Hello Members Sekelian,
Nampaknya banyak members yang turuti permainan diKinrara Golf Club pada 09 Ogos 2010. Perbezaan nya ialah permainan kita diadakan pada hari Isnin dan bukan pada hari Rabu saperti lazim nya. Sebabnya pada hari Rabu dijangka kita akan menyambut bulan Ramadhan dan memulakan ibadah Berpuasa. Saya tak dapat menyertai sebab ‘urusan domestik’. Tak boleh dielakkan. Sorry.
Keputusan pada hari tu saya terima dari Dato Amin dan dipamirkan dibawah saperti berikut:
Melihatkan keputusan tu boleh saya nyatakan ‚a pleasant surprise’ sebab:
a. Member lama kita Dato Tairobi bermain dan mendapat net 71. Dia dah lama tak bermain tapi masih bermain ‘under’. Secret practice kote.
b. Nama baru kelihatan. Dato Mokhtar Perman (saya panggil dia Mike Per Man). Kawan lama yang amat karib dengan saya. Dia Gunner. Anggota Kor Artileri. Dia kendalikan meriam semasa dalam perkhidmatan. Welcome Dato. Masih hebat lagi nampak. Dapat nombor 2 A Medal dengan net 71.
c. Nama baru juga Kol Nahar. Dia lah lama kita kenal terutamanya semasa kita mengadakan pertandingan President’s Trophy di Port Dickson Golf and Country Club pada 29 Disember 2009 dulu. Masa tu dia Golf Captain kelab tu.
d. Nama baru, Dato Sanusi. Pernah kenal saorang Sanusi dalam perkhidmatan dulu. Tak pasti sama ada itu Sanusi yang saya kenal atau belum berkenalan lagi.
Anyway, kepada yang baru menyertai SetiakawanGolf bagi pihak Dato Presidente dan semua ahli saya mengucapkan Selamat Datang. Welcome. Kepada yang baru meryertai semula – Welcome Back. Cuma penyertaan suadara saudara sekelian itu akan terjejas dan mengugatkan konsistensi permainan sebab kita akan berehat selama sebulan semasa bulan ramadhan ni. Kita akan bermain semula selepas Hari Raya Aidil Fitri. Insyaallah.
Dalam bulan Ramadhan ni kita akan menunaikan ibadah puasa. Menghidar diri dari makan dan minum. Menghindar diri dari bermain golf – melainkan hardcore saperti DNA yang akan memujuk beberapa members menyertai nya saperti tahun lepas. Best of Luck to Everybody.
Kita akan berjumpa dalam keadaan berbeza sikit dalam bulan ini. Majlis Berbuka Puasa. Mengikut RHM kita akan adakan perjumpaan Berbuka Puasa tu pada 19 Ogos diD’Palma Hotel. Semua digalak hadir bersama keluarga.
Salam.
Setiakawan Bercuti Selama Sebulan. Selamat Menyempurnakan Ibadah Puasa.
Sdr John
ReplyDeleteDato Sanusi ialah Brig Jen (B) TUDM. Dia ni kira2 komando TUDM lah...HANDAU. Tamu DNA.
Dato Mokhtar Parman main satu flt dgn saya. Sungguhpun perut dah kena potong, tapi permainan golf dia masih mantap. Dia ni tamu MJHim.
Permainan saya so so je. Cukup makan. tetap dapat duit pool rm20 je. Panglima hcap bukan main handal lagi...main 4 under. Baru naik hcap 14 dah kena potong.
Nampaknya selama senulan berpuasa ni blogg u rehat jugak lah.
Selamat berpuasa
Dear Squad Dato K,
ReplyDeleteTerima kasih lah kerana memasukkan Comments. Kalau Saudara tak comment takde comments lah blog kita ni. Selepas posting pada pagi 11 Ogos menjengok juga saya kedalam blog kita. Tak de apa sehingga saya membuka semula pada pagi 12 Ogos. Ada juga comments. Selalu nya DNA mendahului. Sekarang nampaknya Saudara lak. Kemana dia menghilang tak tau kita. Bulan puasa nin dia menghilang ke Overseas kote. And I guess the problem of posting your comments has been resolved.
Blog kita akan berterusan meliputi perkara perkara berkaitan dengan Setiakawan. Celah celah tu cerita Golf la. Cerita Tiger Woods masih menarik. Mat Salleh tu kat US dan Europe masih carry on main golf. Yang 'break' Setiakawan je. Selain dari tu tak pasti lak samaada Orang Tepeng akan meneruskan kiriman dia. Mungkin berat sikit dalam bulan puasa ni.
Puasa baru 1st day. Harap harap boleh complete. Kalau dolu dolu tu banyak sangat cabaran, Itu kena rujuk MJHim.
Salam to All.
Koljohn
Hi Skawan Gang,
ReplyDeleteI have decided to hang my golf clubs for the next one and a half month! My golf was too inconsistant as a result of an "OVER DOSE"!!
From Jul 21 to Aug 09 ( 19 days ) I achieved my personal record of playing 15 times at 14 different golf courses , including 4 games in Chiangmai, Thailand with nett score between 68 and 77!
Ramdhan comes in time to save me. My body and systems need plenty of rest and nobody can convince me to play during Ramdhan!
John, to comfort you... I always keep track of skawan blog and I hope you keep it alive even during Ramdhan.
Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua.
Salaam Ramdhan.
DNA
Saudara setiakawan sekalian,
ReplyDeleteSelepas bermain golf di Chengmai,main balik diMalaya ini rasa lain pulak.Kalau saya boleh quote Mutalib,"bermain diChengmai walau pun tak bagus tapi seronok" Kenapa ye?
Pada hemat saya lapangan diMalaya ni tak golfer friendly kot. Apa tak nya fareway tak secuci,rough memang berserabut,daun daun banyak bertaboran,cadie taklah pro sangat tapi tipnya diminta tip pro dan lain lain lagilah.
Kita harap pengurusan golf courses diMalaya ni berubah sikap untuk menarik bukan saja orang tempatan tapi juga orang luar datang bermain di tempat kita dengan mengambil kira komen komen tadi.
Orang Tepeng kita pun dah lama tak main dengan setiakawan;hai sebab course juga ke atau tak setia lagi?
Bagi yang overdose tu rehat lah sebulan tapi bagi yang kurang bagus macam saya ni pi lah driving range mudah mudahan bila kita bertemu balik lepas Raya permainnan lebih consistent.
Selamat meneruskan ibadah puasa.
SALAM HORMAT
MJHim