Friday, October 23, 2009
SETIAKAWANGOLF NATIONAL TOURS (SENAT) – 18 – 21 0KTOBER 2009
Umum
Pertandingan Hari Pertama dah selesai. Masuk hari kedua. Day 2. Kali ni di Cinta Sayang Golf and Country Club. Aturan sarapan sama macam hari sabelum nya. Hidangan memadai dengan kehendak kita. Ada makanan oriental dan ada makanan Western. Pada hari pertama saya nampak lah Mike Weir kita makan corn flakes. Macam Mat Salleh. Dia kata supaya lebih tenaga. Hari kedua pun nampak makan yang sama.Tapi tangan bertepek tepek anti vibration guards. Tahu lah tua, tapi tak kan lah sampai berlebih lebih.
Hari Kedua ni kita relaks sikit, sebab akan bermain diCinta Sayang G&CR. Tak perlu bergerak kemana mana.Yang penting hari ni ialah hari final. Day 2 and Final Round. Saperti Pengerusi SENAT merancangkan, pertandingan sebenar ialah pada 20 dan 21 Okt 09. Permainan pada 19 Okt adalah untuk memanaskan badan dan kita kira practise round. Kepada mereka yang bertekad untuk memenangi Piala SENAT, permainan Panas Badan ni seharusnya disertai untuk menambahkan peluang pada pertandingan sebenar. Ahli ahli yang menyertai permainan panas badan ini ialah Tan Sri Hashim Meon TSHM, Dato Nawi Alias (DNA), Kol Mutalib (KMMS) dan saya. Yang lain tak sempat sampai untuk menyertai, Kalau mengikut the Law of Averages, kami berempat lah ada peluang yang cerah sekali. Tambahan pula pertandingan akan diadakan di Permaipura Golf Resort dan Cinta Sayang Golf Resort. Sekurang kurang nya kami dapat menyesuaikan diri di satu dari course yang kita akan bermain. Tapi bola tu bulat. Hanya ‘performance’ masing masing yang akan menentukan.
Permainan Day 2.
Members yang mendapat score nett 76 dan kebawah mungkin ada peluang yang cerah untuk menduduki tempat pertama, tetapi yang favourite sudah tentu pada Kol Razaki yang mendapat 69 iaitu 3 under.Yang terdekat dengan nya ialah Kol Mutalib dengan net 72 dan Hj Jamaluddin dengan net 72 juga. Lima strokes off dari Razaki.
Pemain tempatan yang nampak hadir ialah Lt Kol Zainuddin dan Mej Norsahid. Mej Norsahid handicap nya 4. Memang kukuh.
Sabelum memulakan pertandingan, tangkap gambar dulu. Untuk kenang kenangan. Mula mula berlatarbelakangkan Clubhouse dan juga matahari. Banyak menyuarakan teknik salah tapi saya kata teknoloji sekarang ni macam macam arah boleh. To be sure, lepas tu berpusing belakang. Menghadap matahari pula. Dua dua gambar akan diletakkan dalam Blog. Saudara jadi hakim.
Flight saya terdiri dari Dato Yunus Long, Mej Norsahid ( B ) dan Razak. Untuk kesenangan kami partner buggy to buggy. Norshahid handicap 4, Razak 13 dan Dato Yunus 19. Saya 22. Sayup rasanya perbezaan handicap tapi tetap bersemangat untuk bertarung dan bertaruh kecil kecilan. Saya ada practice pada 19hb, tapi standard yang saya tunjukkan saperti tak pernah kecourse itu. Memang seronok partner dengan Razak lawan Dato Yunus Long dengan Norshahid. First nine kita menang. Mereka double up.
Course cantik, tee box kebelakang dan pin dengan bendera biru selalu. Jauh lah tu. Cuaca bahang sikit kerana takde angin.
Selesai bermain kita, bermakna Ramli Kinta RK, Raden Hamzah RHM dan Kol Mutalib masing masing sibuk lah. Nak kutip score card untuk buat perkiraan. Nampak Mutalib as always, dengan cermin mata atas hidung tekun membuat kiraan. Oleh sebab kedudukan peserta ditentukan dengan score semua peserta, kekurangan satu score card pun menjadi masaalah. Ini lah masanya Mutalib akan kelihatan mengejar peserta. Kadang kadang dengar juga dia lepaskan kata kata memberangsang.
Makan tengah hari ditetapkan diruang legar ‘Golfers’ Terrace’. Semua ahli berkumpul dan memulakan makan tengah hari dengan hidangan yang disediakan.Udang ada, ikan ada, sayur pun ada dan nasi putih. Cukup untuk kita semua.
Selesai makan RK mengambil alih acara untuk menyerahkan Ball Sweep for the Day.
Keputusan hari kedua adalah saperti berikut:
RK telah menyerahkan Ball Sweep hari kedua.
Hip Hip Setiakawan.
Salam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hi John,
ReplyDeleteGood job, well done. I hope all Skawan members who joined Sg. Petani SENAT can steal some of their precious time to view John Hamzah's great effort. Not everybody can win and if they have not won anything at least they can admire their handsome faces in the picture.
I consider myself very lucky to have returned with net 72 on the second day after landing two balls in the water and getting 9 at hole N0.2 ( par 5 index 1). I lost on count back to Lt Kol Zainuddin, the local pro for 2nd day daily medal and runners-up for overall SENAT champioship, which I thought is great achievement for my golfing record considering my last 3 months of golfing had been going from bad to worst.
Kol Razaki, the SENAT Champion decided to join the trip on the wee hour. Imagine who would be the SENAT champion if RAZAKI were to stick to his earlier plan of not joining the trip?
I must thank Dato Amin, Dato Khalid and Dr. Khalil for absenting themselves and I hope that they will continue to be busy for all future competitions. Senang lah sikit kita!
Salam to all. See you Wednesday 28 October in Tasik Puteri GC or Port Dickson GC? Radin Hamzah, which way are we going??.
DNA