Monday, October 19, 2009
SETIAKAWANGOLF WEEKLY OUTINGS AT THE BUKIT UNGGUL COUNTRY CLUB ON 14 OCTOBER 2009
alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5394283907360454626" />
The SMS received from RHM on 13/10/09 at about 6.00 pm was ‘Sir, got 6 full flights. Rate RM100 (g’fee, buggy, ins & lunch). Tee off by 0815 hrs. Bukit Unggul. After the game, please proceed to Restaurant Puteri. Regards. RHM’.
Ini bermakna bahawa kita ada 24 pemain golf pada 14/10/09. Pengumuman jumlah flight ni ada bagus nya. Ia sekurang kurang nya memberi gambaran jumlah golfers yang akan bertanding pada hari itu. Apa yang tersirat ialah harapan beliau supaya semua akan hadir dan tiada siapa yang akan menarik diri. Kesan penarikan diri ialah flights mungkin perlu diatur semula. Ini memang perkara yang Convenor cuba mengelak dan akan menambah kerjanya. Tetapi setahu saya ada saorang menarik diri pada hari itu kerana Iman masjid kampung nya meninggal dunia. Dalam hal hal sebigini memanglah tak boleh dielak. Kita hanya boleh merancang.
Pada pagi tu hujan diPJ. Pengalaman saya selama ini, kalau hujan dirumah tak bermakna hujan dipadang golf. Bertolak lah saya menuju ke Sepang melalui Bangi. Memang betul jangkaan, dalam perjalanan hujan dah mula reda. Teringat akan sarapan. Kat BUCC, sarapan nya standard je. Sampai disimpang dekat masjid nampak sebuah kedai yang selalu penuh pelanggan pada pagi hari. Sebelah masjid. Singgah lah saya. Kedai mamak. Order roti banjir. Kejap lagi Dato Khalid masuk. Lepas tu Razak dan Mej Che Anuar. Semua hendak alas perut sabelum bertarung. Razak bayar. Dalam celah mengucap terima kasih saya kata bayaran ni boleh cover dengan pendapatan melalui ball sweep pada hari itu. Mudah mudahan.
Sampai diLobby, RHM sedang menunggu. Bayar RM100. Saya cuba dapatkan caddy untuk buggy saya. Bayar RM 37. Bila nak bergerak kebawah caddy masih tak sampai. Caddy Master maklumkan bahawa semua caddy tak sampai lagi kerana kena ‘raid’ pada malam sabelum tu. Saya agak, caddy caddy ditahan dan disiasat oleh Jabatan Imigeresen lah tu. Tertanya juga, mereka ni tak de permit/visa ke? Setahu saya mereka ni dah lama disini dan sepatutnya agen mereka tahulah prosedur tentang pengambilan pekerja asing. Atau operasi sedemikian sengaja diadakan. Ada tujuan lah tu.Caddy Master kata caddy akan dihantar apabila mereka sampai.
Minum kopi jap diCoffee House. MJHim belanja. Selesai minum kami bergerak ke10th tee box. Saya partner Eddie Amin Malik, sementara Dato Khalid partner Kol Mutalib. Eddie handicap 9. Single handicapper. Bila partner dengan orang handicap rendah ni, saya rasa confident sikit. Maklumlah kalau handicap rendah tu, permainan pun patut terror lah. Kol Mutalib handicap 17, Dato Khalid handicap 20. Eddie kena bagi dari 8 ke 13 stroke kepada kami. Pada saya tak kesah kerana partner. Kepada mereka berdua tu berat sikit lah. Tak pe kalau partner I main baik. Rupanya dia dah lama tak main. Handicap saja kekal, standard dah menurun. Ini bukan berenang, maknanya tidak akan lemas serta mutu renangan akan kekal. Golf lain. Eddie masih karat lagi. Dato Khalid makin baik permainan nya walau pun dah potong 2 stroke minggu lepas. Mula mula Mutalib tersangkut sangkut hingga Dato Khalid nak suruh dia balik. Second nine dia pula menyerlah. Kami kalah. Dua dua mereka menang hadiah. Untuk Eddie, sabar dan practice. You akan capai tahap lama dengan syarat adakan training.
Saya melayari website BUCC dan lambang mereka ialah helang ‘eagle’. Moto mereka ialah ‘where eagles live and play’. Cuma bila nengok eagle yang digunakan tu macam the Andes Condor je dan bukan helang Malaysia. Harap tak kena kecam dengan kerajaan Negara Negara South America kerana menciplak. Takutlah kote belia belia mereka membantah dan mengancam menyerang kita pulak. Penggunaan ‘condor’ tu macam by convenience. ‘Cut and paste’. Kalau pehak pengurusan BUCC tak bersetuju dengan saya, mungkin mereka boleh perbetulkan melalui blog ini.
Selesai bermain 18 lubang, kita bergerak keRestoran Puteri. Makan diluar club ni ada beberapa implikasi.
a. Ahli ahli bergerak dalam masa sendiri. Yang dulu sampai lah dulu dan kena menunggu yang lain.
b. Kalau lama menunggu, mula lah makan. Kalau dah ada 4 orang untuk satu hidang tu ok lah. Kalau tak cukup orang. Nanti lauk habis, hidangan mungkin tak cukup.
c. Bila makan diluar ni ada juga tak datang. Mungkin ada urusan lain.Atau dah tahu tak akan terima ball sweep.
Saya rasa in the spirit of Setiakawan, kita semua patut makan tengah hari sekali. Baru ramai. Kalau tak menang pun, tolong tepuk tangan kepada yang menang. Bersemangat sikit mereka. Walau bagaimana pun, saya percaya Convenor arif akan keperluan mereka yang perlu beredar dengan cepat.
Seterusnya, RK pun memaklumkan pemenang pada hari itu. Oleh sebab tak ramai orang menyertai maka hadiah diberi kepada overall sahaja. Pemenang pemenang adalah saperti dibawah:
Minggu depan, pada 21/10/09 kita tidak adakan ‚weekly golf’ oleh sebab berada di Sg Petani bertanding untuk piala ‚SENAT’. Kita akan adakan golf mingguan kita pada minggu berikutnya iaitu pada 28/10/09.
Salam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment