Sorry. Cerita dah bertulis tapi hilang dalam Drive D lak. Sedang mencari.


Ura ura nak bermain di SIGC ni dah lama juga saya dengar. Yang kerap menyebut ni ialah dari members kelab ni. Kerap juga kita dengar pertarungan hujung minggu yang selalu nya disertai oleh MJHim, Dato K ( Dato Khalid Saad), Dato Khairuddin dan Kol Arham, Celah celah tu dengar nama Hj Mubin disebut. MJHim bila menjemput tamu nya termasuk saya ajak kami keSIGC. Bukan tak ndak tapi rasa jauh lah nak memandu keSeremban pada pagi Ahad. Bagitu juga tentang ura ura nak main diSIGC ni.
Pada pagi 21 tu terpaksa berlepas awal sikt. 0645 hrs. Tengah jalan hujan renyai sikit. Panggil lah MJHim dalam jam 0730. Ingat dia dah kat kelab. Bertanyalah saya. Dia sebut disebelah tee box. Tanya punya tanya rupanya masih atas katil. Ialah course sebelah rumah. Tak sampai 5 minit. Terasa kehangatan ranjang dan diselimut dengan comforter lak. Tapi golf punya pasal sanggup mengharungi segala rintangan dan cabaran. Sabelum tu, Dr Khalil ada bertanya dalam blog arah keSIGC. Saya telah mencadangkan kalau takde respon dari orang Soromban, pegi ke ‚find directions’ dari google map yang terdapat disebelah posting kita. Kemudian nya dia menjawab dah OK kerana dapat tahu dari RK.
Sampai dikelab, dah ramai juga yang ada. Kira nya members kelab tu saperti Dato K, Dato Khairuddin, MJHim dan Kol Arham jadi host lah.
Kita tee off di Lubang 1.
DiLubang 11, selepas tee off, dia terjumpa seekor anak burung merbok diatas golf bag nya. Nengok bulu macam baru belajar terbang. Ni kira ada ong ni. Tapi bukan ong di golf course, Ong lain kote. Baru aje dianugerah Tan Sri. Tak kan nak dapat Tun kote? Anyway. Flight kami semua nya mencecah nett 80 keatas. Rupanya pada hari tu takde yang main under pun. Memang tough SIGC ni.
Setelah selesai bermain, dengan peta yang dibekalkan kami pun bergerak ke Kediaman Kol Arham. Di Taman Dato Shahbandar. Saya, DNA dan Kol Mutalib menumpang MJHim. Sebenar nya dia yang ‚insist’ kita ikut dia supaya tak sesat. Memang dia ni saorang gracious host. Dah lah belanja sarapan tadi, ni jadi chauffeur lak. Rumah Kol Arham sebuah rumah yang telah diubahsuai. Besar jadinya. Tempat parkir, boleh masuk 2 kenderaan termasuk sebuah lori.
RK mengambil alih. Dia ada membuat pengumuman tapi saya tak ingat. Mungkin dia boleh menjelaskan dalam kolum ‘Comments’ lepas ni. Pemenang kita pada hari tu adalah saperti dipamirkan dibawah:
Kita selesai dalam jam 3.30 petang. Berangkat lah kami pulang. Saya ditunjuk jalan keKL melalui LEKAS highway. Masuk dari Paroi Jaya dan keluar diLebuhraya Persekutuan di Mid Valley melalui Cheras. Cepat. Dalam RM 7.00 je. Perjalanan licin dan cepat.
Bagi pihak SetiakawanGolf, saya mengucapkan Terima Kasih kepada Kol Hj Arham
Salam.
Setiakawan Menunggu Dijemput Ke SIGC lagi.
Kawan kawan sekelian,
ReplyDeleteSungguhpun John belum keluarkan cerita dia, biarlah saya buat komen dulu.
Melihat dari keputusan pertandingan, nampaknya semuanya hancus. TSHM yg jadi champion overall pun main one over. Namun tahniah Tan Sri..orang nogori jadi johan. Kali ni Dato Amin jadi johan A medal...well done panglima hcap. MJHim lak jadi johan B medal..tak malu lah member SIGC. DNA pun dapat duit nampaknya dan John jugak. baguslah tu.
Ada sebab score tak bagus...banyak lobang masih guna Negri Masters punya T box. Jadi some of the holes were terribly long. Dah la tu padang lak basah sobab hujan suboh tu. Biasanya kalau nak dapat 6/7 par tu tak jadi masalah kat saya. Tapi semalam hanya mampu dapat 3 par je.
Tak apa lah..minggu deapan kiat main kat Chiang Mai.
Hi Skawan Gang,
ReplyDeleteI don't care too much about my golf score as long as all playing Skawan members could enjoy a good lunch with the courtesy of Kol and Mrs. Arham at their residence. Col and Mrs Arham, thank you for being gracious hosts and we really enjoyed the special home cooking. Semoga bertambah lah lagi rezeki, insyaAllah.
Congratulations to TSHM for emerging the overall champion. Nampaknya bumi Seremban sangat kenal siapa Anak Negeri Sembilan!
Siapa kata Seremban jauh? Tiada tempat jauh bila pergi untuk bermain golf dan hujan atau panas tidak sampai kepadang golf! Surabaya, Jakarta, Chiang Mai dan Perth dekat sahaja. Apatah lagi, Melaka, Sungai Petani, Ipoh, Tasik Puteri dan Lembah Beringin!
Saya tak nak komen SIGC... saya tahu semuanya merana termasuklah hero-hero seperti Rustam dan Dol Ngajis! Saya bermain dengan Dato Amin dan Dr. Khalil tanpa Hj. Jamaluddin yang tidak dapat hadir kerana masalah "sakit perut"?? Aduuh....T-box semua kebelakang, agaknya jika kita datang ke SIGC tahun hadapan, semua T-box akan di jauhkan kebelakang lagi, mungkin diatas jambatan dan bumbung rumah-rumah!
Minggu depan seramai 14 ahli Skawan termasuk saya tentu sekali akan merasa rindu semua kawan-kawan Setiakawan di Tanah Air memandangkan kita akan berhijrah ke Chiang Mai kerana terpaksa menyambut seruan padang-padang golf disana termasuk MaeJo GC, Highlands GCC, Alpine Golf Club dan Doi Inathahan GC. InsyaAllah, apabila selesai hari keempat di Chiang Mai nanti, saya akan catatkan rekod bermain golf 8 ( lapan ) hari, bersamaan 144 lubang dalam tempoh 10 hari! ( 23 Jul dan 26 Jul berehat )
Salaam kepada semua.
DNA
Dato Nawi Sir,
ReplyDeleteOrang NS kata "goli hati den" bila Dato kata tahun depan t box akan dipanjangkan lagi sampai jambatan atau bumbung. He he. SIGC dah tak ada tanah lagi nak kasi panjang lobang yg dah sedia ada. Dato kan dah biasa main kat SIGC. Selalu tak le susah macam hari rabu dulu. Memang nasib Setiakawan kurang baik...SIGC baru je selesai mengadakan Negri Masters. Tak ada masalah Dato, we are too happy to host you again at SIGC.
See you at Seri Menanti pagi esok. Saya tak pernah lagi main kat situ. dah banyak kali member ajak tapi sentiasa saya tepis. dengar reputation je dah naik gerun. Saya dah masuk dlm golf bag sedozen bola 2nd hand...harap2 cukup
Salaam Rakan-Rakan Setiakawan.
ReplyDeleteNak tumpang blog Setiakawan untuk ucap berbanyak terima kaseh dan penghargaan yang menggunung kepada beberapa rakan kita Setiakawan kerana sempat menyertai Golf Persahabatan antara Alumni Sekolah saya (Tuanku Muhammad School Kuala Pilah dengan Sekolah Tanjung Ipoh (saya juga sempat sekolah di situ hingga darjah 6) yang diadakan di Kelab Golf DiRaja Seri Menanti, Kuala Pilah pagi semalam (24/7/2010). Saya sangat menyanjung tinggi diatas kesediaan dan pengorbanan mereka sedia bermain dan bertarung di sebuah Kelab Golf yang agak nya lebih sesuai bagi low handicappers who want to test their accuracy skills and maintain their low handicaps. To those not so low handicappers the course presents another challenge in terms of number of balls lost. Anyway thank you very much once again Gang. I am proud too Setiakwan gang also appear among the major prizewinners.
C u in Chiangmai.
HM