
Selepas bermain Pertandingan Mingguan kita pada 13 April 2011 di Bukit Unggul GCC dan juga pada 20 April 2011 di Bukit Kemuning GCR, jawatankuasa telah adakan perbincangan. Semasa kedua dua perbincangan itu, perkara yang banyak dibincangkan ialah SENAT 4/2011 di Palm Villa Golf & Country Resort yang telah dirancang pada 2,3 & 4 Mei 2011. Kalau membaca Maklumat dan Panduan Pelaksanaan SENAT yang telah diumumkan oleh Chairman SENAT, Dato Hashim Yahaya, kira nya semua sudah beres dirancang. Datang berita lak, bahawa pada hari yang sama Institut Kejuruteraan Tentera Darat Malaysia atau IKEM, telah diarah melaksanakan seminar yang agak besar juga. Implikasinya ialah kita tak dapat tempat yang dirancang untuk kita menginap diWisma Perwira. Kita terpaksa mengkaji beberapa alternative termasuk mengubah tempat atau venue pertandingan kita atau mengawal atau melambatkan pertandingan kita kesuatu tarikh yang selesa bagi IKEM. Keputusan yang dibuat ialah supaya venue dikekalkan pada tempat yang sama dan tarikh pun dikekalkan juga. Yang perlu di selidik balik ialah tempat penginapan. Jadi satu lagi recce dirancang.
Pada 12 Apr dua kenderaan bertolak ke Kluang. Kereta pertama dengan Hyundai STAREX nya ialah RHM dengan Hj Rahim Kassim. Dengan Toyota Harrier lak ialah saya, Dato Tairobi dan Chairman SENAT, MJHim.
















Bermain lah kita. Selesai bermain selepas bermandi dan testing makan direstoran kecil disebelah











tempat luas untuk kegiatan bersekali






Ruang kolam renang ni lah yang akan kita gunakan untuk barbeque pada malam 3 Mei nanti. Dengar cerita ada 2 piece band diselit dengan sessi karaoke. Acara barbeque kita dibantu oleh Wisma Perwira IKEM. Saya beryakinan ‘ it’ll be a night to remember’. Rancangan untuk isteri isteri sedang diatur dengan pehak IKEM.
Mengikut SMS RHM pada petang 20 Apr costing untuk SENAT 4/2011 adalah saperti berikut:
a. Couple – RM 660.
b. Solo Single Room – RM 555.
c. Solo Twin Sharing – RM 480.
d. Solo , no room & no BBQ – RM 350.
e. Guests, no room – RM 390.
f. Guests, no room & no BBQ – RM 335.
Saya kira, main golf 2 hari ( termasuk satu caddy untuk tiap tiap buggy), menginap 2 malam diapartment club, 2 sarapan, 2 makan tengah hari dan satu BBQ diPalm Villa GCR cukup memadai.
Dengar cerita dah ada 6 flight dah. Yang masih belum tentu, tentukan. Bayar deposit RM 200 kepada RHM. Yang lain bayar semasa kita berjumpa pada 27 Apr ni. Last practise lah ni. Tentukan kita dapat rampas piala SENAT daripada Dato Malek Shahar.
Salam.
Setiakawan ke Kulaijaya.
No comments:
Post a Comment