Bin Hassan. Saya pun bin Hassan juga. Saya panggil dia Kotai. Adek saya. First time dia join kita. Dia tak de kelab yang tetap. Macam kita semua kelab dia KSS atau Kelab Sana Sini.
Dia ada grup dia juga. Mengikut nya handicap dia 14. Ini Panglima Handicap akan tetapkan selepas apply cara handicapping kita. Dia satu flight dengan saya.
Dua lagi Dato Anuaruddin dan Mej Rustam. Kita mula diLubang 10. Dogleg kiri. Bukan lagi dogleg ni. Ini kona baring. 90 darjah punya kona tapi Index 14. Belum apa apa dah mula kecepis. Sampai lah keGreen. Dapat 8 kat situ. Dato Anuar 6, Rustam 5 dan Kotai 5.Its going to be a Long Day for me. In consoling myself ‘badan tak panas lagi kut’. Lubang 11. Par 4, Index 2. Kotai tee off, kekanan sikit. Ada OB line disana. Saya kekanan juga. Yang dua lagi pukul ketengah fairway. Saya ambik Pro ( provisional) shot. Mencari bola. Saya senang. Bola saya OB. Bola Kotai tak jumpa. Saya kira dia modest sikit. Cari bola berdekatan bola saya. Rupanya bola dia jauh pegi nya kebawah lurah. Dia senang je sampai lepas green dengan pukulan nya yang kedua. Yang saya ni terkial kial. Dia dapat bogey 5. Saya quadruple 8. Double par lah tu. Hujan makin lebat. Siren berbunyi menandakan berhenti main seketika. Dalam hati, hujan tak seberapa, guruh pun tak kedengaran kenapa berhenti main. Tapi teringat juga kes kes yang pernah kita dengar tentang kemalangan digolf course kerana disambar petir. Pihak kelab lebih ariff dalam hal ni. Kita kena ikut. Its better to be Safe than to be Sorry.
Tak sampai satu jam siren kedua kedengaran. Boleh sambung main.Selepas tee off di Lubang 12, kelihatan kumpulan didepan kami menuju kearah kami. Ini Grup DNA dengan MJHim (masih berpartner) RHM dan Dato K. Rupanya bila hujan mula turun mereka dah bergerak keHalfway Hut untuk bersarapan. Kira nya good consideration in ‘Time & Space’. Mereka mengikuti kami dari belakang pula selepas tu. Lubang 12, Par 5, Index 6. Kotai par, Rustam Bogey dan Dato Anuar triple bogey. Saya dapat quadraple bogey lagi. 9. Baru 3 lubang dah 12 over. Hancuus.
Lepas Lubang 13, Par 3. Takde dapat par. Kita terus keHalfway Hut untuk sarapan. Dapat nasi lemak, karipap dan pisang. Air panas saperti kopi dan teh ada.









Grup DNA ‘potong’ kita kat situ. Dah bersarapan. Kira nya perut dah berisi. Patutnya main lebih baik lah. Tak juga. Sama je. DiFirst Nine ni saya main baik sikit, tapi masih tak kemana. Gross 53. Second Nine tadi gross 64. Gross117. Net 94. Tak pernah pernah dapat gitu. Ini kes teruk. Tapi ‘that’s golf’.
Makan tengah hari disediakan dibilik khas. Bilik aircon. Lega rasanya. Kiranya aturan lebih baik. Makanan dalam bekas ‘Dome’. Lauk termasuk asam pedas, kari ayam, telur dadar, sayur campur. Nasi putih dan air fresh watermelon.
Sabelum acara penyampaian hadiah ada beberapa pengumuman:
a. Dari Dato Anuaruddin telah mengumumkan majlis perkahwinan. Kita ingat perkahwinan dia. Rupanya untuk anak nya bernama Ahmad Azad dengan Nurulain Mohd Salleh. Majlis akan diadakan diPerdana Villa (tempat kita berbuka puasa tahun lepas) pada 6 Jun 2010. Jemputan ialah dari jam 12.00 hingga 5.00 petang.
b. Tan Sri Hashim Meon pula mengumumkan pelancaran usaha amal oleh Yayasan Kebajikan Nusantara atau YAKIN. Mengikut nya badan ini adalah pertubuhan amal yang telah ditubuhkan 18 tahun dan berusaha menyara dan mendidik anak anak yatim. Acara pelancaran akan diadakan di Dewan Banquet Pesuruhanjaya Securities diMont KIara pada 6 Jun 2010 mulai jam 8.00 malam. Tan Sri menyatakan selaku Pengerusi YAKIN beliau menjemput members Setiakawan kemajlis tersebut serta menderma. Untuk satu meja YAKIN menawarkan tajaan sebanyak RM 1,000. Beliau berharap semoga members Setiakawan akan bermurah hati dan menaja satu meja. Dalam hal ini saya harap MJHim dan Dato K akan mengerakkan usaha dari Setiakawan ini dengan mendapatkan members yang bermurah hati untuk menyumbang. Cerita lanjut akan saya poskan diBlog kita ni.
Kol Mutalib mengambil alih untuk mengumumkan keputusan pada hari tu. Oleh sebab hanya 20 peserta saje, maka kita adaka hadiah secara menyeluruh. Takde A atau B Medal. Keputusan nya adalah saperti dibawah:

































Kami selesai pada jam lebih kurang 2.30 petang. Pertandingan kita pada minggu depan ialah diKinrara Golf Club. Kita jumpa pada 02 Jun 2010.

Salam

Setiakawan Akan Menderma Kepada YAKIN. Alhamdulillah.







Salam
.

3 comments:

  1. Sahabat Setiakawan sekalian,

    Memang benar orang kata 'it is difficult to manage success'.Champion SIM masih tak dapat kekalkan prestasinya..apalah nasib.Rabu lepas mainan masih hancuss,malu dengan sponsor,Macgyver.Nampak nya Macgyver dan saya kena kena 'go our seperate ways dulu' before we link up again in 3 weeks time to challenge back Chairman hcap cmtee dan ayam tambatan nya Kol Affendi.Itu pun juga saranan Kol Affendi.Kita tengok lah.

    Mengenai Malam Amal YAKIN,kita semua patu memberi sokongan sedaya mampu.Ini termasuk amal jariah yang munafaatnya hanya dapat dirasai dalam kubur nanti,InsyaAllah.Pikirlah.Sama ada kita nak buat sumbangan secara kumpulan Setiakawan dengan tak kira berapa meja dapat atau kita pakat pakat untuk 'beli' beberapa meja.

    Bagi saudara saudara intake 12 dalam Setia kawan kita boleh berpakat untuk dapat satu meja.Jadi saya seru sahabat sahabat berikut untuk menyumbang;
    Khalid,Isa,Hamzahhassan,Hashimyahaya,Ramanjabir,Ramliharun.Kalau ada 4 orang lagi yang nak masuk Squad 12A saya sangat alu alukan.Mereka yang boleh dijemput ialah;Raden,Rostam,Norman dan Macgyver kalau beliau tak mau go solo.Kalau setuju saya akan collect RM100 seorang minggu depan...itupun kalau setuju.

    Salam hormat
    MJHim

    ReplyDelete
  2. Dear Dato Hashim,
    I setuju on the malam amal. I will not be able to attend as I have guests from Australia, but I will contribute. As for golf, my nett was 87, meaning I touched 100. That was an achievement as I have not touched 100 in a long long time. So it is back to the drawing board and I hope to eventually come up with a swing that works. Oh yes, John, that was bloody good reporting. Cheers.
    Amin

    ReplyDelete
  3. Skawan Gang,

    MJHim and I failed to perform! It was not because of our opponents, Dato K and RHM
    ( they also hancuus ) but many other very valid excuses including non air-conditioned Danau Course, very long and soggy fairways, unfriendly slopes, sandy greens, empty stomach ( no breakfast available ) and the RAIN!
    I indicated to RHM, if Skawan Group were to play at Danau GC next time, he has the pleasure NOT to sms me about it and save 50 cents!

    MJHim, I agree to go to driving range, putting greens in next few days and it may be a good idea for us to split until we secure our strength again.

    I was short by one (1) of touching a century
    and first time in last 25 years to score 10 at 12th hole par-5! Very miserable.

    The only good story was to have scored pars at two par-3 holes and Dewi, the sweet Surabaya girl who caddied for me, but sorry guys.....
    she is returning to Surabaya for good next week!

    Regarding Yayasan Nusantara dinner, I will be committed to attend a family wedding that night but I am pleased to contribute by becoming Intake 12 honorary member. MJHim and Intake 12 members, please count me in.

    See you in Kinrara GC on 2nd Jun 2010, insyaAllah.

    DNA

    ReplyDelete