Saturday, July 3, 2010

CHAMPION INAUGURAL SETIAKAWAN STABLEFORD TROPHY PADA 30 JUNE 2010

Juara Stableford Trophy atau dengan ringkas dikenali sebagai SESTRO telah dimenangi oleh Dato Hashim Yahaya (MJHim). Dia telah memenangi nya dengan mencapai stableford score sebanyak 40. Kalau stroke play, itu ialah 4 under. Wah terra squad saya ni.
Bukan itu saje, dia juga telah memenangi Piala Setiakawan International Masters (SIM) yang telah diadakan diPerth Australia pada 6 hingga 10 Mei 2010. Dua kejohanan berturut turut. Memang handal, memang terra kalau boleh cuba menang lagi (didendangkan dengan lagu ‘Nasi Goreng’ oleh P Ramlee).
Semasa menerima trophy SESTRO MJHim juga menerima miniature yang dibagi sekali dengan piala pusingan tu. Miniature itu ialah untuk simpanan nya. Dia juga telah menerima satu lagi miniature, iaitu bagi kemenangan nya semasa diSIM Perth tempoh hari. Pada hari tu MJHim telah menerima 3 trophy. Bersekali itu dia juga dihadiahkan satu putter ‚Odyssey’. Wah banyak dia terima pada hari tu.
Syabas kepada Sahabat saya dan juga Sahabat Setiakawan.
Dia pemenang yang cocok – kiranya a deserving winner.
Saya akur dia berlatih bersungguh sungguh untuk pertandingan ini.
Well Done. Bravo Zulu Squad.

Salam

Setiakawan Akan Cuba Merampas Trophy ini dari Juara Nya.

1 comment:

  1. Hi Skawan Gang,

    Saya turut gumbira melihat kawan kita, MJHim, seronok dan tersenyum dengan piala pusingan dan hadiah-hadiah yang dimenangi semasa pertandingan SESTRO hari Rabu lalu.

    Lagi sekali tahniah MJHim. Kalau tak mahu pakai putter Oddyssey tu bolehlah jual kepada orang yang mahu beli dengan sedikit diskaun!

    DNA

    ReplyDelete