Friday, April 22, 2011

PERMAINAN GOLF MINGGUAN SETIAKAWAN DIBUKIT KEMUNING GOLF & COUNTRY RESORT PADA 20 APRIL 2011

Minggu ini kita bermain di Bukit Kemuning lak. Bila menerima SMS RHM memaklumkan venue kita, pada mulanya saya ingat kena memandu jauh. Itu rupanya Bukit Beruntung. Bukit Kemuning ni tempat Mahfar Hashim. Last kita main kat sini ialah pada 09 Jun 2010. 10 bulan lalu. Mengikut RHM pada petang 19 Apr, ‘we got 7 full flights’. 28 pemain. Nampaknya kebelakangan ni 7 flights atau 28 pemain menjadi kelaziman. Ditempat yang sama tahun lepas 8 flight. Memang lah jauh bagi members kita dari Selatan dari KL. Tambahan pula jalan ke Bukit Kemuning melalui KESAS Highway memang sibuk walau pun pada pagi hari. Ini disebabkan banyak gudang dikawasan ini. Banyak lah pekerja nya. Jalan ni juga menyambung KL ke Klang.
Kadar bayaran ialah RM 115 bagi Senior Golfer. Makan Tengah Hari termasuk. Jadi sarapan pagi kena bayar sendiri. Caddy pun tanggung sendiri. RM 38 untuk 18 lubang.

Saya digandingkan dengan Dato Nor Azman , Dato Mokhtar Parman dan Dato Ghani (Presidente). OK tu, 14,14,24 dan 24. Ini kira satu penghormatan, dapat main dengan handicap rendah. Pilihan partner melalui baling bola. Saya partner Dato Mokhtar. Lain nengok orang 14 ni main.
Bola mereka kelaziman nya jauh, lurus dan tepat. Par 4, 2 on.







Putting untuk birdie. Par 5, 3 on, putting for birdie juga. Kita 24

kiranya terkial kial. Ndak juga menyaingi mereka, tapi oleh kerana mencuba terlalu kuat, berterabur lah bola pegi. DiLubang 5 Par 4, 364 meter, menjadi lubang jinx saya. Saya memaklumkan Dato Mokhtar bahawa tiap tiap kali saya bermain dilubang ni, bola saya geranti masuk air. Everytime. Kali ni tidak. Selamat. Tuah company ni. Saya dapat double bogey 6. OK lah tu.
Keadaan cuaca tenang. Tak terlalu panas tapi tak de angin langsung. Selesai bermain memang lah keletihan. Air bergelen gelen diminum.
Makan disediakan di Function Room 1.










Bagus nya bilik ni ada aircond dan ada privacy. Ada yang makan dan mandi lepas tu dan ada yang mandi dulu baru makan. Makan secara ‘buffet’ ni lebih mudah. Staf menentukan makanan cukup. Tak lah timbul kekurangan makanan. It’s a good arrangement.
Selesai makan kita adakan acara pembahgian hadiah. Melihatkan kehadiran saya kira tinggal 18 orang je. Last time ada 15 orang tinggal dari 32. Kali ni 18 dari 28. 64 % kehariran dibezakan dengan dulu 47 %. Kira nya ada improvement, tapi lebih elok kalau ada 100% kehadiran.
Kol Mutalib mengambil alih tugas jurucara

kerana Ramli Kinta berada diMekah menunaikan Umrah. Sebagai perbandingan saya pamirkan keputusan pada 09 Jun 2010 diikuti dengan keputusan kita pada 20 Apr 2011. Cuba nengok.


Ada tambah baik ke atau lebih teruk.









Saya dapat nombor 3 B Medal dengan net 72. Oleh sebab tak tangkap gambar saya letakkan gambar semasa saya dapat nombor 4 semasa outings kita 09 Jun 2010.
Jadilah.
Selesai acara Jawatankuasa bersidang. Perkara pokok ialah perbincangan untuk fine-tune SENAT 4/2011 diPalm Villa Golf & Country Resort.






Hasil perbincangan dan keputusan serta pelaksanaan akan dimaklumkan diposting akan datang.Sementara tu members boleh merujuk kepada SMS RHM yang dikirim pada petang 20 Apr 2011.
Salam.
Setiakawan Ada Satu Kali lagi Latihan Pada 27 Apr Sabelum SENAT 4/2011.

No comments:

Post a Comment