Dah selesai dah kejohanan PGA yang ke 92. Yang menjadi johan ialah Martin Kaymer dari Republik Germany. Sabelum tamat permainan seronok juga melihatkan permainan yang dimainkan. Pada akhir Hari Ketiga, kejohanan didahului oleh Nick Watney dengan xx (69, 68, 66), -13. Tetapi dihari keempat dia main berterabur dan mendapat 81. Keseluruhan dia dapat 284 dan dikedudukan seri ke18. Dengan sekelip mata kedudukan nya sebagai bakal johan hancuus.
Playoff melalui Lubang 10, 17 dan 18 secara keseluruhan. Sekira nya kedudukan seri mereka akan bermain dilubang yang sama tetapi secara kalah mati.
Lubang 10, Bubba Johnson birdie 3 sementara Martin Kaymer par 4. Satu kosong untuk Bubba. Lubang kedua Par 3, Kaymer birdie 2 dan Bubba par 3. Satu sama. DiLubang terakhir Par 4, Kaymer dapat bogey 5 sementara Bubba dapat double bogey 6.
Dalam mengikuti pertandingan pertandingan serupa ini, kita tak dapat elak dari memilih pemain yang kita favour atau ‘rooting for’. Macam saya ni saya inginkan pemain saperti Tiger Woods, Ernie Els, Ian Poulter, Vijay Singh, Sergio Garcia, Ryo Ichikawa dan Rory McIlroy. Selepas Hari kedua dimana hanya 71 pemain saje yang tinggal, saya mula memilih pemain yang kita favour untuk menang. Mulanya saya ‘root for’ McIlroy,
Yang menarik dalam kejohanan ini ialah selepas hari ketiga ditempat kesepuluh teratas hanya sorang saje pernah memenangi Majors. Jim Furyk. Yang lain tak pernah menang majors. Dari 10 tu, seramai 8 pemain umur mereka dalam lingkungan 25 tahun. McIlroy kalau menang akan menjadi yang termuda memenangi Majors. Sekarang ni kehormatan itu masih dipegang oleh Tiger Woods.
Tiger Woods, masih nombor satu dunia walau pun dapat kedudukan T28 dengan keseluruhan -2. Sekarang ni dia terkeluar dari Team Ryder Cup US. Harapan nya sekarang ialah supaya Captain tim itu Corey Pavin memilih nya sebagai ‘Captain’s Pick’. Mengikut siaran yang terdengar Pavin akan mengambil nya. Kalau dia tak dipilih, nilai nya makin bertambah turun lah.
Salam.
Setiakawan Akan Berbuka Puasa Di Kotel D’Palma, Ampang pada malam 19 Ogos 2010.
No comments:
Post a Comment