Sunday, October 25, 2009
HAL HAL KORPORAT
Perkara ini ada saya sebutkan dalam posting selepas Open House Hari Raya dulu. Dalam kita selalu berjumpa dalam alam golf ni, terdapat juga ahli ahli kita yang melaksanakan perniagaan masing masing. Ada yang besar dan ada yang kecil. Yang besar tu, saya rasa ada strategy pemasaran masing masing dan ada peruntukan yang telah dibajetkan, sementara yang kecil ala cottage industry memasarkan berbagai cara. Kos yang termurah untuk pemasaran ialah melalui ‘word of mouth’. Kira kira advertising dan promotional kos itu tidak timbul. Cottage Industry yang diceburi ahli ahli kita adalah ‘consumers’ goods’ yang diperlukan oleh semua orang dari masa kesemasa.
Ahli kita mengikut rekod ada seramai 156 ahli. Itu bermakna 156 kuasa pembelian atau purchasing power. Tiap tiap ahli ada kuasa mereka masing masing tertakluk kepada kemampuan. Tiap tiap ahli juga perlu memperolehi barangan keperluan mengikut masa masa nya yang tertentu. Sekiranya barangan keperluan ini diperolehi dari ahli Setiakawan sekurang kurang nya ahli ahli mendapat barangan yang, diperlukan dan pembekal (ahli juga) dapat menjual barangan mereka. Kedua dua pehak akan benefit. It’s a ‘Supply and Demand’ situation
Saya ariff akan 3 personaliti yang ingin membekal (menjual) barangan mereka. Mereka mereka ialah:
a. Puan Marsuah atau Mars. Isteri RHM. Setahu saya dia ada membekal kueh kek dan pastries. Jenis nya saya kurang tahu tetapi kalau lah members ingin mengetahui sila layari http://myaanddyana.com. Saya sendiri belum merasa nya tetapi ‚belum try belum tahu. Try some. Cara delivery boleh diatur. RHM lah tu. Lebih elok order hari Isnin, siapkan hari Selasa, hantar hari Rabu, semasa golfing sessions kita. Lebih besar order lebih baik.Kereta RHM tu besar.
b. Datin Ainon. Isteri Dato Tairobi. Kepakaran beliau ialah Kek Buah atau Fruit Cake. Fruit cake yang diniaga di outlet, ada kalanya dicampurkan dengan brandy untuk tahan lama. Lah sebab tu ada orang berpinar pinar pening apabila makan kueh ni. Datin Ainon gerenti kek buatan nya adalah ‘alchohol free’. Makan tanpa was was. Untuk pesanan talipon Dato T kita di 013-3084768. Kek satu kilo. Order banyak banyak.
c. Saudara Ibrahim. Saya panggil dia Yem. Dia ada perniagaan menyiapkan hamper. Apa jenis saya tak pasti. Ni macam hamper yang dihantar semasa hari perayaan. Saya pasti ahli ahli banyak yang buat tempahan hamper semasa hari hari tersebut. Ubah sikit pendekatan. Order dari Yem. Bila saya dapat saluran hubungan nya saya akan maklumkan dalam blog.
Ini tiga dari members kita yang ada perniagaan. Kalau pesan dari mereka pun ok juga. In some ways ‚Charity Begins At Home’. Our home. Setiakawan Home. Pemasaran ini tak seharusnya lekat kat kita aje. Kalau ada kawan kawan lain yang inginkan barangan yang tersebut sila hubungi mereka. Kalau terlupa nombor talipon Tanya RHM. Dia dah jadi macam directory nombor 103 pulak.
Sekiranya ada members yang ada terlibat dengan perniagaan, sila maklumkan. Asal jual yang legitimate, boleh kita hebahkan dalam blog kita. Yang saya pohon, ‘Quality Mesti Ada’.
Setiakawan Berniaga
Salam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
An excellent idea for members/families to benefit from the blog.
ReplyDeleteSince the advertisement is FOC, skawan
members and families should be given special discounts, I hope!
I may have something later when more members surf the skawan blog.
Good effort John.
Salam,
DNA
SUNDAY, Oct 25 2347 PM