Tuesday, October 27, 2009
PENGHARGAAN OLEH PENGERUSI SENAT
Saudara Setiakawan Sekelian,
Marilah kita mengucapkan tahniah kepada Kol Razaki kerana telah berjaya menjuarai SENAT 1/09, pertamakali dilaksanakan diluar KL,iaitu di Sg Petani pada 20 dan 21 Okt lalu.Janganlah pula kita mempertikaikan handikapnya atau handikap sesiapa pun dalam kumpulan Setiakawan kerana fomula yang digunapakai untuk menetapkan handikap adalah sama untuk semua.
Kita sepatutnya berazam untuk merampas Piala SENAT darinya pada perjuangan akan datang dengan kerap berlatih sambil beriadah bersama kumpulan Setiakawan pada setiap minggu.
Melalui SENAT saya telah nampak keakraban dan semangat setiakawan dikalangan kita.Sebenarnya keakraban kita dikukuh lagi oleh para isteri kita yang sudah mengenali antara satu sama lain semasa berada diluar Kota Raya KL. Kita sekarang sudah mula merasai semangat kekitaan dalam kumpulan Setikawan.Syabas saya ucapkan kepada semua kerana semangat ini kita hanya perolehi melalui permainan GOLF . Bercakap atau berdebat atau bertengkar pun dalam lingkungan golf juga iaitu pasal handikap, flight, venue, score, partner, medal A B, pool,champion, menang , kalah, seri dan lain lain.
Jadi saya ingin mengambil kesempatan disini untuk merakamkan berbanyak terima kasih kepada Kol Rani yang telah sudi menjadi wakil Setiakawan di SP dengan mengelola program lawatan PUTERI SETIAKAWAN dan urusan golf, Saudara Radin dan Kol Ramli yang sanggup jadi golf Convenor kita, Kol Mutalib yang berpeluh mengira score kita, Mej Dato Ismail yang bermurah hati menyumbang piala SENAT untuk kita, Kol John Hamzah. Blog Master kita yang sangat rajin melaporkan aktiviti kita dan kita semua atas kefahaman dan kerjasama untuk menjayakan program Setiakawan kita.
Salam hormat dari saya sebagai Pengerusi SENAT. Sampai jumpa lagi, InsyaAllah.
Setiakawan NAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MJHim,
ReplyDeleteChairman SENAT.
Congratulations to you and SENAT Committee for an excellent job executing SENAT at Sungai Petani and well done.
As I have posted my comments earlier,
it was a great outing which Mani and I found very interesting and I hope all members and families who participated have enjoyed the trip as much as we did.
Congratulations to Razaki for emerging the SENAT Champion and I am hoping that he will not keep the trophy for too long! This
means that you and the SENAT Committee must organise the next SENAT Outing soonest after our ANNUAL Championship, well before Skawan Group goes for International Masters in Perth, Australia.
Salam to all Skawan Gang.
DNA
Monday, October 29 2125 PM