Thursday, October 29, 2009
WEEKLY GOLF OUTING AT THE PORT DICKSON GOLF AND COUNTRY CLUB ON 28.10.09
‘Gentlemen, we have 6 complete flights. Tee off by 0845 hrs. See you tomorrow at PDGCC, Insyallah. Breakfast will be served. Rgds. RHM.’
Bagitu bunyi nya SMS Saudara RHM kepda members pada jam 8.23 malam 27.10.09. Kali ini permainan mingguan kita ditetapkan di Port Dickson Golf and Country Club. Dah lama tak main disana. Seingat saya kita mengadakan pertandingan kita dicourse ni pada tahun 2008 dahulu.
Oleh sebab diPD, untuk menentukan tidak lambat kena bertolak awal sikit dari biasa. Kalau diBangi atau diNilai boleh lah bertolak jam 0630 pagi, tapi diPD kena bertolak jam 0530. Satu jam awal. Tak mau lambat dan melengahkan permainan flight saya pula. Tiada masaalah pertengahan jalan, jadi sampai jam 0730. Itu pun berhenti minum di Kawasan Rehat Nilai. Pagi pagi bagini memanglah sampai cepat.
DiChanging Room jumpa kawan lama. Kol Naha. Dia sekarang Golf Captain dikelab tu. Pada hari tu dia join kita. Dalam jam 0800 dah mula ramai sampai keClubhouse. Masuk Coffeehouse untuk sarapan. Standard Malaysian Breakfast saperti nasi lemak dan juga toast. Nampak kebanyakan mengambil nasi lemak, tapi Mike Weir kita ambik toast, sapu dengan butter dan jam. Masih cara Mat Salleh nampak. Dilengan masih ada ‘wrist guard’. Mengikut dia, tengah hari nanti ada 27 lubang lagi di Palm Spring. Memang lasak kawan kita ni. Memang kaki Golf.
Nampak juga Dato Johar. Dia telah mengadakan reception perkahwinan puteri nya pada 23 Oct lepas. Baru 5 hari lepas. Ingat ‘Recovery’ memakan masa sekurang kurang nya 2 minggu. Ini baru 5 hari dah siap untuk bertanding semula. Teringat juga dia memaklumkan pada malam tu bahawa dalam mengendalikan acara reception tu dia amat menghargai sumbangan dan kerjasama yang telah diberi oleh isteri nya. Entah entah dia masih harapkan sumbangan isteri nya untuk menyelesaikan post perkahwinan. Gurau je. Tapi apabila nampak beliau saya tahu lah mesti dapat 2 botol mineral water.
Selesai sarapan kita pun menuju ke tee box pertama. Buggy ada, mineral water pun ada tapi caddy sangat berkurangan. Saya dapat satu. Dikebanyakan Golf Course caddy selalu ‘girl caddy’, diPDGCC, lain pulak. Yang berbelalai. Tak kesah. Asalkan ada caddy.
Dalam flight saya ialah Dato Amin, Kol Mutalib dan Kol Daud.
Daud ni dah lama tak nampak.
Kali ni menjelma dengan Dato Amin. Mengikut cerita mereka dari Melaka kerana menghadiri Hari Ulangtahun 10 Para Beriged. Tahniah Para. Daud ni nampak berkarat sikit. Tee off pertama, adalah 40 meter je. Ini memang tak de main langsung. But as the game progressed he showed his old self again.
Secara rambang nampak golf course ni lebih menarek. Banyak improvement yang telah dilaksanakan. Rough yang dahulu nya berpaya, sekarang ni dah kering kerana perparitan yang luas dan lebih dalam. Keadaan lembab dulu, sekarang nampaknya mampat. Permainan pun lebih selesa. Bahang laut sangat dirasai. Nak harap sea breeze memang tak de. Kalau malam lain lah.
Buggy strictly on buggy track. Kalau bola berjauhan buggy track, mencungap cungap nampaknya. Oleh sebab tak de golfers lain, kita habis kira cepat juga. Pada jam 1315, kita dah mula selesai dan memasuki Coffeehouse untuk Makan Tengah Hari.
Surprisingly for an RM 90 package we got quite a good spread. Terdapat curry udang, tomyam, sweet sour fish, mushroom, egg salad, lettuce salad dengan dressing thousand island with steamed rice dan fruit and lengkong (ini Tan Sri Hashim sebut) dessert. Sangat memuaskan. Tertanya juga, ni Kol Naha sengaja tokok tambah ke? If so, Thank You very much Friend.
Whatever it is, saya terdengar Dato President menyebut tentang mengadakan the President’s Trophy disana. I’m all for it. Dan yang teringin menjulang President’s Trophy boleh lah berlatih di PDGCC. Ada tempat penginapan pun. Very reasonable rates. Karaoke pun ada it seems. Dengar cerita Dato Nawi dengan Kol Mutalib aje yang terlolong lolong kat situ pada malam 27 tu. Kat PD, pada malam hari tak de apa yang ada. Baik menyanyi.
Selesai makan RK mengambil alih untuk mengumumkan pemenang. Yang top, member ni dah lama tak nampak at nett 68. Ada practice tempat lain kote.
Lepas tu nett 69. Seramai 4 orang dapat score tu. Kedudukan ditetapkan melalui OCB (On Count Back). Nampak nya juga mereka mereka ni semua contender semasa SENAT diSg Petani pada minggu lepas.
Maknanya practice makes perfect. Participation provides consistency. Yang jelas nya Champion SENAT tak menyerlah. Not even Top 8. Dia ditempat kesembilan, nett 73 dengan 4 yang lain. Habis peluru kat SP kote. Score keseluruhan adalah saperti dibawah ini:
Gambar gambar berikut menunjukkan acara pemberian hadiah.
RK juga mengumumkan bahawa, Insyaallah, kawan kita Dato’ Khairuddin (Dato K) dan isterinya Datin Rokiah akan berangkat keMekah untuk menunaikan Fardhu Haji pada 15 November 09.
Dijangka mereka akan berada disana sehingga 25 Dis 09. Semua ahli mengucapkan Selamat Berangkat kepada mereka berdua dengan doa semoga Allah mereda’i niat suci mereka dan mereka akan melaksanakan nya dengan penuh Khusyuk dan Tawaduhk. Tan Sri Hashim Meon telah dijemput untuk membaca Doa keatas kesempurnaan perjalanan mereka.
Ada juga pengumuman tentang Setiakawan International Masters diPerth. Saya difahamkan lawatan kita tu akan diadakan pada 11 sehingga 17 April 2010. Dalam hal ini Tan Sri Hashim memaklumkan bahawa kalau pergi 11 Apr, flight tengah malam (12hb lah tu).
Sampai pagi tak boleh check in lagi sehingga jam 1300. Lebih baik bertolak pada pagi 11 dan ambil bilik satu malam lagi. Pulang keMalaysia dirancangkan pada 17 Apr. Hari Sabtu, flight jam 6 pagi. Kalau ambil flight keesokan hari tengah hari. Dapat satu hari lagi diPerth. Dalam tambah hari ni, terfikir juga, berbunyi juga accounting machine. Tiap hari ditambah, tambah juga kos nya. Dato Nawi Alias juga menyuarakan kosting tambang ke Perth dan keadan penginapan.
Walau bagaimana pun tiada keputusan dibuat pada hari itu. Satu perbincangan akan diadakan untuk menetapkan program Setiakawan International Masters diPerth. Saya percaya rancangan terperinci akan dimaklumkan kepada semua ahli dalam masa terdekat ni. Sementara itu, ahli dinasihatkan untuk block-off tarikh 11 hingga 18 April 2010.
Selesai perbincangan maka selesai lah acara kita diPort Dickson Golf & Country Club. Penghargaan kami kepada Kol Naha yang banyak terlibat dalam menentukan Weekly Outings kita di PDGCC berjalan dengan sempurna.
Hip Hip Setiakawan
Salam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
We must congratulate KolJohn for having this posting in real quick time. Well done John.
ReplyDeleteThere are some minor ammendments and clarification I have to add to John's report.
Kol Mutalib and I left Ampang Point at 0620 on Tuesday 27 Oct and arrived at PDGCC at 0720 to join breakfast with Dato K, MJHim, AbdRahman Jabir and RHM who have invited us for a "recce" of the golf course... I will reveal the result later!
Kata orang tua-tua, kalau kita mahu selesa dengan tempat baru hendaklah kita
"berkampung" disitu and that was what AbdRahman Jabir, Mutalib and I did.
In the evening MJHim, Mutalib and I joined the Bar-B-Q followed by karaoke ( by course partcipants) at Regency Hotel organised by one of our companies. The Bar,B-Q and karaoke was of 5-Stars standard with MJHim representing Skawan group with his "seroja"!
Only Mutalib, AbdRaman Jabir + Wife and I spent the night at PDGCC family suites which costed us only RM 121.00 per night ( very cheap for a reasonable 3 1/2-stars standard).
On Wed, 28 Oct before joining you guys for breakfast, Mutalib and I took our golf clubs, walked to PDGCC Driving Range (about 20 metres away from our room) and hit at least 100 practice golf balls as advised by Tiger Wood. Now you all know how and why Mutalib and I scored net 69 during the last skawan golf!
If some still do not comprehend here it is..
Go for recce, play 18 holes the day before.
Mesti berkampung tempat baru, selesa dengan suasana keliling termasuk cuacanya.
After Subuh...relax, before breakfast, go
and hit at least 50 to 100 practice balls at driving range to assess the air, humidity and loosen your musles, very important.
At the competition, you will have an edge over everbody! Mutalib and I did a postmoterm of our last Wed game, we both agreed and (witnessed by RHM) that We could have played 5 or 6 under... shhhhhhhh.
Saya dapat net 69, kena potong satu stroke,
ok-lah dan bermain hc 16 next Wed saya sudi menerima dengan hati yang ikhlas dan penuh kesyukuran.
Selamat berangkat keTanah Suci untuk Dato K dan Datin semoga dianugerah Haji Mabrur, insyaAllah.
Salam kepada semua Skawan Gang.
DNA
Thu 29 October 2009, 2318
Salaam Semua Skawan Gang.
ReplyDeleteSaya sokong jika ada cadangan nak jadikan PDGC as one of our scheduled courses. Distance-wise reachable from Klang Valley just slightly over an hour. Otherwise can opt to follow Dato Nawi's modus operandi: check-in noon day before, go for 18 holes recce round, put up the nite at the almost 4 star accomodation and await the arrival of other mates next morning by hitting 50 -100 balls on "warming up" mode. What a good SOP! How about that!
Re SIM Perth 2010 I have been informed that the dates we chose: 11 - 17 April 2010 coincide with school holidays in Australia and I immediately communicated same to DNA (Skawan VP/Captain) and unilaterrally suggested new dates: mon 26/4 until sun 2/5/2010. Upon checking Airasia website discovered return fares KUL/PERTH/KUL on later dates even cheaper, i.e RM914 compared to RM1173 on earlier dates. Suggest we better resolve asap new dates for SIM Perth 2010 and proceed with the necessary arrangements.
Meanwhile arrangements for the Recce Team trip to Chiangmai seem to be proceeding well. Hope the Chiangmai experience will also help to enhance the capabilities of those going. Till we meet in Chiangmai...
HM