Thursday, October 22, 2009

SETIKAWANGOLF NATIONAL TOURS (SENAT) – 18 – 21 0KTOBER 2009


Umum
Saperti Pengerusi SENAT merancangkan, pertandingan sebenar ialah pada 20 dan 21 Okt 09. Permainan pada 19 Okt adalah untuk memanaskan badan dan kita kira practise round. Kepada mereka yang bertekad untuk memenangi Piala SENAT, permainan Panas Badan ni seharusnya disertai untuk menambahkan peluang pada pertandingan sebenar. Ahli ahli yang menyertai permainan panas badan ini ialah Tan Sri Hashim Meon TSHM, Dato Nawi Alias (DNA), Kol Mutalib (KMMS) dan saya. Yang lain tak sempat sampai untuk menyertai, Kalau mengikut the Law of Averages, kami berempat lah ada peluang yang cerah sekali. Tambahan pula pertandingan akan diadakan di Permaipura Golf Resort dan Cinta Sayang Golf Resort. Sekurang kurang nya kami dapat menyesuaikan diri di satu dari course yang kita akan bermain. Tapi bola tu bulat. Hanya ‘performance’ masing masing yang akan menentukan.






Permainan Day 1.

Selesai sarapan diCinta Sayang Golf Resort, semua golfers bertolak kePermaipura Golf & Country Resorts (PGR). Golf Course ni terletak diBedong. Satu kawasan luas yang juga mengandungi perumahan . Cantik kawasan nya.

Pada hari ini kami disertai members members lain yang berada di Sg Petani. Terjumpa saya dengan kawan kawan lama saperti Dato Jamil Tahir (former CE), Mej Khir ( B ). Mereka dah bersara dan sekarang menetap di SG Petani.


Dato Jamil ada kediaman dalam kawasan Permaipura Golf Resort sementara Mej Khir tinggal di Sg Lalang. Seronok dapat jumpa kawan lama. Golfer tempatan lain yang menyertai kami ialah Encik Sukairi (Pengurus , PGR), Me Syed Sofie ( B ), Saudara Md Noor dan Saudara Salleh. Kami kira peserta tempatan ni lebih baik lah performance oleh sebab ‚local knowledge’.




Selepas mengetahui flight masing masing kami pun menuju tee box. Kami menggunakan kedua dua tee box 1 dan 10.
Hari ni saya dengan Dato’ K (Dato Khairuddin), Kol Razaki dan Mike Weir (Hj Rahim Kassim). Untuk memilih partner, kami baling bola. Saya partner Kol Razaki. Dua bulan dulu, he was playing 13 and after the review of handicap he was playing 20, another review on 7 Oct he played at 19. Kukuh lah kami. Latently he would be playing 13 and officially he was playing 19. A good cushion there.
Semasa tee off, saya ternampak Kol Razaki terencut rencut. Bila ditanya dia kata terseliuh. Bila masa pulak ni. Dia partner saya. Ayam tambatan saya tempang dah. Dato K kata ‘Sandiwara’. Nampak mereka berdua ni lengkap dengan ikatan dilengan. Anti vibration tights konon. Bila ditanya, ada saje rintihan, sakit sini lah sakit sana lah, tapi bila pukul bola sama aje macam biasa. Ini agaknya dipanggil psychological warfare (psywar) atau psychological operations (psyops). Tunjuk se olah olah lemah tetapi kuat. Ini menlalikan musuh supaya berfikiran demikian dan bila berunding untuk tetapkan ‚stake’ boleh lah tetapkan tinggi sikit. Ini umpanan. Silap silap termakan diri. Lah, ingat dalam peperangan bersenjata saja ada psywar atau psyops rupanya dipadang golf pun bagitu.
Bila Kol Razaki tee off, nampaklah dia mengawal diri dari mengguna kaki kirinya. Transfer weight tak dilaksanakan dengan sepenuhnya. Tapi bola pegi jauh macam biasa.

Dalam hati, kepincangan ni mungkin ada hikmah nya. Pukulan kedua pun sampai keapron. Satu chip, 12 kaki dari lubang. Putt tak masuk. Dapat bogey. Dia handicap 19, kalau bogey tiap tiap lubang pun akan dapat 1 under. Cukup lah tu. Lagi pun tak kan takde dapat par satu pun. Walau pun dia menyerlah tetapi partnership Dato K dengan Mike Weir tu pun tak kurang hebatnya. Pada hole terakhir, bola Mike Weir 3 on. Putting for par. Razaki 2 diapron. Tapi chip terjauh sikit, about 20 feet. Put for par tapi miss. Yang Mike Weir ni pulak dijarak 8 kaki putt masuk pulak. Dapat par. Itu pulak deciding hole. Kami kalah lah. Well done to them.
Selesai bermain, kami berkumpul diDewan Makan dan upacara pembahgian hadiah ball sweep.


Score untuk hari Day 1 adalah saperti dibawah:

Nampak nampak partner saya tu leading pada Day 1. Selain daripada itu, nampak juga Kol Mutalib dan Hj Jamaluddinbeserta Dato Malek dan Razak juga dalam kedudukan yang mengancam Kol Razaki. Kita tunggu Day 2 dan the Final Day.
Hip Hip Setiakawan

Salam

2 comments:

  1. Hi John,

    This posting surprised me, it is out in double quick time and congratulations.

    The golf score doesn't look very encouraging, may be we played on a very strange golf course on a rainy day without caddies which serve as very good excuses.
    Though I played one of my worst game in the last 10 years ( with so many double bogeys )
    I was extremely happy because I beat ALL the local pros!

    I hope you would post the second day's score at Cinta Sayang GC which will show some differences and the real fine golfing score!

    The SENAT outing to Sungai Petani was great, thanks to the Skawan Committee, particularly SENAT Chairman and the Convenor who did a wonderful job. Lt Kol Rani displayed excellent effort to make our trip most memorable. I hope Skawan members and families enjoyed as much as Mani and I did for the entire trip.

    See you Wed 28 Octbober 2009 at ?????

    DNA

    October 22, 2225 PM

    ReplyDelete
  2. Good pictures with some very exciting actions!
    Well done, John.

    Ooops, what happened to our 2nd Day score and also the overall score? I suppose it will be coming soon.

    I am sure you have the picture of the former single handicapper, now playing a very suspicious 18 and won the SENAT Trophy. We want to see his picture so that we can recognise this dangerous guy whom many will avoid playing high stake Three-One-One!

    See you guys on Wed 28 October 2009.

    Regards,

    DNA

    ReplyDelete