Thursday, December 24, 2009

SETIAKAWAN WEEKLY OUTINGS DINILAI SPRINGS GOLF RESORT PADA 23 DECEMBER 2009

Untuk penghujung bulan December ini, Setiakawan berubah tempat kepada Nilai Springs Golf Resort. Dah lama tak bermain di course ni. Course ni dulu favourite kita. Itu semasa buffet lunch dia bagitu baik dan hampir kesemua members gemar ice cream nya yang mengandungi bermacam macam flavour. Sekarang ni, lunch sebagitu dah takde lagi kerana pengurusan telah mengaturkan nya diHotel mereka pula. Harga pun dah bertambah naik. Jadi kita beralih ketempat yang ‘more accomodative’ bagi kita. Saya juga suka course ni kerana ‘package’ nya termasuk satu caddy untuk satu flight. Oleh sebab tak bagitu mahal, saya selalunya mengambil satu caddy lagi untuk buggy saya. Bermakna caddy tu jaga saya dan buggy mate saya saje dan bukan menjaga 4 golfers sekali.
Sampai di Golf Club, saya mendapati ramai yang telah sampai. Bersarapan dulu. Favourite kat sini ialah nasi lemak bungkus nya. Berjumpa lah member member lain. Terdapat juga yang lama tak kelihatan, saperti Dato Daud (bachelor boy), Sheikh Taufik dan Aziz Norman (dia selalu ada tapi tak boleh main je). Dato Presidente tak kelihatan. Pasti ada hal yang perlukan kehadiran nya. Kelihatan juga Tan Sri Hashim Meon (TSHM) yang baru pulang dari ‘overseas’. serta Golf Captain Dato Nawi Alias (DNA). Nampak juga Dato Wira Jahaya. Kalau tengok flight list nama dia ada, tapi dia bermain dengan ‘grouping’ lain. Saya dimaklumkan oleh sebab pecahan flight sedemikian, kita tak dapat ‘accommodate’ dia dan beberapa teman dia. Mungkin ini ada kaitan dengan mendaftar awal dan bukan ‘last minute’. Melihat kepada jumlah golfers pada hari itu ialah 28, 7 flights, tapi saya difahamkan 2 tak dapat hadir. Yang satu tu sakit perut dan satu lagi telah dipanggil untuk mesyuarat yang penting. Jadi yang pertama kena berhati hati dengan makanan 12 jam sabelum bermain golf sementara yang satu tu kalau ada ‘Christmas Shopping’
oleh mana mana badan kerajaan boleh lah sponsor ‘breakfast lagi.
Saya dalam flight No 6, bersama sama Hj Rahim Kassim (Mike Weir), Dato Ali Karwi dan RHM. Saya satu buggy dengan Mike Weir. Dia lagi. Ini samaada dia minta bersama saya atau RHM sengaja mengatur demikian supaya dapat bertarung dengan Mike. Kita diarah keMango Nine.
Kelihatan banyak buggy tersusun, bermakna banyak golfers menunggu giliran. Kalau nak tunggu alamat start lambat lah kita. Untuk mencepatkan permainan, Marshall telah membawa kita kelubang 16 untuk memulakan permainan disana. Betul lah tu. Dalam permainan golf ni,
kelancaran nya tertakluk kepada pembahgian flights dalam course tu. Seelok elok nya tiap tiap lubang ada satu flights. Ini juga sebab kalau ramai sangat golfers diadakan ‘Shotgun’ start. Semua flight bermula serentak ditiap tiap lubang. 18 flights sekali jalan kalau perlu. Bermakna 72 pemain boleh ada di course pada satu satu masa.
Lubang 16 ialah par 3. Berjumpa kami dengan flights No 5, TSHM, DNA, RK dan Mutalib. Kita beri mereka laluan dulu. Lepas itu flight kami bermula.Tee off. Saya pukul OK. Masuk bunker pulak. Dapat keluar keapron je. Putt tak kemana. Rupanya green masih lembab. Tak pegi lah bola. Bola masuk akhirnya tapi dapat 5, double bogey. Bad start. Lepas tu Lubang 17, par 5, Island Green. RHM yang tak berapa tee off nya dapat bogey. Mike Weir tersasar bola ke air. Dapat 7. Bola saya ‘plug’ di seberang air. Kena drop. Pukul 7. Dapat 9 dilubang tu. Another bad hole. Dato Ali steady sikit, dapat double bogey. Dia partner RHM, saya dengan Mike Weir. Mike ada menang hadiah minggu lepas. Mengikut Law of Averages, sepatutnya OK lah kami. Lubang 18 kami menang. One down sahaja. Kami sambung di Lubang 1, Mango Nine. Bagitu lah permainan kami. sehingga ke lubang 4 (itu kiranya lubang ke 7 yang kita main. Dormie1. Kita menang 3 bola di’first nine’. Kita sambung pertarungan dilubang 7. Second nine, RHM dan Dato Ali pulak main baik. Kami kalah 5 biji bola.
Dalam bermain tu, kadang kala bertembung dengan flight lain. Sempat juga saya mengambil (tangkap) gambar beberapa pemain. Kebanyakan saya ambil gambar tee-off. Macam macam style dan cara. Selepas direnungi kelihatan macam menari pulak. Di tunjukkan berikutan ini style dan langkah rentak tarian yang ditari.

Kami selesai diLubang 15. Crossover keLubang 1 Putra Nine. Par 5. Nak sangat lepas longkang bola kekanan. Nasib tak OB. Boleh sambung main. Dapat 7. Saya ni ashik dapat double bogey aje. Kena berlatih lebih gigih lagi.






Selesai bermain kami mengemas diri untuk makan tengah hari. Kami diatur makan di BBN Restaurant dipekan Nilai. Kami dibekalkan peta oleh Convenor untuk kesitu. Dengan peta pun ada yang tersasar tempat. Ini bermakna samaada seseorang tu tak tahu membaca peta, kalau motor rally ni, tentu lah sesat, atau peta tu tak jelas. Satu pengajaran kepada dua dua pehak macam mana hendak jelas lagi. Harap renungkan.




























Restoran yang dipilih ialah restoran yang menghidang ‘masakan kampung’. Lauk yang dihidangkan secara buffet ialah Asam pedas dengan ikan kembong, masak lemak siput sedut dengan keladi, ayam masak lemak cila api dan sayur campur. Air manis sirup atau air biasa, kopi O serta pisang. Rasa masakan memang enak.

Berjumpa dengan Pak Din, pemunya restoran. Dia bekas tentera di Maktab Tentera Diraja dulu. Rasa rasa kenal. Bertanya saya BBN tu apa maknanya. Bandar Baru Bangi rupanya. Cuma terdapat 14 orang saje yang makan. Kemana pergi yang lain tak lah saya tahu. Selesai makan RK pun mengambil alih untuk beberapa pengumuman dan untuk mengumumkan pemenang hadiah. Pengumuman RK ialah:
a. Presidents Trophy adalah pada minggu depan iaitu pada 30 Dec 2009. Semua aturan telah dibuat dan semua peserta dingatkan untuk menyelesaikan bayaran yang masih tertunggak sekiranya ada.(nota: mengikut SMS RHM yang diterima pada petang 24 Dec, masih terdapat 37.8% yang masih belum menjelaskan bayaran. Kita kena bantu 'kawan' kita supaya dia akan kekal 'setia'. Harap faham)
b. Mengingatkan members berkaitan jemputan Dato Hashim Yahaya (MJHim) sempena acara ‘Menyambut Menantu’ yang akan diadakan diKediaman nya di No 609 Lorong Cenderawasih 4, Taman Paroi Jaya, Seremban. Jemputan ialah pada jam 12.00 tengah hari sehingga 5.00 petang.
Semua members dan isteri dijemput hadir. Dimaklumkan kemudian nya, dia dah siapkan ‚Sign Posting’, supaya tak sesat. Mengikut nya ada banyak majlis kahwin pada hari tu. Jangan salah masuk rumah pulak.
c. Jemputan oleh Hj Kamar Azaly kerumah nya diSeksyen 7, Shah Alam pada 9hb Januari 2009 mulai jam 12.00 hingga 5.00 petang. Acara Bersanding pada jam 1.30 petang. Kad jemputan telah diedarkan pada hari itu. RK masih ada memegang kad jemputan member lain yang tak hadir pada hari itu.
Seterusnya RK mengumumkan pemenang pemenang saperti berikut:

Pemenang keseluruhan ialah Affendy Mustapha dengan net 67. Dia handicap 22. Pertama kali saya menemui handicap 22 menang overall. Maknanya saya sebagai handicap 22 pun ada peluang menjuarai weekly outings kita. Saya menyebut kepada Affendy, bahawa dia ‘peak’ terlalu awal. Kalau minggu depan dia boleh menjadi juara PRESTRO. Dia senyum aje. Mungkin dia boleh bawa momentum ni hingga kePDGCC. Mudah mudahan. RHM pun memenangi hadiah dengan net 73 (OCB). Gross dia 95 lah tu. Terdengar saya teguran dari sasaorang dengan handicap 14 bahawa kalau dia handicap 22 sudah tentu dia pun boleh menang dengan nett 68.
Asmadi memenangi A Medal dengan nett 73. Dato Amin masih unggul ditempat kedua, sementara Dr Khalil mendapat tempat ketiga B Medal. Mereka berdua ni sedang berentap untuk ‘Rankings setiakawan’.
Selesai pembahagian hadiah kami pun bersurai. Sabelum itu kami dibekalkan dengan lauk yang lebih dari pehak restoran. Ini cukup bagus, kerana penganjur restoran menyediakan makanan untuk 28 members. Tapi yang hadir hanya 14 orang saje, jadi lauk yang berlebihan diserahkan kepada kita. Maknanya penyediaan lauk adalah untuk 28 orang dan kita dapat nilai lauk sebanyak 28.
Dalam bualan kita dapati restoran itu memadai dan boleh kita ulangi untuk ‘patronise nya’ lagi. Nampaknya malam tu dapat menjamu sekali lagi dengan siput sedut, ayam masak lemak cili api dan asam pedas ikan kembong.
Weekly Outings kita selesai pada jam 3.30 petang dan kami pun bertolak pulang. Saya pasti dalam perjalanan tu banyak yang mengimbas kembali pukulan pukulan yang telah dibuat semasa diNilai Spring tak beberapa jam sabelum tu. Member saperti RHM, Affendy, Malek Hormat dan Dato amin, berangan kePDGCC. Berangan menjulang Presidents Trophy. All the Best to all participants.
Salam

Setiakawan Dah Puas Berlatih.

2 comments:

  1. Skawan Gang,

    Saya amat kagum dengan usaha gigih kawan kita, John, menyediakan posting Skawan Golf Outing diNilai Spring GCC dalam masa tak sampai 50 jam selepas selesai makan tengah hari dan acara penyampaian hadiah pada jam 1530 pada hari Rabu 23 Dis 2009 yang lalu.
    Inspite of many wedding invitations, school holidays and X'mas shopping, John has fulfilled his skawan blogging responsibility beyond the call of duty. Our compliments to you, John for a job well done!

    It was nice to return to Nilai Spring GCC after being away from this club for almost 6 months. Though the greens were very much to be desired the fairways were in good shape except for their wet conditions ( golfers always have "excuses"). The very signicant change was the many new caddy faces, or may be I have been seeing too many other faces at other courses such as Tasik Puteri GC, KGSAAS, Glenmarrie GC, Alpine GC Chiengmai, Chiengmai Highlangs GC, Jakarta Royale GC and Bogor Raya GC ( golfers often get disorientated with caddies).

    The kampung cooking was great, cheap and I feel that RK has made a wise decision for us to have our lunch at this simple but quality food restaurant. May be Skawan members would support the same arrangement for future games at Nilai Spring GCC.

    I still could not achieve my nett-72 mission this week but in a week's time, may be I will make it at PDGCC during PRESTO! How about it for my golf KPI target? The 2 flights ahead of us were so very slow as such my partner, TSHM, had to leave after 12 holes because he had to rush for a meeting engagement at 1430hrs.We were 3 balls down offered to double but when TSHM left to take on our opponents, RK and Mutalib ( golfer's ego!) They counter-offered ( may be kesian tengok muka saya) and decided for a three-cornered fight, which of course I won and received 2 balls from each! Not bad, I lost 3 balls in front 9 and won 4 balls in second 9 and still had a nett win of ONE ball! But by business standard, the achievement does not commensurate with tremendous effort in the hot sun, because I still have to pay the RM 50 tip to Fittri, my caddy and 4 balls to RHM who beat me with his nett 73 ( suspicious handicap 22!)

    My happiness was I received RM 10 for getting 4th placing A medal! I shouln't complain this time, getting "4th place A MEDAL" among 28 skawan players is an honour for a super senior golfer. I am just waiting for the handicap review by Dato Amin and his committee for December 09 as I would expect to play to hc 15 or 16 during coming PRESTO, baru lah ada lebih peluang sikit!

    See you at PDGCC for training session on 29 Dec and PRESTO on 30 Dec.

    Salam to ALL.
    DNA

    ReplyDelete
  2. Salam to all Setiakawan members,

    Rugi betul rasanya saya tak dapat main rabu lepas di Nilai Spring. Spt DNA kata dalam komennya, dah lama betul kita tak main di situ...6 bulan. Dah la tu, makan tengah hari sedap pulak.Saya rasa saya kenal Pak Din tuan punya restoran itu...kalau tak salah dia dulu jadi waiter di Boys Wing.

    Sekarang semua member dah dapat hcap baru. Saya pasti yg paling gumbira sekali ialah DNA sebab hcap dia dah naik jadi 16. Tapi jangan lupa, ramai juga yg hcap naik...termasuklah saya. RK pun naik gak hcap dia.

    See you all at PDGCC

    ReplyDelete