Sunday, May 30, 2010

KINRARA GOLF CLUB – 02 JUN 2010


Pada 2hb Jun ini SetiakawanGolf akan bermain di Kinrara Golf Club. Diminggu lepas kita bermain diDanau Golf Club (DGC), sabelum itu diNilai Springs Golf and Country Club (NSGCC). DiDGC seramai 20 orang je bermain. DiNSGCC sabelum tu seramai 40 orang bermain. DGC sejauh 6357 meter, diNSGCC sejauh 6099 dan diKinrara GC sejauh 6021 meter je. Tak lah jauh sangat kalau nak dibezakan dengan course yang 2 lagi. Seharusnya boleh main lebih baik lagi. Course nya pun cantik. Ada buggy ada caddy. Cuba kita melebihi 40 orang atau 10 flight yang menyertai pada 19 Mei dulu. Semua akan bermain dengan handicap yang baru. Harap harap tak menghampakan.
Mengikut cerita nya:

Designed by Edward H Parslow and our in house designer En. Roslee Muda with most jaded of golfers in mind, Kinrara Golf Club (KGC) is conveniently located just 15-20 minutes drive from Kuala Lumpur via Sungai Besi/Kesas Highway. Its 18 hole golf course presents new challenges for every golf enthusiast as the fairways,articulately positioned bunkers, challenging water hazards and its excellent green make KGC the ultimate golf rendezvous. KGC also provides a variety of facilities for the family ranging from tennis, swimming pool, Gymnasium/Aerobic room and others making it a perfect place for fun and relaxation.KGC philosophy is to provide BEST SERVICE ALWAYS as members satisfaction will always be our ultimate goal. Address : Jalan Kinrara 6, Bandar Kinrara, 47100 Puchong, Selangor. Telephone: (603)807 62100
Salam.

Setiakawan Bertarung diKinrara Golf Club pula.



Saturday, May 29, 2010

SETIAKAWANGOLF HANDICAP BAGI BULAN JUNE 2010



To some golfers, the greatest handicap is the ability to add correctly.
Author Unknown

Kira nya ‘its that time of the month again’. Penyesuaian Handicap bagi semua members. Kiranya ada yang naik dan ada yang turun. Yang naik tu mungkin senyum ( dengar lah lagu Nat King Cole dibawah) dan macam saya tak nak senyum kerana naik balik ke 24. This can’t be. Tapi kena cuba semula untuk turun ke 20 at least.
Yang turun tu kena lah terima sebab kita ikut formula ‘SetiakawanGolf Handicap’. Adil dan konsisten. Ada juga handicap yang kekal. Mintak mintak yang ni genuine. Tak de blow up dilubang lubang terakhir.
Untuk pertandingan kita pada 2 Jun ini, handicap baru akan digunakan saperti dipamirkan dibawah:





Handicap di Kendalikan Oleh:









Cuba lawan dengan handicap baru ni supaya dapat under. Baru boleh kata ‘ game dah improve’.
Terdapat juga handicap melibihi 24. Ada tiga members bagitu. Setahu saya maximum handicap 24, yang berlebihan ni bagaimana pulak. Panglima Handicap kena putuskan.

Salam

Setiakawan Dapat Handicap Baru.

SMILE


Hello Members Sekelian,
Selepas ni akan saya poskan handicap baru kita. Untuk bulan June 2010. Harap Harap senyuman (SMILE) tu masih ada selepas melihat handicap itu.
Sementara tu enjoy lah lagu Nat King Cole ni.

Salam

Setiakawan Selalu Senyum.



SETIAKAWANGOLF RANKINGS AS AT END OF MAY 2010


Saya rasa Saudara sekelian telah pun tahu kedudukan rankings Setiakawan hingga akhir bulan Mei 2010. Ya. Dr Khalil Ramli ialah top Rankings kita sehingga akhir bulan Mei 2020. Well Done Dr. Locum kena jaga klinik lebih lama supaya Saudara dapat mengekalkan kedudukan. Kedudukan keseluruhan, sila lihat dibawah ini:











Dato Khalid Saad ( Dato K ) yang bulan lepas nombor 1, sekarang ni dah jatuh nombor 2. Tan Sri Nik Ismail yang dulu nya nombor 2 dah jatuh kenombor 3 lak. Dato Amin, Kol Mutalib dan Kol Ramli Kinta kekal tempat masing masing sementara Mej Sardon Kaprawi dah kena potong oleh Mej Rustam yang dulunya nombor 8. Nampaknya kedudukan nombor 4 hingga 8 saling ganti berganti macam World MotoGp lak. Potong memotong tiap tiap bulan. Bagus lah tu supaya kesemua nya mencuba yang terbaik mungkin untuk mendahului.
Bagi pemenang piala piala terdahulu kurang menyerlah nampaknya melainkan Ramli Kinta. Yang lain – SIM diSurabaya, Nazri, sekarang nombor 26. SIM1/10 diPerth, MJHim sekarang ni nombor 31 dan Pemegang Piala Kejuaraan Setiakawan, Dato Yunus Long sekarang dinombor 23. Yang berkedudukan nombor nombor dibawah ni tertaklok kepada kekerapan bermain. Ada main adalah point. Kedudukan juga penting untuk mendapat tempat yang baik sebab tiap tiap kedudukan akan ada point melainkan mendapat kedudukan ke26 dan kebawah. Tapi tiap tiap minggu purata 30 orang bermain. Takkan lah tak dapat kalahkan 5 orang je untuk tempat ke 25. Itu 2 point.
Mengikut rekod terdapat seramai 104 members mengikuti Weekly Outings kita tapi kedudukan terakhir sekali ialah nombor 43. Seramai 20 orang dikedudukan itu. Points mereka ialah kosong, kerana telah mengambil bahagian tapi tak dapat kedudukan. Dengan itu points kekal dikosong. Harap harap yang dalam kedudukan disini akan cuba sekurang kurang nya naik setingkat. Tinggalkan mereka ditempat ke43 disana.
Semoga semua members akan kerap bermain dan mendapat kedudukan yang terbaik untuk masa masa akan datang. Melihatkan kebiasaan, mereka mereka yang pergi berlatih sabelum bertanding akan bermain baik. Contoh nya DNA selalu keRSGC atau Dato Isa keDriving Range atau MJHim berjumpa Balan (bukan P I Bala) sehari sabelum bertanding. Ini semua bukti – Practise Makes Perfect.

Ranking diKendalikan Oleh:













Salam.

Setiakawan DiDahului oleh Dr Khalil Ramli.

Friday, May 28, 2010

SETIAKAWANGOLF GOLFER OF THE MONTH - MAY 2010



Ya sekali lagi kita memaklumkan apa yang kita panggil Golfer of the Month untuk bulan May 2010. Golfer ini kita kira telah berjaya mengutip mata yang terbanyak dari pertandingan mingguan kita untuk satu bulan. Mata dikutip apabila sasaorang tu menghadirkan diri dan bermain di ‘outings mingguan’ kita dan mendapat kedudukan sekurang kurang nya nombor 25. Baru ada mata.
Saya nak mintak maaf kerana tersilap posting. Overall Ranking sehingga hujung bulan Mei 2010 dah saya pos sebagai 'Golfer of the Month'. Dua kesilapan disini. Yang sepatutnya menjadi Overall Top Ranking sehingga hujung bulan Mei 2010 dah saya maklumkan sebagai Golfer of the Month. Golfer of the Month yang sebenarnya saya tak disebut. Jadi mohon maaf atas kesilapan itu terutamanya kepada 2 members yang terlibat, Dr Khalil Ramli dan Shamsuddin Mahasan.









Jadi - dibawah ni saya pamirkan kedudukan sebenar bagi bulan Mei 2010.






Tahniah saya ucapkan kepada Shamsuddin MaHassan. Rasa nya ini first time dia mendahului ranking. Semoga dia akan kekalkan kedudukan pada masa masa akan datang.
Ranking dikendalikan Oleh:












Salam

Setiakawan Mengucapkan Tahniah Kepada Saudara Shamsuddin MaHassan diatas pencapaian nya.




Sebagai Selingan Terima lah Maaf Dari Saya



SETIAKAWANGOLF GOLFER OF THE MONTH


Ya sekali lagi kita memaklumkan apa yang kita panggil Golfer of the Month untuk bulan May 2010. Golfer ini kita kira telah berjaya mengutip mata yang terbanyak dari pertandingan mingguan kita. Mata dikutip apabila sasaorang tu menghadirkan diri dan bermain di ‘outings mingguan’ kita dan mendapat kedudukan sekurang kurang nya nombor 25. Baru ada mata.
Golfer of the month kita ialah saperti dipamirkan dibawah:







Ia, Dr Khalil sekali lagi mendahului yang lain untuk bulan Mei ini. Ya, untuk bulan Mei je. Dia akan dihadiahkan wang tunai yang akan ditetapkan oleh jawatankuasa. Keseluruhan ranking belum tentu dia didepan. Kita kena bersabar sejenak, kerana overall rankings akan dipamirkan selepas posting ini. Bagi suspense sikit.
Members lain harap tatapi ranking bulan ini dan menambah azam untuk menjadi Golfer of the Month bagi bulan June pulak.

Salam

Setiakawan Ucapkan Syabas kepada Dr Khalil Ramli

Wednesday, May 26, 2010

SETIAKAWANGOLF WEEKLY OUTINGS DIDANAU GOLF CLUB, UKM, BANGI PADA 26 MEI 2010

Hello Members Sekelian,
Cerita untuk outings kali ni tak siap lagi. Mungkin ramai yang ingin tahu keputusan. Dari saudara tertunggu tunggu, saya pos dulu keputusan. Harap Faham.

kita sambung cerita

Danau Golf Club ialah lapangan yang disetujui kita bermain pada 26 Mei 2010. Dah lama kita tak main kat sini. Se ingat saya course ni yang panjang (long) dan ada tempat tempat yang lecak (lecah). Fairway Cow Grass. Course kepunyaan UKM tapi di urus oleh syarikat swasta. Pernah saya sesat dulu semasa mencari course ni. Kali ni dah yakin. Sampai dikelab jam 0750. Kira OK lah tu. Siapa yang nak caddy kena tanggung sendiri dengan harga RM 40. Kira berpatutan. Saya ambik satu. Standard macam saya ni terpaksa ambik, kalau tidak melilau saya kat course dibuat nya. Dengan bayaran RM 110 kepada Convenor dan RM 40 untuk caddy. Jumlah RM 150 pada hari tu. Kira nya RM 150 tiap tiap minggu sebagai ‘Recurring Charges’ untuk kita. Pension boleh tanggung lah.
Sampai diGolfers’ Terrace kelihatan dalam 5 orang je members. Members kita. Staf club tak kelihatan. Menjengok juga kearah tempat yang selalu dihidangkan breakfast. Tak de. Setahu saya outings kita hari tu termasuk breakfast. Salah dengar ke? Dengar betul, cuma kelab gagal menyediakan nya. Lah apa dah jadi ni. Kita keluar rumah dengan beranggapan mengalas perut dikelab, jadi tak lah mengambil apa apa dirumah mahu pun dalam perjalanan. Bersarapan ada lah penting. It is the most important meal of the Day. Lepas tertanya tanya kita dimaklumkan breakfast akan diatur di HalfWay Hut, DiLubang 5 dan 14. Lapar lah kita sehingga sampai kesitu. Saya ada kopi O dalam mug yang saya selalu bawa. Yang lain tu minum air mineral yang dibekal oleh kelab lah nampaknya. Untuk makanan kena sedut udara dulu.
Pada hari tu ada 5 flights. 20 peserta. Berkurangan pula hari tu kalau nak dibezakan dengan minggu sabelum tu sebanyak 10 flights atau 40 orang. Kenapa kurang kali ni? Pasal Danau ke? Tak kesah. Kita menyertai outings untuk enjoy game kita dan berjumpa kawan. Kita Setia dengan Kawan.
Kelihatan satu member baru. Mokhtar Hassan. Tinggi orang nya. Lebih 6 kaki. Bin Hassan. Saya pun bin Hassan juga. Saya panggil dia Kotai. Adek saya. First time dia join kita. Dia tak de kelab yang tetap. Macam kita semua kelab dia KSS atau Kelab Sana Sini.
Dia ada grup dia juga. Mengikut nya handicap dia 14. Ini Panglima Handicap akan tetapkan selepas apply cara handicapping kita. Dia satu flight dengan saya.
Dua lagi Dato Anuaruddin dan Mej Rustam. Kita mula diLubang 10. Dogleg kiri. Bukan lagi dogleg ni. Ini kona baring. 90 darjah punya kona tapi Index 14. Belum apa apa dah mula kecepis. Sampai lah keGreen. Dapat 8 kat situ. Dato Anuar 6, Rustam 5 dan Kotai 5.Its going to be a Long Day for me. In consoling myself ‘badan tak panas lagi kut’. Lubang 11. Par 4, Index 2. Kotai tee off, kekanan sikit. Ada OB line disana. Saya kekanan juga. Yang dua lagi pukul ketengah fairway. Saya ambik Pro ( provisional) shot. Mencari bola. Saya senang. Bola saya OB. Bola Kotai tak jumpa. Saya kira dia modest sikit. Cari bola berdekatan bola saya. Rupanya bola dia jauh pegi nya kebawah lurah. Dia senang je sampai lepas green dengan pukulan nya yang kedua. Yang saya ni terkial kial. Dia dapat bogey 5. Saya quadruple 8. Double par lah tu. Hujan makin lebat. Siren berbunyi menandakan berhenti main seketika. Dalam hati, hujan tak seberapa, guruh pun tak kedengaran kenapa berhenti main. Tapi teringat juga kes kes yang pernah kita dengar tentang kemalangan digolf course kerana disambar petir. Pihak kelab lebih ariff dalam hal ni. Kita kena ikut. Its better to be Safe than to be Sorry.
Tak sampai satu jam siren kedua kedengaran. Boleh sambung main.Selepas tee off di Lubang 12, kelihatan kumpulan didepan kami menuju kearah kami. Ini Grup DNA dengan MJHim (masih berpartner) RHM dan Dato K. Rupanya bila hujan mula turun mereka dah bergerak keHalfway Hut untuk bersarapan. Kira nya good consideration in ‘Time & Space’. Mereka mengikuti kami dari belakang pula selepas tu. Lubang 12, Par 5, Index 6. Kotai par, Rustam Bogey dan Dato Anuar triple bogey. Saya dapat quadraple bogey lagi. 9. Baru 3 lubang dah 12 over. Hancuus.
Lepas Lubang 13, Par 3. Takde dapat par. Kita terus keHalfway Hut untuk sarapan. Dapat nasi lemak, karipap dan pisang. Air panas saperti kopi dan teh ada.









Grup DNA ‘potong’ kita kat situ. Dah bersarapan. Kira nya perut dah berisi. Patutnya main lebih baik lah. Tak juga. Sama je. DiFirst Nine ni saya main baik sikit, tapi masih tak kemana. Gross 53. Second Nine tadi gross 64. Gross117. Net 94. Tak pernah pernah dapat gitu. Ini kes teruk. Tapi ‘that’s golf’.
Makan tengah hari disediakan dibilik khas. Bilik aircon. Lega rasanya. Kiranya aturan lebih baik. Makanan dalam bekas ‘Dome’. Lauk termasuk asam pedas, kari ayam, telur dadar, sayur campur. Nasi putih dan air fresh watermelon.
Sabelum acara penyampaian hadiah ada beberapa pengumuman:
a. Dari Dato Anuaruddin telah mengumumkan majlis perkahwinan. Kita ingat perkahwinan dia. Rupanya untuk anak nya bernama Ahmad Azad dengan Nurulain Mohd Salleh. Majlis akan diadakan diPerdana Villa (tempat kita berbuka puasa tahun lepas) pada 6 Jun 2010. Jemputan ialah dari jam 12.00 hingga 5.00 petang.
b. Tan Sri Hashim Meon pula mengumumkan pelancaran usaha amal oleh Yayasan Kebajikan Nusantara atau YAKIN. Mengikut nya badan ini adalah pertubuhan amal yang telah ditubuhkan 18 tahun dan berusaha menyara dan mendidik anak anak yatim. Acara pelancaran akan diadakan di Dewan Banquet Pesuruhanjaya Securities diMont KIara pada 6 Jun 2010 mulai jam 8.00 malam. Tan Sri menyatakan selaku Pengerusi YAKIN beliau menjemput members Setiakawan kemajlis tersebut serta menderma. Untuk satu meja YAKIN menawarkan tajaan sebanyak RM 1,000. Beliau berharap semoga members Setiakawan akan bermurah hati dan menaja satu meja. Dalam hal ini saya harap MJHim dan Dato K akan mengerakkan usaha dari Setiakawan ini dengan mendapatkan members yang bermurah hati untuk menyumbang. Cerita lanjut akan saya poskan diBlog kita ni.
Kol Mutalib mengambil alih untuk mengumumkan keputusan pada hari tu. Oleh sebab hanya 20 peserta saje, maka kita adaka hadiah secara menyeluruh. Takde A atau B Medal. Keputusan nya adalah saperti dibawah:

































Kami selesai pada jam lebih kurang 2.30 petang. Pertandingan kita pada minggu depan ialah diKinrara Golf Club. Kita jumpa pada 02 Jun 2010.

Salam

Setiakawan Akan Menderma Kepada YAKIN. Alhamdulillah.







Salam
.