Monday, August 2, 2010

PIALA LONGAN DICHIANGMAI, THAILAND

Laporan dari Dato Khalid Saad

HARI 1 - 27 JUL 2010
Penerbangan kami yg sepatutnya pada jam 7 pagi ditunda selama 2 jam kpd jam 9 kerana pesawat mengalami kerosakan sistem hawa dingin. Kami sampai di Chiangmai lewat dan terpaksa bergegas ke MAEJO GOLF CLUB sebaik saja selesai checkin di hotel RATANAKOSIN.
Golf course ini dipenuhi dgn pokok longan. Jadi riuh rendah le kami memetik buah longan sambil bermain golf. Keputusan pertandingan:




1. Johan ......Datuk Khalid Saad nett 72
2. 2nd ......Raden Hamzah nett 75 (OCB)
3. 3rd .....Supt Bahar nett 75 (OCB)
4. 4th .....Dato Mohd Isa nett 76
5. 5th .....Dato Nawi nett 77
6 6th .....Kol Mutallib nett 78

Sebelah malam selepas makan di retoran Siam, kami pergi shopping di Night Bazaar yg dipenuhi dgn barang ASPAL (asli palsu) termasuklah jam tangan dan pen yg branded. Ini merupakan rutin kami setiap malam di Chiangmai.

HARI 2 - 28 JULY 2010
Kami bermain di CHIANGMAI HIGHLAND GOLF CLUB. Sayangnya course ini tak ada pokok buah. Jadi konsentrasi kami tidaklah terganggu sangat. Maka ada le member yg dapat bermain under. Keputusan:
1. Johan .....Tan Sri Hashim Meon nett 71
2. 2nd .....Dato Mohd Isa nett 74
3. 3rd .....Dato Abd rahman nett 75 (OCB)
4. 4th .....Datuk Khalid nett 75 (OCB)
5. 5th .....Dato Nawi nett 77 (OCB)
6. 6th .....Supt Bahar nett 77 (OCB)




Malam ni kami tukar selera sikit...pergi restoran Pakistan. Sodap you tapi budget lari sikit lah. No problem..boleh diselaraskan. Shopping lagi.

HARI 3 - 29 JULY 2010

Hari ini kami bermain di ALPINE GOLF RESORT. Hebat course ini.

Secara peribadi saya pilih course ini sebagai yg terbaik. Pokok longan tak ada. Keputusan:
1. Johan ....Dato Abd Rahman nett 70
2. 2nd ....Dato Amiruddin nett 73 (OCB)
3. 3rd ....Dato Hashim nett 73 (OCB)
4. 4th ....Datuk Khalid nett 74
5. 5th ....Dato Nawi nett 75 (OCB)
6. 6th ....Kol Mutallib nett 75 (OCB)
Malam ini kami makan di restoran Pakistan yg lain pulak. Sedap. Lepas tu shopping macam biasa
HARI 4 - 30 JULY 2010
Kami bermain di course yg brand new...DOI INTHANOM yg terletak di atas kawasan pergunungan kira2 satu jam setengah dari Chiangmai. Dalam perjalanan saya mengumumkan bahawa ada 3 member rombongan yg belum menang pool...Dato Zainal, Dato Effendy dan Mej Saadon. saya memberi mereka semangat supaya bermain dgn bersungguh agar tidak pulang dgn tangan kosong. Alhamdulillah...2 dpd 3 menang pool. Lihat keputusan:
1. Johan ....Dato Nawi nett 68
2. 2nd ....Dato Mohd Isa nett 72
3.3rd ....Dato Effendy nett 77
4. 4th ....Tan Sri Hashim nett 78
5. 5th ....Dato Zainal nett 79
6. 6th ....Dato Abd Rahman nett 79

Malam ini kami makan awal sikit untuk memberi peluang kpd semua ahli rombongan lebih masa untuk last minute shopping. Esok pagi nak balik dah. Malangnya hujan terlalu lebat. Setelah menunggu hingga jam 8.40 kami buat keputusan untuk redah aje hujan. Hebat betul.

HARI 5 - 31 JULY 2010
Penerbangan pulang mengikut jadual. Tiada apa apa masalah yg dilalui. Setiba di LCCT setelah mengambil luggage masing2, kami mengucap good bye antara satu sama lain dan pulang ke rumah masing2 dgn hati yg sangat GUMbira, badan yg sangat letih dan poket yg hampir kosong.

Ada yg dah siang2 bertanya WHAT IS AFTER JOGJA? waduuuh













Saya juga terdengar nyanyian member kita yang ke Chiang Mai tu dah bunyi lain lak.
Hayati Lah.




No comments:

Post a Comment