Monday, December 21, 2009

UPACARA AKAD NIKAH HEDZUAN AZLEE HASHIM DENGAN NURUL NADIA MAHDI PADA 19 DECEMBER 2009






Sementara members semua tertunggu tunggu untuk menghadiri jemputan ‘Menyambut Menantu’ oleh Dato Hashim Yahaya (MJHim) dengan Datin Halijah Harun pada 26 Dec 09 ini, saya telah dihormati dengan jemputan untuk Upacara Akad Nikah. Upacara ini dirancangkan secara sederhana di kediaman pengantin Perempuan diKem Perdana, Sungai Besi. Upacara ini melibatkan kebanyakannya oleh beberapa sahabat dan kaum keluarga sahaja. Upacara ini dirancang pada jam 11.30 pagi diadakan dikediaman pengantin perempuan dirumah keluarga kem tersebut.
Saperti operasi tentera, Dato Hashim telah mengatur perjalanan acara saperti berikut:
a. Berjumpa atau RV (rendevous) diMasjid Angkatan Tentera di Kem tersebut pada jam 0900.
b. Selesai mengira tetamu kami bergerak ke Rumah Tetamu diJalan Terengganu. Rumah Tetamu adalah sebagai rumah persinggahan atau (Staging Area).
c. Pada jam 1100 rombongan bergerak kekediaman Dato Mahdi, bapa Pengantin Perempuan.
d. Jam 1130 upacara Akad Nikah akan dilaksanakan.
Rombongan kami diketuai oleh Mej Jen Dato Sulaiman Yusof ( B ). Beliau ni kita kira macam’Spiritual Leader’ 2 RAMD. DiRumah Persinggahan nampak sibuk Datin Mie selaku Mak Andam mengemas semula hantaran yang beliau telah sediakan. Memang lawar dan unik hantaran yang disediakan oleh Datin Mie. Mengikut dia, hantaran pertama dia siapkan ialah semasa perkahwinan saya pada bulan Mei 1980. Dah 29 tahun dah. Sekarang masih aktif membantu kawan dan keluarga menyiapkan hantaran.
Rombongan kami terdiri dari lebih kurang 30 orang telah bergerak kekediaman Dato Mahdi yang berdekatan pada jam 11.15. Kami semua berjalan kaki termasuk pembantu pembantu yang mengangkat dulang dulang hantaran sebanyak 9. Pengantin Lelaki, pengapitnya dan Ketua Rombongan menaiki kereta sehingga keperkarangan rumah pengantin perempuan. . Ini untuk mengelakkan berpeluh. Maklumlah hendak masuk majlis bakal mertua mestilah dengan cara tertib dan bersopan. Mesti bau wangi lagi.


Cantik nampaknya pergerakan kami didahului oleh Dato Hashim, diikuti oleh hantaran, Pengantin Lelaki, Hedzuan Azlee, diapit oleh Bestman dan Ketua Rombongan. Dibelakang ialah sebahgian besar rombongan (Main Body lah tu). Kami disambut meriah oleh wakil Dato Mahdi termasuk Lt Jen Dato Zulkifli Zainal Abidin, teman teman Dato Mahdi dari Markas Medan serta ahli keluarga. Jurucakap Pengantin Perempuan ialah Mej Sabri ( B ) yang memulakan acara dengan mengalu alukan kedatangan kami. Selesai ucapan pembukaan, ketua rombongan kami pula memulakan ujah nya dengan:
a. Memanjangkan kesyukuran diatas kurnian Tuhan untuk merestui acara itu. Beliau merasa terharu dengan sambutan yang kami terima setakat itu.
b. Menyerahkan ‚Hantaran’ yang telah disetujui termasuk Mas Kahwin sebanyak RM 800 (ini Pengantin Lelaki berhajat melipatgandakan Mas Kahwin RM 80 sebanyak 10 kali) Mudah mudahan bertambah berkat lah kedua dua mempelai. Mas Kahwin diringi dengan sebentuk cincin, seutas rantai dengan loket, satu jam tangan, wang hantaran sebanyak RM 11,111.11 dalam bentuk Banker’s Draft. Walau pun wang hantaran kesemuanya satu, tidak bermana bertujuan mendapati saorang cahaya mata sahaja. Mesti berhasrat mendapati seberapa yang boleh dan dalam kemampuan mereka. InsyaAllah. Wang hantaran tu memang lah baik dalam bentuk ‚ bankers’ draft’ kerana kalau nak membawa RM 11111.11 dalam bentuk tunai , pecahan (denomination) RM yang terbesar sekali ialah RM 100. Bermakna kena bawa sebanyak satu ratus sebelas keping. Banyak tu, tambahan, bawak cash banyak banyak pun ada risiko nya tersendiri. Banyak kita dengar cerita kehilangan barang bernilai dirumah pengantin. Maklumlah ramai orang dirumah. Macam macam boleh berlaku. Hantaran tambahan yang saya lihat termasuk sepasang kasut, beg tangan, sejadah, telekong, minyak wangi, hidangan wajik dan bunga rampai. Wah banyak tu, tapi untuk isteri juga. Isteri menggunanya untuk Abang kesayangan juga.
c. Menyerahkan acara seterusnya kepada pihak Pengantin Perempun untuk melangsungkan.
Hantaran pengantin lelaki diterima dengan besar hati oleh pehak Pengantin Perempuan.
Acara Akad Nikah dilaksanakan sendiri oleh ayah Pengantin Perempuan, Berig Jen Dato Mahdi Yusof. Selesai ijab disambut pula oleh Hedzuan dengan ‘kabul’ secara tegas. Diakui ‘Sah’ oleh Wali dan Saksi. Berbisik saya kepada Dato Hashim, ‘ini Hedzuan dah banyak kali practice sampai bagitu yakin beliau melafazkan’. Maka ‘sahlah’ Hedzuan Azlee sebagai Suami kepada Nurul Nadia. Bersyukurlah kami sekalian dengan sambutan ‘doa’ oleh ustaz dari JAIS yang mentadbirkan upacara.


Acara berikutnya ialah membatalkan ‘Air Sembayang’. Nurul diatur menduduki pelamin yang disediakan dan Hedzuan pun menghulurkan Mas Kahwin yang diletakkan diatas bekas menyerupai ‘rehal’. Cincin disarungkan dijari. Ibu Hedzuan, Datin Halijah memakaikan rantai keleher menantu nya yang terbaru. Sayang nampaknya. Dengan kucupan didahi oleh Hedzuan kepada Nurul dengan penuh kesayangan maka selesailah acara ‚akad nikah’ Hedzuan Azlee Hashim dengan Nurul Nadia Mahdi.
Kami diraikan dengan majlis makan tengah hari pula. Mengikut Dato Mahdi, hidangan tengah hari itu ialah khas masakan kampung yang disediakan oleh ‚Catering Advisor’ kenalan nya. Memang sedap. Selesai makan hujan pun turun. Hujan Rahmat nampaknya. Merahmati tujuan murni kedua mempelai untuk mendirikan rumah tangga. Semoga dikurniakan zuriat yang Soleh dan hidup berkekalan keanak cucu.
InsyaAllah

Setiakawan Menerima Menantu - Lagi

3 comments:

  1. Setinggi Tahniah kepada Pasangan Pengantin dan kedua-dua Ibu dan Bapa Mertua.

    JOM kita kekediaman Mej Jen Dato' Hashim Yahaya dan Datin Jah diParoi, Seremban pada 26 Dis 2009 jam 12.30 untuk menyambut "Menantu Setiakawan"!

    ReplyDelete
  2. I nak tambah sikit je. Pada sebelah malamnya pula diadakan majlis resepsi di Dewan Dato Jamil, Kem Sg Besi. Kawan kita Kol John tak dapat datang sebab dia dah buat appointment lain. Dia tak tau ada majlis lagi di sebelah malam. Kira coord instruction Dato Hashim tak berapa completelah. Majlis ni grand jugalah. Sayang saya tak bawa kamera.

    Itu je yg saya nak tambah.

    ReplyDelete
  3. Ikan di laut, asam di darat
    Di dalam kuali bertemu jua
    Manikam bersahut, jauhari melarat
    Di kolam hati,bersimpuh jiwa.

    SELAMAT PENGANTIN BARU

    ReplyDelete