Hello Members Sekelian,
Kali ni, 06 April 2011, kita bermain di Kinrara Golf Club lak. Mengikut SMS RHM, Cuma RM 110 saje perlu dibayar termasuk buggy dan makan tengah hari. Makan tengah akan di subsidise oleh pemenang bulls eye minggu lepas pada 30 Mar. Kalau nak masuk bulls eye tambah lagi RM 10. Mengikut senarai nama ada 32 pemain. Ada juga terpaksa menarik diri, tetapi dengan network convenor kita, dapat pengganti.
MJHim ada menyebut kat saya bahawa yang dia cemas ialah melalui jalan dari kelab lumba kuda ke Kinrara GC. Terlalu banyak kereta dijalan itu pada masa 7.00 ke 8.00. Ialah orang gi kerja. Kira nya itu kelohan orang Seremban keseluruhannya. Dulu saya pun mengeluh sama, kerana ikut jalan yang sama, tapi sekarang dah tahu jalan lain melalui Jalan Gasing, Jln Kelang Lama, masuk Rumah Keluarga Kem Kinrara dan terus ke kelab. Sampai dalam 20 minit je.
Dikelab kelihatan kawan kawan biasa. Yang tak kelihatan ialah Panglima Handicap, Dato Amin. Saya maklum dia berada diSarawak. Tertanya juga dalam hati apa dia buat disana. Teringat lak penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak berlaku pada masa yang sama. Dia jadi calon kote. Tak heran, kerana selepas bersara dia digelar Spiritual Leader of the Royal Ranger Regiment. Macam Maharishi lah ni. Nampak juga kawan yang tak pernah menyertai kita saperti Dato Rozi dan Dato Jeff Mohammed. Rupanya mereka ada kumpulan lain dinamakan SetiaLawan. Jemput juga supaya mereka menyertai kita. Kata mereka lain kali lak. OK. No problemo.Nampak juga DNA yang semenjak pulang dari Mekah tak dapat menyertai permainan mingguan kita oleh sebab batuk. Dengar juga batuk sikit sikit, tapi kelihatan dah lebih sehat dan bagitu Gumbira bersama kawan semula. Welcome Back dato. Semasa sarapan ada kelam kabu sikit. Yang kita order memakan masa sikit. Kurang kaki tangan. Saya Nampak yang ambik order tu juga menyiapkan hidangan. Ni kira masaalah penyatuan. Anyway, sarapan bayar sendiri.
Tee off patutnya di Lubang 1 dan 10, tapi ada juga yang patut tee off di Lubang 1 berada diLubang 10. Mengikut mereka Marsyal suruh ke Lubang 10 sebab ramai sangat golfers di Lubang 1. Ada kumpulan lain turut bermain.Kita pun tee off. Cuaca mula mula redup. Lama kelamaan terasa pancaran matahari. Saya pakai baju SGC hadiah DNA. Warna hitam. Memang lah lebih terasa hangat nya. Towel tertinggal dalam kereta. Kesat peluh dengan tapak tangan lah. Flight kami terdiri dari RHM, MJHim, saya dan Kol Dol Ngajis. Handicap 22, 24, 24 dan 3. Tak de partnership. Kami bertiga lawan Dol sorang. Yang terok nya dia, dia kena bagi kami stroke kesemua lubang. Dia handicap 3, dalam tekanan dari kami pun, boleh dia menyanyi. Nyanyian gementar, kote lah. Tak mudah nak kalahkan dia, tapi akhir nya dia kalah total 6 biji bola. Dulu di Sri Selangor kami ada lawan Dato Daud. Tiga lawan satu juga. Kalau tak silap dia menang. Ini cara nya agak nya untuk kami handicap tinggi ada chan untuk menang 3-1-1.
Selesai bermain kita keBilik Kinrara 1. Makan tengah hari dah siap. Jamuan kali ni di taja oleh Dato Daud Ariffin yang menang bulls eya pada 30 Mar lalu di Bangi GR. Dengar dia dapat RM 700. Baik juga lah dia menderma RM 300 untuk kawan kawan.
Seterusnya acara pembahgian hadiah dikendalikan oleh Ramli Kinta. Pemenang pemenang pada hari adalah saperti dipamirkan:
Champion kali ialah Tan Sri Nik Ismail Dulu dia bermain handicap 9 sekarang dah main 10 lak. Wah makin tambah elok lak dia. 3 under. Deputy Champion Kol Raja Abdullah, pun dapat net 69. Kalah kat OCB. Dia handicap 11. Sama standard nampaknya. Champion A Medal ialah D Roslan.
Ingatkan Dato Roslan Hanafiah, rupanya pengganti pemain yang tak dapat hadir hari tu. Nama Roslan jugak. Mengikut cerita, walau pun bertubuh kecil, pukulan nya boleh sampai 250 meter. Memang gagah orang nya. Anyway, Welcome Saudara Roslan. Datang bermain dengan Setiakawan lepas ni.
Dalam flight saya selain dari saya, yang tiga lagi semua dapat hadiah. Well done Friends. Saya net 76. Dapat telok je. Akan cuba lagi minggu depan. Semasa acara tu juga diumumkan pemenang bulls Eye. Kol Ramli Kinta dan Mej Hafizan. Hadiah kena share. Berapa tak pasti lak saya. Well Done to both.
Selesai acara pemberian hadiah, jawatankuasa berjumpa untuk membincangkan berkenaan SENAT 4/2011. Mengikut cerita terkini, tarikh yang kita pilih, IKEM telah ditugaskan mengelolakan seminar yang agak besar bagi Tentera Darat. Ini juga bermakna bahawa bilik bilik yang kita harap dapat digunakan untuk Setiakawan, sekarang ni terpaksa di gunakan oleh mereka. Beberapa cadangan telah diunjurkan termasuk menukar tarikh dan juga menukar venue. Setelah berbincang jawatankuasa telah memutuskan supaya kita teruskan bertanding di Palm Villa Golf Resort di Pulaijaya, Johor.
Cuma kita perlu diaturkan penginapan di condo di golf resort disitu. Harganya selepas diconggak, juga berpatutan. Ini akan diputuskan setelah kumpulan tinjauan kesana sekali lagi pada 11/12 Apr ni. Tarikh yang members telah ‘block-off’ untuk pertandingan SENAT 4/2011 pada 2 hingga 4 Mei tu masih kekal. Jangan buat rancangan lain lak. Mari kita bersama bertanding untuk merebut piala SENAT dari Dato Malek Shahar.
Salam.
Setiakawan Akan Meninjau Ke Pulaijaya Sekali Lagi.
Hi Guys,
ReplyDeleteWell done the winners. It looks like Tan Sri Nik is back. I was away in sarawak spending time in kuching and sibu catching up on old friends. I would be very grateful if somebody could send me the full results of the above game. Hope to see you guys this coming wednesday. Cheers.
Amin
Salam kawan kawan semua
ReplyDeleteSaya sangat ridu dgn kawan SETIAKAWAN sebab dah 6 minggu tak dapat bermain. Banyak sangat halangan. Rabu ni pun tak dapat main..jadi 7 minggu berturut turut tak hayun kayu golf. Macam ni susah lah Dato Amin nak naikkan hcap saya.
Insyaallah saya akan bermain dalam SENAT bulan Mei nanti..kalau tak ada aral lagi le.
Salam rindu dari saya