Friday, October 9, 2009

SETIAKAWAN NATIONAL TOURS - SENAT 1/09



Saudara Setiakawan Sekelian,
Saya berterima kasih diatas kepercayaan yang diberi kepada saya untuk menjadi Pengerusi SENAT, iaitu singkatan kepada Setiakawan National Tours.National tours memberi pengertian ‘bermain golf diluar Klang Valley’ dalam satu kumpulan Setiakawan.Untuk ini permainan golf kita diluar sana perlu diurus dengan sempurna termasuk pentadbiran pentadbiran sampingan
seperti penginapan,sarapan dan pengangkutan. Maka itu diperlukan sebuah organisasi untuk menguruskannya.Bagusnya SETIAKAWAN telah pun mempunyai strukturnya tersendiri yang boleh membantu SENAT. InsyaAllah dengan kerjasama semua, SENAT akan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Bagi SENAT lebih menarik,sebuah piala pusingan telah dihadiahkan oleh dua ahli SETIAKAWAN iaitu Mej Dato Ismail Hanifa (B) dan Lt Kol Dul Ngajis (B). Terimakasih kapada saudara berdua.Dengan ini timbul pula soalan bagaimana piala ini hendak dipertandingkan?Asasnya ialah pertandingan untuk merebut piala ini terbuka kepada semua ahli SETIAKAWAN yang telah bermain sekurang kurangnya 10 kali dalam tahun ini. Pertandingan ini akan dijalankan selama 2 hari dan jumlah skor terbaik akan menentukan pemenangnya. Pemenang akan menyimpan piala ini sehingga SENAT kedua diadakan.
Walau pun ada kriteria untuk menyertai SENAT, ini tidak bermakna ahli lain tak boleh mengikuti rombongan kita dan bermain sekali. Mereka boleh menyertai dalam Ball Sweep yang akan diadakan pada tiap tiap hari. Bagitu juga sekiranya ada kawan kawan lain yang terutamanya dikawasan setempat boleh juga turut serta dalam aktibiti golf kita.Dijangka SENAT dapat diadakan dua kali setahun.
Bagi SENAT 1/09, programnya ialah:


Pemberian hadiah akan diadakan selepas selesai pertandingan pada 21/10/09.
Untuk perjalanan yang licin, peta ke Cinta Sayang Golf & Country Club di sertakan dibawah.
Butir butir sampingan akan disampaikan oleh Convenor, RHM

Salam
MJHim

Peta keCinta Sayang Golf & Country Resort


3 comments:

  1. MJHim,

    Thank you for the excellent briefing on SENAT.

    It's indeed nice of Maj Dato' Ismail Hanifa and Lt Col Dul Ngajis for being very generous to donate the SENAT Trophy which I am sure all skawan members much appreciate.

    I am looking forward to the tour and see you and Datin, insyaAllah.

    Salam skawan,

    DNA

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Dear All,
    Saya tidak pasti the total no of member golfers yang qualify for SEGOY. Based on my investigation only some 20 members yang disenaraikan layak from more than 100 registered members. This reflex a very low % of the total no of members that we have in SETIA KAWAN thus indicating a very rigid and unjust no of qualifying games that each qualifier need to play.

    SEGOY thus become meaningless if hardly 1/5 of the members become eligible for the Annual prestigious game. I strongly feel that the Annual game may have to be based on total no of points accumulated by each golfer rather than the no of games played. The committee can than decide the no of golfers to be qualified so that the Annual game SEGOY..ada PRESTIGE..Like the PGA FEDEX CUP or GOLFER of THE YEAR TROPHY. Than only you get the cream among the golfers that have played well for the year..!!
    Only my humble opinion to improve SETIA KAWAN Credibility. Salam

    ReplyDelete