Friday, July 2, 2010

SETIAKAWAN STABLEFORD TROPHY –SESTRO DI TASIK PUTERI GOLF AND COUNTRY CLUB PADA 30 JUNE 2010


Pertandingan ini memang lama dah dinanti nantikan oleh members sekelian. Kita dah menyebutnya beberapa kali. Piala nya telah diserah oleh Tan Sri Nik Ismail semasa kita adakan Weekly Outings kita di Bukit Unggul Golf Club pada 28 April2010 dulu. Selepas itu yang perlu ialah menetapkan tarikh, gelanggang nya dan diikuti oleh organisasinya. Semenjak 2 minggu lepas memang lah sibuk. Sibuk tu oleh RHM lah yang tak putus putus menghantar SMS. Pertama nya memaklumkan tempat dan tarikh. Diikuti oleh kos nya. Setelah tu dia kena berbincang dengan pihak pengurusan kelab. Dicelah celah tu kena kemaskinikan Presidente, Golf Captain ( dia panggil CO) dan juga Jawatankuasa pulak. Jadi tak putus putus penglibatan RHM kepada SetiakawanGolf.
SMS nya pada 25 June 10 berbunyi ‘ Ref SESTRO # We are about to finalise with Tasik Puteri and YOU are part of the Contract. Sekiranya ada withdrawal after 27/06, we need you to absorb the penalty, please. Rgds. RHM.”
Setibanya saya di Tasik Puteri GCC, selepas meninggalkan beg diBag Drop, pegi park kereta. Bahagian bawah di larang letak jadi kena keatas. Itu pun penuh. Kena setingkat lagi. Jumpa squad saya MJHim dan member Dato Shafie. Dalam perjalanan keTPGCC saya ada berhubung dengan Dato Hashim dan kita secara berseloroh telah menyatakan bahawa masing masing lah yang mempunyai harapan tercerah untuk menjadi juara pada hari tu. Gurau itu berterusan sehingga keclubhouse.
Dalam perjalanan keclubhouse ternampak buggy telah disusun, 2 sebaris. Impressive.
DiFoyer clubhouse terdapat sebuah meja untuk pendaftaran. Kelihatan RHM dan Kol Mutalib dibantu oleh staf TPGCC mengendalikan nya.
Proses cepat sikit kerana tak perlu kutip yuran, cuma wang ‘Bulls’ Eye’. RM10. Dimeja tu kita terima score card dan nombor yang perlu dilekatkan dibag golf kita.





Di papan kenyataan pula kelihatan senarai flight dan nombor buggy kita, serta lubang nombor berapa kita patut tee off . Oleh sebab shotgun start, kita perlu ke lubang kita mula sabelum masa tee off. DiGolfers’ Terrace pula kelihatan papan tanda menyatakan ‘ Khas untuk SETIAKAWAN Friendly Golf’. Setiakawan Friendly lak. Ini pertandingan, bukan friendly. Its anything but friendly. Diruang sarapan tersedia breakfast kita. Nasi lemak dengan kari ayam, sambal tumis, telur, timun, ikan bilis dan kacang. Air fresh orange dan kopi panas pun ada. Yang saya tertarik ialah nasi tu memang lemak, sedap rasa nya. Mungkin santan lebih ke atau daun serai lebih ke. Tak lah tahu. Sarapan sederhana kira nya cukup untuk

mengalas perut. Kena cepat kerana tee off jam 0815.

Flight saya terdiri dari Dato Khalid Saad, Dato Isa Hassan, Dato Ramli Harun dan saya. Semua squad. Macam return match dari pertandingan diBeijing pada 16 Jun dulu.

Kita patut tee off dari lubang 6 1st nine. Disana kami tunggu siren baru boleh mula. Jam 0815 masih belum bunyi. Akhirnya jam 0825 baru bunyi. Mula lah terdengar ’whoosh’ ( bunyi club dihayun) dan ’pakk’ (club mengena bola) dari 8 lubang 1st nine. Celah celah tu terdengar juga’Alamak’,’Way to Go’, ‘Jump left’, ’Jump Right’, ’OK ke?’ SESTRO 2010 telah bermula. Inaugural game. Yang pertama bagi SETIAKAWANGOLF.Kesemua nya 15 flight. 60 orang termasuk 4 orang tetamu. Kita telah dikhaskan bermain di1st Nine (Putera) dan 2nd Nine (Puteri).
Memang yang kita mengharapkan. Kira nya riuh di Tasik Puteri pada hari tu. Maklumlah terdapat seramai 60 orang diatas padang serentak. Bagus nya bermain serentak ni ialah kita akan habis lebih kurang pada masa yang sama. Seronok berkawan sebab antara flight boleh bertegur sapa. Ada juga yang mengusik. Ini lebih kurang macam psyops (perang saraf). Kalau berkesan akibat nya permainan pun terjejas. Kami main sixes. Tiap tiap 6 lubang tukar partner. Seronok dan secara umum nya adil. Berpeluang partner dengan yang bermain baik dan yang tak baik. Sedutan gambaran dipamirkan.
Kami selesai jam 12.30. Hampir kesemua members dah selesai. Setelah bermandi dan makeup (mana tahu dapat hadiah – kenalah smart) kita menuju keDewan

Makan yang telah pun diatur untuk lunch dan acara penyampaian hadiah. Hidangan terdidri dari mee hoon goring, nasi goring dan kari ayam. Buah buahan temikai dan betek. Air sirap dan air kopi.










Selesai makan tiba masanya untuk Majlis Penyampaian Hadiah. Dato Presidente telah dijemput untuk berucap.




Antara lain beliau menyebut tentang penghargaan nya diatas kehadiran members yang bagitu ramai memberi sambutan. Terima kasih nya juga kepada tetamu yang bersekali kami pada hari itu. Beliau juga memberi penghargaan kepada pihak penganjur khususnya Raden Hamzah Massod (RHM) yang telah berusaha tanpa mengira masa dan tenaga untuk menjayakan susunan pertandingan pada hari itu. Tak lupa juga terima kasih nya kapada Dato Nawi Alias (DNA), Kol Mutalib dan Kol Ramli Kinta.
Pemberian hadiah dimulakan dengan pemenang novelti saperti berikut:









Berikutnya pemenang ball sweep untuk 1st dan 2nd nine.

Semasa pertandingan Setiakawan International Masters diPerth pada 6 hingga 11 Mei tahun ini Dato Hashim Yahaya telah memenangi pertandingan itu. Piala nya telah diserah kepada nya tanpa miniature. Piala Pertandingan diserah balik kepada Urusetia tapi miniature boleh simpan sebagai tanda pencapaian. Setiakawan mengambil kesempatan untuk menyerahkan nya pada hari itu. Tahniah Squad.

Akhir sekali ialah penyerahan hadiah kepada pemenang pemenang pada hari itu saperti dipamirkan dibawah:









































Kalau menengokkan score, Dato Hashim Yahaya mendapat 40 points tapi ada 3 orang lagi mendapat 39 point termasuk Tan Sri Nik Ismail (penaja piala SESTRO). Dia tarik berek kote. Terdapat 3 pemain dengan 38 point, 2 pemain dapat 37 point, 3 pemain 36 point dan 3 dapat 35 point. Wah 3 one over, 3 par golf dan yang lain under. Hebat Setiakawan. Well Done All.

Majlis selesai pada jam 2.30 petang dengan ucapan terima kasih oleh penganjur dan juga members yang senang dengan pertandingan yang dijalankan dengan baik dan teratur. Seterusnya AJK berjumpa untuk mengadakan ‘postmortem’ dan perancangan berikutnya.

Salam

Kita berjumpa diWeekly Outings kita pada 7 Julai 2010.



3 comments:

  1. HI Skawan Gang,

    Skawan Golf mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Gen Tan Sri Nik Ismail Nik Mohamed (Rtd)kerana telah sudi menyumbang piala pusingan dan juga hadiah-hadiah untuk pertandingan SETIAKAWAN GOLF STABLEFORD TROPHY (SESTRO). Lagi ramai ahli menyumbang bertambah meriah lah Setiakawan Golf Group.

    Terima kasih dan syabas kepada RHM dan jawatankuasa yang telah bersusah payah mengorbankan masa, fikiran dan tenaga untuk menjayakan pertandingan SESTRO. Saya GUMbira melihat sambutan yang begitu mengKAGUMKAN.

    Tahniah kepada MJHim kerana telah berjaya menjadi JOHAN SESTRO tahun ini. Jangan peduli berapa handicap, kalau boleh bertahan bermain bagus di hari pertandingan menanglah kite!

    MJHim ni mesti ada rahsia besar kerana dalam pertandingan SIM Trophy diluar negara negara (Perth) awal bulan Oktober, beliau juga menjadi Johan dengan score yang mengkagumkan!
    Saya amat GUMbira melihat kecemerlangan golf MJHim, mungkin sekarang saya boleh bergabung balik dengan beliau untuk mengembalikan maruah yang telah dirampas oleh pasukan pencabar seperti Tim DAS/Affendi.

    Dalam pertandingan kali ini saya betul-betul tercabar kerana telah digandingkan dengan 3 kawan, Sadat 9, Dato Zainal 14 dan Asmadi 14 yang semuanya muda-muda dan handal. Sadat telah menggantikan Kapt Yahaya 14, yang telah "gugur sebelum perang", bermain begitu hebat dengan 5 over gross sehingga lubang ke 16. Lubang 16, 17 dan 18 beliau kena pressure sikit dan bermain 4 over menjadi jumah 9 over dan masih mendapat 36 mata... handal orang muda ni!

    Kerana cabaran, saya bermain mantap sekali dengan mendapat 1 burdie, 7 par dan stableford score 38, tempat nombor 5 (RM 60) dalam pertandingan...cukup makanlah. Hadiah tambahan, menang 1st place ball sweep 2nd nine dalam pertandingan dan mendapat RM 40 daripada kawan-kawan dalam flight merupakan satu rezeki yang lumayan!

    Kita jumpa lagi hari Rabu 7 Jul, InsyaAllah. Dimana? RHM mungkin mahu pertimbangkan Nilai Spring GC kerana lama tak kesana!

    DNA

    ReplyDelete
  2. Kawan2 sekelian,

    Pertama sekali kenalah ucap setinggi2 tahniah kpd MJHim yg telah menjadi johan SESTRO. Saya kagum dgn sqd saya ni sebab kebolehan beliau memenangi 2 pertandingan setakat ini. Apa agaknya rahsia atau ilmu yg dia guna. Saya takut nak main dgn dia ni. Dah le main bagus, pukul jauh, dapat lak 11 stroke. Memang kalah la saya.

    Hari tu saya bermain so so aje. Dapat score 35 point. Lubang pertama hancus...tak ada point. tu yg main satu over. Tapi kalau dapat satu atau 2 point lagi pun tetap tak boleh jadi johan.

    Dari awal saya memang tidak menaruh apa2 harapan untuk menang. Jadi saya concentrate dgn flight saya yg terdiri dari member sqd 12...John Hamzah, John Ramli, Isa Hassan dan saya. Kami main sixes dan cut throat keliling. Lumayan gak le pendapatan saya hari tu. Selain dpd itu saya dapat juga hadiah nearest to pin...hampir2 dapat ace...satu kepuasan macam syok sendiri lah kiranya. Nasib baik MJHim tak main dlm flt kami. Kalau tidak kurang lah income saya.

    saya tunggu permainan minggu depan

    ReplyDelete
  3. Sahabat Setikawan sekalian,

    Alhamdulillah saya bersyukur kerana telah ditakdir menang lagi Trophy SESTRO pulak selepas menang SIM dulu.Rupanya jaguh kampong juga bukanlah international saja.Tan Sri Hashim kata 'you dah GLOKAL..(global dan local)

    Sebenarnya memenangi kedua dua trophy ini adalah kerana kombinasi nasib dan skill,banyak nasib daripada skill bagi handikap tinggi macam saya ni.Mujurlah hcap masih tinggi kalau tidak tak menang jugalah.

    Saya berterima kasih kepada kawan kawan sekalian terutamanya Raden,Dato Malik Sahar dan John kerana sentiasa memberi cabaran dan dan perangsang kepada saya untuk bermain dengan lebih baik.Kepada mereka ini the next time you play with me tak payah bagi stroke lah..he..he

    Saya mengambil kesempatan disini mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Tan Sri Nik Ismail kerana telah sudi menyumbang bukan saja trophy tapi juga putter yang cun melecun tu.Minggu depan tentu sekali saya akan pakai putter yang baru ni;munkin Hj Rahim left hander ingin mengesahkan hcap saya.

    Saya juga nak ucap terima kasih kepada members flight saya yang semuanya cool iaitu TS Hashim,Dato Johar dan Dato Malik Sahar tapi orang Tepeng ni dia ada resah sikit sebab hari tu saya dan dia ada kira kira side sikit.Maap Dato gurau je.Semua mereka tak kacau konsentrasi saya hence contributed to my success.

    Salam hormat dari saya
    MJHim

    ReplyDelete