Melalui SMS RHM pada o8.12.09, kita dimaklumkan bahawa sehingga hari itu sejumlah 7 full flights telah mendaftar untuk menyertai pertandingan mingguan kita. Kali ni diTasik Putri Golf Resort.
Kita dimaklumkan juga bahawa sumbangan members ialah sebanyak RM 100 termasuk Breakfast dan Lunch. Itu cukup baik dan saya anggapkan sebagai berpatutan. Apabila saya sampai, kelihatan kebanyakan members dah selesai sarapan dan sedang mengatur beg serta mengecam kawan sebuggy. Nampaknya terlepas sarapan itu.
Mujur juga ada bekal cucur dari rumah. Jadi taklah lapar sangat. Dapat lah alas perut. Tambahan, saya dimaklum akan bersama satu buggy dengan Hj Rahim, Mike Weir kita. Teringat semasa main diKajang Hill dulu, satu flight dengan dia. Saya sampai lewat. Tak lah dia melenteng ke atau marah, tapi kalau tengok kedut muka dia, rasa saya kalau boleh dia telan saya dia akan buat demikian. Walau pun teringin nak merasa sarapan Tasik Putri, lebih baik rasa nya ‘forfeit’ je. Kalau ikut hati sangat nanti hilang 'kawan' pulak. Tinggal ‘Setia’ aje. Satu lagi perkara yang saya sedari ialah, RM 100 tak termasuk caddie. Ada, kalau hendak, tapi perlu taja sendiri. RM 37.
Saya sudah sebut tentang perkara caddie ni dulu, tapi kena sebut sekali lagi.
Ada golfers sengaja tak ndak caddie, sebab dia sengaja nakkan lebih exercise. Berulang alik ambil club, cari bola dan mengelap club dan bola. Exercise ni akan lebih kalau ‘buggy on track’. Pada saya pulak, main golf ni cara kita berriadah. Nak relaks. Kalau boleh, bawa buggy berdekatan bola (ini kalau buggy boleh on fairway), ambil club, pukul bola, naik buggy balik dan bergerak ketempat bola kita jatuh. Saya perlu caddie lebih apabila buggy on track, kawasan luas dan banyak rough. Biar dia cari. Lebih baik kalau caddie tu pandai baca line diatas green. Kadang kadang tu caddie caddie ni standard je dia punya petunjuk, left lip, right lip, 2 bola kiri, 2 bola kanan, 1 grip kiri, 1 grip kanan, uphill dan juga downhill. Kalau kita ikut je membxxi buta, alamat tersasar lubang. Lagi pun bila ada caddie, kita boleh salah kan dia kalau kita buat tak betul. Favourite saya kalau pukul tak betul je, tanya caddie samaada dia dah mandi pagi. Walau pun jawapan mereka selalu ‘mandi’ saya akan kata dia tak mandi sebab tu pukulan saya tak betul. Saya tak salahkan diri sendiri. Dapatlah lepaskan geram buat salah kat sasaran lain. RM 37 saya rasa adalah berpatutan. DiBangi Golf Resort bayaran nya ialah RM 70. Itu mahal. Dalam hal ini, biarlah lah kita dapat ‘exercise lebih’.
Ok, balik kemembers kita. Didepan porch, kelihatan member lama kita. Dato Ismail Hassan.
Tambah muda nampak. Sudah tentu dia dengan RHM dalam satu flight. Selepas memberi tiupan ‘Hormat Panglima’ maklumlah dia dulu Panglima Tentera Darat, kami bersalaman dan bertanya khabar.
Kelihatan juga Dato K dah dalam buggy dengan Kol Arham bergerak ke tee box.
Nampak juga Aziz Norman dengan Supt Bahar.
Macam tertunggu tunggu je. Rupanya Bahar sedang menanti member dia yang akan mengikuti kita. Member baru lah ni. SiAziz tu pulak, kira, terlebih orang. Ini bermakna kalau member Bahar tak datang, Aziz boleh main. Kalau tidak dia tarik diri. Ini kes macam minggu lepas juga lagi. Minggu lepas Aziz tak main kerana terlebih orang juga. Macam mana perkara ni boleh berlaku saya tak pasti. Ini kes samaada lambat mendaftar atau ada member tarik diri. RHM memang kalau boleh nak perfect dia punya 'flight sheet'. Tanpa calar tanpa cela.
Kalau perkara macam ni berlaku kena adjust lagi. Ini lah yang dia selalu melenting. Sabar Squad.
Member Bahar sampai. Nama dia Zailani. Bahar panggil dia Pak Jek. Orang Jalan Telipot, Kota Bharu. Pok Jek lah tu. Member baru kita.
Rupanya nama glamour dia Jack. Macam sayalah ‘John’. Sekarang dah ada dua, Jack dan John. Kita tunggu Jim pulak. Jill tak payah lah. Dia datang dari Putrajaya, sebab tu memusing musing cari jalan. Lepas ni OK lah. Welcome Jack. Semoga Saudara akan mengikuti kegiatan SetiakawanGolf untuk masa masa akan datang. Kepada Aziz Norman, sorry lah brother. Kena tarik diri. Tapi, kalau tengok pergaulan dia, dia tidak akan kesaorangan.
Bila nak bertolak ketee box, kami didatangi staff pendaftaran memberi scorecard untuk semua pemain. Siap dengan nama sekali. Gaya gaya macam pertandingan besar. Very professional, cuma diserah terlambat. Semua golfers dah bergerak ketee box masing masing. Kami cuba juga pergi ke Lubang 19 untuk menyerahkan scorecard, tapi berselisih dengan Mutalib yang memaklumkan Putri Nine (lubang 19) ramai orang. Scorecard mereka ambil kat Starter’s Hut. Kami patah balik ke Lubang 1. Bermula lah permainan kita. Saya partner Mike Weir sementara Bahar partner Jack.
Ini cerita lama. Jack tu main handicap 16, tapi dia sebut kat saya dah 3 tahun tak main. Saya pula menjawab, golf ni macam berenang. Tak akan lupa. Mula mula nampak lah ‘berkarat’ sikit, lepas tu menyerlah. Badan macam Tiger Woods. Pukul jauh lah. Bila putting dalam jarak 20 kaki, senang je masuk. Memang terror Jack ni. Mike Weir, lepas exercise untuk panas badan,
makan masa sikit untuk lebih panas. Adalah tercepis (duff lah tu), tapi lama kelamaan menjadi lebih kukuh. Dilubang 7 kalau tak silap, 2 on, birdie putt, tapi miss, dapat par je. Gambar orang menunggu birdie putt saperti di gambar ni.
First nine tu ok, walau pun matahari sedang naik dan terasa bahang panas terik.
Terpaksa juga pakai ‘sun block’, kalau tidak makin gelap lah kita. Dah lah kulit kurang cerah, tambah dengan kesan pancaran matahari, tambah gelap lah saya. Semasa makan tengah hari, apabila dikomen bahawa saya dah gelap, saya buka jam tangan dan tunjuk pergelangan yang cerah.Saya kata ‘ini sebenarnya original colour saya. Yang gelap ni pasal golf lah’.
Selesai first nine, pergi ke3rd nine atau Putri Nine. Ini putri tak macam putri lain. Ini putri baru. Jauh dan bahang. Long and hot. Crossover pula dalam jam 1130. Mata hari sedang memancar. Putri Nine ini luas dan jauh dan tak banyak pokok.
Angin tak seberapa. Memang panas. Baru saya sedari mengapa golfers selalu hendak mulakan dengan Putri Nine. Tak lah teruk sangat pada awal pagi. Lesson Learnt.
Dilubang 24, par 3, island green. Tak jauh sangat, 130 metres je. Kalau pukul biasa tak lah jadi ketara sangat tapi ini lain sikit. Gemuruh. Tambah pulak saya ni bila ada kolam memang situ lah bola tuju. Masuk air. Mike Weir pun bagitu. Tapi dapat 4. Selepas pukul bola diDrop Zone, bola jatuh diapron. Putt masuk pulak. Tapi masih kalah kat Bahar dan Jack.
Last hole, lubang 27, par 5 memang jauh.
Sayup nampak green. Bola kekanan, cari tak jumpa. Caddy cari sekali. Masih tak jumpa. Tengok jam lebih kurang 1.30 tengah hari. Ini macam kes ashik hilang bola kat lubang 6 Bangi Golf Resort, dimasa yang sama. Dalam keadaan ini dan dimasa yang serupa saya selalu nya tinggalkan je. Ambik drop ball. Dapat 9 kat lubang tu. Macam mana nak menang hadiah. Tapi masih enjoy main golf.
Selesai diLubang nombor 27, kami bergerak keclubhouse. Hidangan dah tersedia. Buffet style. Nasi goreng, mee goreng dan kari ayam. Ada buah dan kopi dan teh. Dalam keadaan keletihan tu, kita makan ambik syarat je. Jangan perut kosong. Nanti masuk angin.
Selepas makan Kol Mutalib mengambil alih mengumumkan pemenang.
Tak tau RK kemana pulak. Sabelum tu dia mengumumkan:
a. Ingatan kepada semua bahawa Presidents Trophy lagi 21 hari. Terkini ada 8 full flight. Convenor, RHM mengalakkan penyertaan lebih ramai lagi.
b. Ingatan bahawa Supt Bahar akan adakan jamuan kenduri kahwin sempena perkahwinan anak perempuan nya Farhana dikediaman nya diKelana Jaya pada 12 Dis ini. Semua members dijemput hadir.
Mutalib menjemput Dato President untuk menyerahkan ball sweep kita. Keputusan pada hari tu adalah saperti dipamirkan dibawah ini:
Champion Overall, Razaki, champion SENAT kita. Nampak dah pulih sepenuhnya dari kejutan diChiangmai. Runners Up, Mutalib.
Dia mengambil kesempatan mengumumkan ‘Yours Truly’ kali ni. Pemenang A Medal nampaknya orang dah lama takde.
Pemenang B Medal pula termasuk Dr Khalil kita, nombor satu. Dato Amin tak menang apa apa. Tak pasti pulak sama ada kedudukan rankings di’Top’ terjejas atau tidak. Bagitu juga pemenang ketiga, Dato Ismail Hassan, dah lama tak nampak. Dapat nombor 3.
Dia ni berlatih senyap senyap kote. And of course, our Mr Cool, dapat juga ball sweep. Well done Tan Sri.
Selesai makan diadakan perbincangan sadikit dengan Committee. Satu daripada perkara dibincangkan ialah tentang handicap berikut. Keputusan yang diambil ialah, akan diadakan satu lagi handicap review pada bulan December ini sabelum Presidents Trophy. Bermakna kita akan ada handicap baru semasa pertandingan itu. Ini antara nak dapat hadiah pertandingan mingguan kita akan datang atau nak kawal handicap (nursing the handicap lah tu). Terpulang pada masing masing. Tepuk Dada Tanya Selera.
Dalam Changing Room, ternampak RHM sedang menyiap diri selepas mandi. Nak balik lah tu, tapi saya nampak dia asyik memegang sebatang golf club yang nampak macam baru. Bila ditanya, sah, itu club terbaru nya, 3 wood. Berkilat lagi. Mengikutnya itu adalah persiapan nya untuk menghadapi Presidents Trophy. Ber ia ia RHM kita. Bila saya sebut, ada peluang nampak - dia membalas 'Champion'. Nothing less. Ia tak ia jugak. Dia asyik mengatur pertandingan saja hinggakan tak menang hadiah. Kali ni dia bertekad untuk jadi Champion. Best of Luck lah Squad.
Hip Hip Setiakawan
Setiakawan Akan Bertanding
Skawan Gang,
ReplyDeleteI must salute John for making a very special effort to come out with the Tasik Puteri skawan outing report in less than 48 hours. Well done John.
I realise one very significant culture among skawan group...when you don't play well nobody cares about your performance but when you play 12 under everybody becomes noisy about your score! That was what happen to yours truly.
I still recall when Skawan played against
GF2 I shot 12-under and everybody had something to comment about my score.
Last Wed, I shot a net 77 to my handicap 14... very poor performance at the same golf course where I shot 12-under few months back!
I played 2 consecutive days of golf 48 hours before last Wed at 2 different courses and I returned with 37 points on both days, playing to handicap 15 and 12 consecutively.
If there are some who still fail to understand why golfers' scores can vary so much...my last Wednesday's caddy (Mimi)can give a full account because she recorded 6 of my putts ended with the ball missing the hole less than 0.0001 inch!
Still, 0.0001 inch is one stroke, just like 250m drive! The ball is round,IF and IF the six putts were to have gone in I could have played to net 71!!!( Golfers hope)
I plan to play next Wed skawan golf, insyaAllah. I look forward to have a challenge so that I can return with at least 5 strokes better.. that's my mission and I welcome you guys in my flight.
Salam kepada semua.
DNA