Tuesday, May 11, 2010

SETIAKAWAN KE PERTH AUSTRALIA 3 – 10 MEI 2010

Pada malam 3 mei kami berkumpul di LCCT untuk penerbangan ke Perth. Rombongan terdiri daripada DNA,TSHM, MJHim, DATO MALIK, RHMAN JABIR, ROSLI DELI, SAADON, RADEN, ARHAM, RK, SAYA, DAN DATO AMIRUDDIN ( pergi berasingan dgn (MAS). Check in berjalan dgn lancar untuk semua kecuali DNA yg tersangkut pasal masalah visa. Kami sungguh risau takut DNA tak dapat ikut trip ini. Dah le Chiangmai trip dulu beliau kehilangan passport. Akhirnya masalah dapat diatasi beberapa minit sebelum boarding. Legaaa. Kami menaiki penerbangan AIRASIA X D72714 yg bertolak pada jam 11.50 malam dan tiba di Perth pada jam
5.20 pagi 4 Mei.

HARI PERTAMA - 4 MEI
Check in Budget Apartment di Preston Street, Como. Lepas rehat, masak dan makan, kami berangkat ke Collier Golf Course untuk practice round. Ini public course tapi in excellent condition. Keputusan: No. 1 Dato Nawi nett 74, No.2 Raden nett 74, No.3 Rahman Jabir nett 76. Isteri2 pula dibawa bersiar2 di Kings Park. Sebelah malam rehat je. Jam 9 dah tidor sebab mengantuk sangat.

HARI KEDUA - 5 MEI
Jam 7.30 pagi berangkat ke Joondalup (disebut JUNDALAP) Golf Resort. Kira2 Joondalup ni golf course yg terbaik di Perth. Maka bermulalah pertandingan SIM Perth. Course ni memang sah cantik...private course lah katakan. Tapi susah giler beb. Fairway dia bengkang bengkok macam ular kena palu. Banyak dog leg, bunker dan bukit. Lihat keputusan pun kita boleh bayangkan betapa susahnya course ini. Keputusan: No.1 Dato Malik nett 76, No.2 Dato Hashim
nett 76, No.3 Saadon nett 77, No.4 Raden nett 83, No.5 RK nett 84, No.6 Arham nett 85, No.7 Rosli nett 86. Yg lain tak payah tanyalah...hancuuus. Yg saya nak komen ialah tentang layanan yg diberi oleh management club ini...best. Dia naikkan bendera Malaysia. Megah rasanya. Dah lah tu kami diberi kemudahan changing room untuk members.
Para isteri pula pergi shopping di Joondalup mall. Kami RV dgn isteri di sini untuk makan tengah hari. Ada restoran turki jual Kebab. Lepas tu kami shopping lak. Tak berani nak belanja sebab mahal sangat...ini buat diri saya lah.
Sebelah malam rehat dan tidor awal lagi.

HARI KE TIGA - 6 MEI
Hari ni ada sikit cockup. Kami sepatutnya bermain di Burswood golf course. Tapi kerana tak buat booking kami tak boleh main kerana telah fully booked. Kami berpindah ke Wembley golf course yg tak begitu jauh dari Burswood. Ini juga public course tapi tetap cantik dan in very excellent condition. Saya dapati course ini yg paling senang sekali dalam banyak2 course yg kami main. Straight forward dan pendek. Tengok keputusan ini: No.1 Dato Hashim nett 68, No.2 Arham nett 69, No.3 Rosli nett 71, No.4 Saadon nett 72, No.5 Dato Malek nett 72, No.6 Datuk K nett 73 (tapi tak dapat duit).
Sebelah malam kami jadi tetamu kawan TSHM bernama Farouk untuk makan malam. Kami dijamu masakan muslim South Africa sebab Farouk berasal dari sana. Sedap jugak.





HARI KE EMPAT - 7 MEI
Ferry ride dari Perth ke Freemantle menyusur the Swan River. Tiada apa yg boleh diceritakan cuma permandangan disepanjang pelayaran boleh dikatakan cantik. Setiba di Freemantle pada jam 12.30 tengah hari kami terpaksa menghabiskan masa selama 7 jam merayau2 di pekan ini sementara menunggu makan malam yg di taja oleh kawan perniagaan DNA bernama Tom. Meletihkan. Nasib baik mood kami naik semula kerana dijamu dgn makan malam yg agak enak di Mussle Bar & Resataurant. Terima kasih Dato Nawi.

HARI KE LIMA - 8 MEI
Hari ini adalah permainan kami yg ke 4 (terakhir) dalam siri jelajah Perth dan pertandingan yg ke 3 dalam siri SIM. Kami bermain di The Vines Golf & Country Resort. Kami juga berkesempatan bermain dgn ahli2 Malaysian Golf Association Western Australia yg kebetulan mengadakan pertandingan mereka pada hari itu. Course ini pun cantik juga. tapi banyak sangat itik dan banyak green penuh dgn taik itik. Yg tak sedap tentang course ini banyak sangat hidden bunkers. Tak nampak hinggalah kita tiba di bola kita. saya sendiri banyak kali tertipu. Keputusan: Dato Nawi, Saadon, Dato Malik dan Dato Hashim...semua main par 72. Tapi sayangnya tak ada duit sebab orang yg di beri tanggung jawab mengutip duit pool sudah terlupa menjalankan tugas dia pagi itu. Siapa lagi kalau bukan orang Tepeng.
Untuk merebut kejohanan SIM Perth, telah dipersetujui mengambil keputusan 2 dari 3 permainan yg dipertandingkan. Keputusan keseluruhan SIM Perth adalah seperti berikut:








Pada sebelah malam diadakan majlis penyampian hadiah sambil menjamu selera di Restoran Takaza kepunyaan orang Melayu kita. Tapi service dia berserabut...bagi malu orang Melayu je. Makan memang sedap.

HARI KE ENAM - 9 MEI
Ini hari terakhir trip kami ke Perth. Oleh kerana hari minggu dan orang putih memang pemalas, kedai dibuka dari jam 12.00 pm hingga 4.00 pm je. Maka beramai2lah kami pergi shopping di bandar Perth untuk menghabiskan baki duit Ostolia yg ada. Bagi pemain2 golf yg tak kesempatan meninjau bandar Perth, kami dibawa melawat beberapa tempat penting termasuk Kings Park. Kami juga dibawa ke Masjid yg dibina oleh orang Afghanistan sekitar tahun 1930han untuk solat.
Sebelah malam buat apa lagi kalau tidak packing sebab pagi2 esok jam 4 kami kena bertolak ke airport untuk terbang ke Malaysia.

HARI KE TUJUH - 10
Tepat jam 4 pagi kami bergerak ke Perth Internatioan Airport untuk balik ke Malaysia dgn penerbangan AIRASI X D2715. Kami kena bayar AUD 35 untuk golf bag dan ada juga kawan2 yg kena bayar excess baggage..banyak shopping le tu. ETD kami sepatutnya jam 6.30 tapi waktu sebenar kami terbang ialah pada jam 7.10. Tiba di KLIA jam 12.20...10 minit lebih awal. Misti pilot tekan minyak punya ceritalah ni.

PENUTUP
Pada keseluruhannya SIM Perth ini bolehlah dikatakan berjaya. Saya secara peribadi sangat berpuas hati dapat bermain di lapangan golf yg semuanya cantik2 belaka. Bak kata Raden..TAK SEINDAH KATA. Cuaca memang nyaman. Aircond very powerful kata TS Hashim. Cumanya permainan saya saja yg tidak memuaskan hati. Tidak ada excuse yg boleh diberi.
Salam
Setiakawan Kata G’Day Mates
(Gambar gambar Ehsan Dato Malek Shahar)

1 comment:

  1. Skawan Gang,

    Saya tak mahu cakap banyak nanti kena tuduh pula, tetapi kerana menghormati usaha John dan sumbangan Dato' K dalam menceriakan blog Skawan, saya sukacita perturunkan perasaan GUMbira saya dan Mani kerana dapat bersama kawan-kawan Skawan yang lain kePerth.

    I hope others enjoyed the Perth outing as much as Mani and I did.

    Sunggoh pun permainan golf saya pada hari kedua dan ketiga tidak begitu menyerlah, cukuplah menjadi pemenang pada hari pertama dan keempat serta mendapat tempat ke6 keseluruhan, cukup-cukup makan!

    I have confirmed my participation in the
    "Chiengmai Tour" on 27-31 Jul 2010 and hope to see most of you there.

    DNA

    DNA

    ReplyDelete