Saturday, May 22, 2010

PANTUN JENAKA 7

Anak Hindu beli petola
Beli pangkur dua-dua
Mendengar kucing berbiola
Duduk termenung tikus tua

Punggur berdaun di atas kota
Jarak sejengkal dua jari
Musang rabun, helang pun buta
Baru ayam suka hati

Ketika perang dinegeri Jerman
Ramai askarnya mati mengamuk
Rangup gunung dikunyah kuman
Lautan kering dihirup nyamuk

Jual betik dengan kandil
Kandil buatan orang Inggeris
Melihat buaya menyandang bedil
Lembu dan kerbau tegak berbaris

Sedutan Dari Dunia Penyair



4 comments:

  1. John,

    Wah dah ada gambar baru nampak. hemsem tapi trademark u tak ada...churut dah hilang ke.

    Pagi tadi saya dan MJHim mengambil bahagian dlm pertandingan SENIOR MEDAL di SIGC. Ini adalah pertandingan tahunan. Tahun lepas saya jadi johan B medal dgn nett score 65 bermain dgn hcap 17. Tahun ni lain pulak ceritanya...saya score 81 bermain dgn hcap 14 dan MJHim..biar dia lapor sendirilah. Inilah yg dinamakan golf. Hari ni banyak sangat double bogey...ada 7. Kat situ je dah habis stroke saya.

    Jadi disini saya turunkan serangkap pantun jenaka yg tak jenaka

    Anak kucing anak merpati
    anak harimau makan capati
    apa nak jadi dgn golf ku ini
    makin hari makin tak jadi

    ReplyDelete
  2. Anak beruk makan tauhu
    Selepas bertenu mak bidan
    Golf teruk sebab tak tahu
    Nak cari ilmu kuatkan badan

    DNA
    Kuala Terengganu

    ReplyDelete
  3. Saudara John.

    Pagi tadi turun padang
    Panasnya terik tidak terhingga
    Hamba main sangat meradang
    Score yang diperolehi tidak boleh dibangga

    Khalid main empat belas aku duapuluh empat
    Dia main hancuss aku main macam musibat

    Surung papan tarik papan
    Buah keranji dalam perahu
    Suruh main golf aku kata silakan
    Suruh turun hcap aku masih tak mahu

    MJHim

    ReplyDelete
  4. Dear Dato K dan MJHim,
    Saya bersimpati dengan persembahan Saudara berdua semasa diSenior Medal. The anticipated good results may have added pressure on you both. But then:
    Gikedai beli kueh nyonya
    Hembus hidung keluarkan hingus
    Permainan golf gitulah sifatnya
    Sehari elok sehari hancus

    Dalam marah tu mungkin terfikir nak berehat seketika dari golf. Jadi:

    Usaha Diri Membaiki Cara
    Selepas berlatih turun kepadang
    Jangan hilang cara yang Ada
    Ambik sabit tebas diLadang

    Koljohn

    ReplyDelete