Hello Members Sekelian,
Saya harap semua masih tekun berpuasa. Dijangka tak de lah bermain golf pada bulan ni melainkan ke Driving Range. Tak juga. Baru malam Majlis Berbuka Puasa kita diDE Palma Hotel, terdengar ada yang telah membuat arrangement dengan kawan dia untuk berentap di Tasik Puteri pada hari Ahad 22 Ogos 2010. Laa. Kuat nya dia. Maklumlah bulan Ramadhan, bukan saje lapar tak makan, terpaksa menghindar diri dari kebiasaan saperti meminum bila dahaga, tak boleh merokok kepada mereka yang merokok, ringan ringan dengan caddy pun tak boleh. Nak mencarut pun tak boleh, jauh nak 3-1-1. Memang dugaan yang bagitu besar. Memang terra lah awak Aziz Norman. Kote celah celah tu ada juga tak tahu lah kita.
Anyway, oleh sebab ada yang bermain, maka dia kena ikut handicap yang baru lah. Dipamirkan handicap terbaru untuk diguna bulan September. Kalau ada juga yang main pada bulan Ogos, kena guna handicap ni juga.
DisusunAtur Oleh
Salam.
Setiakawan Berehat Sebulan
ps: Dalam bulan puasa ni kena senyum sikit Bro. Ikuti sehingga 'Celaka Punya Penyamun. SSiiiaaalll!'
No comments:
Post a Comment