Sampai sahaja di kediaman Supt Hj Bahar Nordin, saperti saya sangkakan saya nampak RHM. Ini lazim pada tiap tiap majlis perkahwinan yang melibatkan ahli ahli Setiakawan, RHM akan kesana lebih awal untuk membantu apa yang perlu. Ini termasuk booking tempat duduk ahli ahli lain. Macam reserve tempat lah ni. Kadangkala nampak dia pakai ‘rosette’ tanda ahli jawatankuasa. Walau bagaimana pun saya amat menghargai sumbangan nya kepada ahli kita yang mengadakan jamuan jamuan saperti itu. Dan sudah tentu Puan Marsuah turut serta. Saya panggil dia ‘Missy’ selepas dia berusaha menjaga suami semasa dia dikejarkan IJN pada 25 Nov dulu.Jaga ubat suami tu ‘Missy’ lah.Kelihatan juga Dato Amin dan Dato Amiruddin. The early birds. Mengikut cerita jam 11.30 dah sampai. Pada hal jemputan bermula jam 12.00.Nak membantu membuat persiapan kote.
Tapi saya akur, dalam bulan 12 ni, musim cuti sekolah banyak jemputan kenduri kahwin. Terutama weekends. Jadi terpaksa kita bergerak satu tempat ketempat jemputan dalam ‘windows’ yang ada.
Selalunya jemputan jam 12.00 tengah hari hingga ke jam 4.00 petang, untuk siang hari. Seelok eloknya sampai antara jam 12.00 hingga jam 2.30 petang.
Lewat daripada tu, dah kurang keceriaan. Untuk makan tu tak ada masaalah, tetapi kebanyakan tetamu dah takde lagi. Itu lah kurang keceriaan nya.
Saya berjumpa Saudara Bahar dan isteri Hajjah Aminah. Senyum sahaja mereka. Maklumlah menerima menantu. Yang kedua.
Yang pertama anak lelaki, pada bulan Januari kalau tak silap. Kali ni anak perempuan pula, Farhana dijodohkan dengan Imran Dahrir.
Berubah sadikit atur susun majlis kali ni. Pelamin telah diubah dikawasan yang lebih luas berjauhan sikit dari yang dulu. Ialah berasaskan pengalaman, segala fakta akan diperbaiki. Saya rasa jemputan yang akan datang ni akan berlainan lagi. Setahu saya Bahar dan Hjh Aminah ni ada 7 orang anak. Ini baru 2 yang dah lepas. Ada 5 lagi. Jadi kita boleh beranggapan akan menerima 5 kali lagi jemputan, Alhamdulillah.
Kelihatan ahli ahli lain juga. Dalam perkiraan saya dalam 15 pasangan yang dilihat. Mungkin ada lagi selepas itu. Maklumlah jemputan sehingga jam 4.00 petang.Kita pun menjamu selera. Nasi beriani. Ada juga nasi putih. Lauk dalca, daging lembu masak beriani,ayam masak merah dan acar buah. Ada juga buah buahan. Air ada air mineral, air sirup warna biru, teh tarik dan kopi 'o'. Memang sesuai untuk makan tengah hari.
Beberapa minit selepas azan Zohor, kedengaran bunyi kompang. Kedatangan pengantin lelaki.
Berpakaian macam hulubalang, siap dengan keris dan bertanjak. Tanjak keSultanan Selangor kalau tak silap. Memang gagah, memang tampan nampak nya Saudara Imran Dahrir. Dia tunggu diluar khemah.
Terdengar riuh sikit dibahgian rumah.
Rupanya Pengantin Perempuan sedang keluar dari rumah. Sempat juga ambik gambar ( daerah lain merujuk nya sebagai tangkap gambar).
Farhana dan pengapitnya bergerak menuju keImran, tapi bukan untuk dapatkan Imran, dia kona kiri. Menuju kepelamin. Tertanya tanya juga saya, kenapa tak diketemukan dan bergerak sekali ke pelamin. Farhana diatur untuk duduk.
Lepas tu apabila saya nak tangkap gambar, saya dapati, muka Farhana ditutup oleh pengapitnya (Mak Andam lah tu). Baru tu saya sedar. Mereka buat macam cara orang Selatan. Johor lah tu. Kena bayar tol rupanya. Sebab tu bertutup muka. Pengantin lelaki tak boleh tengok pengantin perempuan kalau Mak Andam tak beri laluan. Nak laluan tu kena bayar cukai yang cukup, baru boleh. Nampaklah saya pengapit Pengantin Lelaki menghulur paket duit kepada Mak Andam.
Selalunya ini buat syarat aje, tapi Mak Andam ni berlainan sikit. Dia buka paket duit tu. Dia nak tahu berapa cukai yang diberi. Rupanya tak cukup. Dia buat ‘deak’ je. Pengapit Pengantin Lelaki beri lagi, lagi sekali dia ‘check’. Tak cukup lagi. Tambah lagi. Ini semua dilakukan dalam suasana gelak ketawa dan berseloroh.
Sepanjang acara bersanding ini, paluan kompang menyerikan lagi majlis. Kalau diJohor, ada pantun sekali. Akhirnya Mak Andam bagi ‚Clearance’ dan Imran pun didudukan disebelah Farhana. Amboi amboi. Nampak duduk sama rendah, sama lawar dan sama padan.
Acara diikuti dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Ustaz yang diundang khas. Amin Amin Ya Rabul Alamin.
Selesai doa, acara menepung tawar pula. Acara dilaksanakan oleh ahli keluarga kedua belah pehak. Selesai acara kedua dua mempelai dijemput keMeja Khas untuk Santapan DiRaja (untuk sehari sahaja). Mereka diiringi oleh ahli ahli yang diundang untuk tujuan itu.
Selesai acara Bersanding kami pun meminta diri dan beredar untuk kedestinasi lain.Bagi pehak Ahli Ahli SetiakawanGolf dan Isteri Isteri kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Supt Hj Bahar Nordin bin Samat dan Hjh Aminah binti Jani diatas undangan kepada kami. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki. Semoga dapat menimang cucu dalam masa yang terdekat.
Salam
Setiakawan Menerima Menantu - Lagi
Seronoknya tengok kawan-kawan dapat menantu dan lebih seronok lagi bila tengok kawan-kawan setiakawan mengunjung kawan kita yang dapat menantu!
ReplyDeleteTahniah kepada Supt Hj. Bahar dan Hajjah Aminah kerana dianugerahkan menantu daripada kami semua setiakawan golf group.
Selepas X'mas, JOM kita kekediaman MJHim dan Datin Jah di Seremban pula untuk memeriahkan majlis menyambut menantu mereka. RHM, ada kaki mahu pukul diSIGC?
Nampaknya bulan Disember ini kalender kita penuh dengan jemputan majlis kahwin. Kalau dikira belanja golf setiakawan daripada belanja-belanja cenderahati, saya terpaksa bermain lebih 20 kali bulan ini! Apakan daya ini sudah menjadi lumrah hidup kerana berkawan dan bersilatulrahim.
Semoga anak-anak dan menantu-menantu kawan-kawan kita semua hidup bahagia keanak cucu, insyaAllah.
Salam kepada semua. Jumpa diBangi GCC pada hari Rabu 16 Disember, insyaAllah.
DNA
11.49 PM--Baru saja pulang dari FELDA Perdana kerana
menghadiri majlis kahwin anak kawan!