Berita awal, bermain di Bukit Kemuning sekali lagi. Atas desakan beberapa members. Tapi tak jadi. So, kali ni kita ke Nilai Springs GCC lak. Dah lama tak kesini. Subuh tu hujan. Terlintas dalam hati, kot kot Washout. Tapi pengalaman membuktikan bila hujan dirumah tak bermakna hujan di Golf Course. Tak jadi nak tarik gebar dan sambung tidur. Sampai dikelab masih gerimis. Lepas daftar, salam salam dan sembang sembang sikit, hujan dah reda.
Bergerak kita keTempat Buggy. Kali ni 10 flight. Wah 40 orang Setiakawan bermain pada hari tu. Kita ni mempunyai ‘purchasing power’ yang tinggi. Tertanya juga mengapa sampai bagitu ramai. Of course dipercayai members kita memang seronok bersama tiap tiap minggu. Lain pada tu? Kemungkinan:
a. Tanggal 27. Pencen masuk 21.
b. Nilai Springs satu dari kegemaran kita.
c. Buggy boleh atas fairway. Orang lama lah kira nya.
d. Kedudukan perantaraan KL dan Seromban. Travelling time kira sama dari kedua dua tempat.
e. Ada caddy dengan harga berpatutan.
Saya flight nombor 1. Dengan Dato K (13), Golf Captain DNA (14), MJHim (24) dan saya 24 juga. Kira nya even. Saya partner DNA. First Nine kalah 3 bola. Kita double. Memang 3 bola. Oleh sebab rate berbeza ada gain lah. Tapi MJHim tu memang terra. Nengok keputusan dia dapat nombor 3 B Medal dengan net 73. Tapi bila bermain sesame kawan, seronok.
Ada keakraban walau pun terkena juga sindiran sindiran nya. Ialah bila ‘you are on the roll’ apa saje jadi.
Selesai bermain kita ke Restoran Q Thai Avenue Restaurant.
Ada juga penerangan nak kesana oleh Convenor. Sampai dikawasan tu cari juga nama Q Thai Avenue tapi nak nampak. Mujur Nampak RHM. Ikut je langkah dia. Rupanya Attap Attap. Q Avenue pun ada juga. Bersebelahan tapi bawah satu pengurusan. Masuk je, makanan disediakan untuk 4 orang satu hiding.
Lauk disediakan dalam foil. Lauk yang kita dapat lala, sotong dan ikan. Ada telur dadar sekali. Saya kira memadai dan makanan nya sedap. Tempat punselesa berhawa dingin. Boleh datang lagi.
Selesai makan, Kol Mutalib mengambil aleh untuk pembahgian hadiah.
Sebagai jurukira dia mengambil kesempatan untuk mengingatkan members supaya:
a. Tentukan score card yang diserah mengandungi nama pemain ditulis dengan terang.
b. Tentukan score yang dicatat telah dikira termasuk menolak handicap. Kira net score telah dikira.
c. Score dicatat mengikut nine yang dimain.
Ada juga lah yang terkena oleh ‘observation’ nya. Baik nya semua ini diterima dengan baik dan dengan gelak ketawa.Dimenjemput Dato Khalid Saad untuk menyampaikan hadiah. Keputusan adalah saperti dipamirkan.
Selesai pembahgian hadiah, jawatankuasa bersidang.
Perkara yang dibincang tertumpu kepada SENAT 4/2011 diKulaijaya, SIM diHo Chi Minh City dan SIM diBandung.Tumpuan banyak diberi kepada SENAT sebab tarikh nya hampir.
Dingatkan bahawa tarikh SENAT 4/2011 akan berlangsung mulai 2 hingga 4 Mei 2011. Tanggal 2 Mei mendaftar, main golf pada 3 & 4. Pembahgian hadiah pada 4 Mei 2011 semasa makan tengah hari. Selesai upacara itu kita akan pulang. Untuk makluman lengkap bagi kedua dua SIM, akan saya ceritakan tak lama lagi. Sabar dulu.
Salam.
Setiakawan Ke Kulaijaya Lak.
Hi Kawan-Kawan Skawan Golf,
ReplyDeleteSaya GUMbira melihat sambutan minggu ini, seramai 10 flight ahli turun padang, satu-satu nya rekod!
Congratulations to Tan Sri Nik Ismail for becoming the "weekly champion"..... again?
I always enjoy the "skawan atmosphere" during skawan golf outing, at golf tarrace, playing golf and lunch. This week, I left my house with
"kaki kanan" after a lengthy "wirid subuh"
and it paid off! Nescafe tarik at golf tarrace, 100 plus + tasty curry-puff at half-way hut all generously, consecutively sponsored by Dato Salleh and my golf partner, John Hamzah. So this week, it was cheap outing... we won the double for 2nd nine and I just needed to tip the caddie!
I suport the proposal for future games requirement for every flight to submit only one FULLY COMPLETED score card with legible players' names, their handicaps, gross and net scores. This will definitely help the recorder to speed up our scores.
See you guys at SENAT 4/2011 at Kulaijaya, insyaAllah.
DNA