Sunday, April 17, 2011
PERMAINAN GOLF MINGGUAN SETIAKAWAN DIBUKIT UNGGUL COUNTRY CLUB PADA 13 APRIL 2011
Minggu ini kita bermain di Bukit Unggul lak. Last kita main di sana pada 02 Feb 2011. Mengikut RHM pada petang 12 Apr, ‘we got 7 full flights’. 28 pemain. Asalkan angka kita melebihi 20 pemain, we are doing alright.
Saya terlewat, kerana membeli McD breakfast. Burger and muffin. Terpaksa beratur. Bila sampai di kelab dah takde orang. Rupanya semua dah turun ke Golfers’ Terrace. Mujur flight saya menunggu. Kalau tak melepas penerbangan.
Kalau dulu nya, berat nak main kat sini tapi kebelakangan ni dikira ok lak. Tak lah bagitu panas, walau pun angin tak seberapa. Saya bermain dalam flight DaTaRaz, MJHim dan RHM. Kita start lubang nombar 10. Par 5. Saya dapat par kat situ. Good start. Takat tu aje. Lepas tu berterabur pulak. Nampaknya kekal kat 24 lah ni.
Selesai bermain, selepas bermandi dan memakai pakaian lain, saya ke Dewan Makan kelab.
Nampak nya makan tengah hari ialah chicken rice. Dah ada yang dah makan pun.
Lauk yang habis kelab tambah. Kelihatan kurang member lak.
Ada yang kena pergi awal sebab urusan lain. Kelihatan juga orang baru. Rupanya anak patron kita, Tan Sri Hashim Meon. Isman Azimy namanya. Baru balik dari Dublin. Sebab tu Tan Sri selalu kesana rupanya. Mengikut cerita tee off sampai jejak ke 250 meter. Gaya pukul pun ikut buku. Dia belajar ke, main golf ke? St Andrews tak jauh. Whatever it is. Welcome Isman. Bila selesai belajar dan pulang ketanah air nanti join kami. Tak perlu lah pukul sehingga 300 meter lak. Yang dah ada sekarang ni pun cukup hebat dah.
Acara pembahgian hadiah pun dilaksanakan oleh Kol Ramli Kinta. Keputusan permainan mingguan kita pada hari tu adalah saperti dipamirkan:
Champion kita tak kelihatan kerana terpaksa beredar awal. Deputy Champion lak datang dari Taiping. Katanya ‘ I Come, I See, I Conquer’.
Ada orang Tepeng lagi rupanya.
Selesai pembahgian hadiah, Jawatankuasa berbincang tentang Setiakawan National Tours atau SENAT untuk Siri 4/2011. Chairman SENAT, MJHim mengtaklimatkan perkembangan rancangan kita hasil dari tinjauan nya kePalm Villa Golf & Country Club. Itu cerita akan diceritakan selepas posting ini.
Salam
Setiakawan Akan keKulaijaya pada 2 hingga 4 Mei 2011.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment