
Sabelum sampai diclub, berhenti dikedai Mamak dimasjid dulu. Sure enough mesti ada member Setiakawan. Kali ni jumpa Aziz Norman dan Razak. Order roti banjir. Razak belanja. Patut juga lah kerana minggu sabelum ni dia menang kat Bukit Kemuning. Mungkin di Bukit Unggul ni pun dia terasa akan menang, sebab tu sedia belanja. Mungkin dia ni Orang Bukit kote. Nak bayar pun nak bergaduh dengan Aziz Norman. Saya tumpang tuah je, dapat sarapan free. Terima Kasih Razak. Harap harap ada pulangan nya kelak.
Sampai di club, orang yang sakit minggu lepas dah ada.
Dia kenalkan kepada member baru. Mutalib, nama nya.
Semasa mendaftar terlihat saya golfer kita yang lama tak kelihatan. Champion SIM, (Setiakawan International Masters). Nazri. Welcome back. Harap harap lebih kerap datang.
Di Golfers’ Terrace, kelihatan Dato President dan beberapa golfers yang datang awal dan sedang bersarapan.
Flight saya kali ni memang golfers ternama. Champion kita pada tahun 2007 ( agak nya), Kol Affendi Mustapha, Leading Rankings sekarang, Dato Amin dan Ramli Kinta ( dia ni pun dulu ada menang trophy). Dan saya. Bakal juara. Tak tau yang mana satu, tapi bakal juara. Tee off kat second nine. Tee off ok, tapi pukulan berikutnya tak mengena. Selalu nya kita cangkul ( ambil divot lah tu), saya pula macam ‘top’ pulak. Club tak kena bola. Bola pergi tak kemana jauh. Lubang tu saya dapat 10. Double par. Lahhh. Baru lobang pertama dah 6 over handicap. Handicap 22. Tak banyak lah tinggal untuk 17 lubang lagi. Lepas tu, ada improve. Boleh lah – tenteram rasa nya.
Saya partner RK, sementara Dato Amin partner Affendi. Memang kukuh mereka berdua. Saya ingat Dato Amin tee off jauh, rupanya Affendi tu lebih jauh. Driver dia tu shaft warna hijau. Mengikut cerita Tok Guru Nik Aziz hadiah kapadanya. Sebab tu hijau. Mungkin ada baca baca sikit. Tambahan pula dia pakai loket ‘scala energy’. Kononnya bagi dia tenaga berlebihan. Nampak macam benar. Siapa nak beli, (scala energy bukan driver hijau tu) tanya dia.
Partner saya, RK bila tee off kerap tarik kekiri. Bukan draw tapi dah jadi pull dah. Jadi kerap juga kena OB. Kita harap kat dia, ni dia nak harap kat kita pula. First nine kalah 3 biji. Double up untuk 2nd nine. Kalah 3 biji juga.
Selesai main, kita keRestoran Puteri. Memang sedap lauk nya. Centrpiece nya ialah asam pedas. Kalau orang Johor memang gemar lah. Kol Mutalib, yang mengira score, selalu nya makan lambat. Nampak lah saya dia memulakan makan. Selalunya kita tuang kuah kenasi, ni lain sikit. Nasi tuang kekuah. Memang sedap. Kalau ada ubi rebus, makan dengan asam pedas pun sedap.
Selesai makan, penyampaian hadiah. Sabelum tu RK ingatkan members tentang 3 perkara:
a. SIM di Perth. Bukan pada 03 hingga 11 April saperti diumumkan diblog ni tempuh hari, tetapi pada 03 hingga 10 Mei 2010 saperti ditegur oleh TSHM dalam Comment nya. . RK mengingatkan members untuk memaklumkan penyertaan dan membuat tempahan tiket, samaada melalui dia atau tempah sendiri.
b. Presidents Trophy akan berlangsung pada 30 Dec 09 di Port Dickson Golf and Country Resort. Members diingatkan tentang mengesahkan penyertaan serta membuat pembayaran mengikut Packages dan Options yang telah disebarkan oleh RHM.
c. Majlis perkahwinan Farhana, anak member kita Supt Bahar dengan Imran Dahrir . Majlis akan diadakan pada hari Sabtu, 12 Dec 09, mulai jam 12.00 tengah hari, dikediaman nya diKelana Jaya. Semua members dijemput hadir.
Selesai pengumuman, RK umumkan pemenang ‘Ball Sweep’ kita untuk 02/12/09. Score yang dikirimkan oleh Dato Amin adalah saperti dibawah:
Kita selesai Weekly Outings kita lebih kurang jam 3.00 petang.
Hip Hip Setiakawan
No comments:
Post a Comment