Tuesday, July 6, 2010

OVERALL SETIAKAWANGOLF RANKINGS AKHIR BULAN JUNE 2010

Terawal dari ini saya telah poskan ranking kita untuk bulan June 2010. Mej Rustam juara nya dengan 206 points. Itu untuk bulan June sahaja. Yang penting lagi ialah kedudukan rankings kita untuk keseluruhan nya dari Januari hingga akhir Jun 2010. Point keseluruhan ini lah yang akan menentukan kedudukan kita untuk pertandingan Golfer Of The Year pada akhir tahun nanti.




Perkiraan Panglima Handicap













Kali ini juara keseluruhan akhir bulan Mei Dr Khalil telah dipotong oleh beberapa pencabar. Beliau sekarang dinombor 5. Pendahulu bagi akhir bulan Jun ini ialah squad saya Dato Khalid Saad (DatoK) bersekali
dengan Mej Rustam Ramli, pendahulu bagi bulan Jun. Mereka kedua dua nya memperolehi sebanyak 610 points. Kedudukan nombor 3 bulan lalu Tan Sri Nik Ismail (TSNI) jatuh kenombor 4 lak. Nombor 3 sekarang ialah Kol Mutalib yang dulunya nombor 5. Yang banyak meningkat ialah Mej Rustam yang dulu nya nombor 7 sekarang ni dah nombor 1 lak. Well Done Rustam. Keep it up. DNA walau pun nombor 3 bagi bulan Jun tapi dinombor 8 keseluruhan. Bulan lepas beliau nombor 9 keseluruhan. Dia bertukar tempat dengan Mej Sardon yang dulu nya nombor 8 sekarang nombor 9. RHM bulan lalu nombor 10, sekarang turun satu anak tangga kenombor 11.
Juara juara kita nampaknya tak menyerlah sangat. Yang hangat sekarang MJHim, bulan lalu nombor 31, bulan ini nombor 31 juga. Pi Mai Pi Mai Tang Tu No? Dato Yunus Long juara Annual Championship kita kekal dinombor 23 je. BJ Rahman J President’s Trophy tahun 2009 bulan lalu nombor 36 bulan Jun ni nombor 42 lak. Apa dah jadi Squad. Cuba lagi. Golfer of the Year Ramli Kinta bulan lalu nombor 6 sekarang turun satu kenombor 7. Kalau saudara saudara tak membaiki pencapaian piala piala ditangan akan terlepas ketangan orang nampak nya.
Untuk Member yang lain hayati kedudukan masing masing, buat analisis sendiri untuk memperbaiki kedudukan untuk bulan bulan mendatang.
Salam.


1 comment:

  1. Dato Amin,

    As usual, allow me to extend my most sincere appreciation to you for handling the hcap as well as the the setiakawan standing in a very efficient manner.

    Saya macam tak percaya kedudukan keseluruhan saya begitu tinggi. Tapi setelah dikenang kembali bulan2 dimana saya bermain dgn baik serta dapat mengumpul mata yg banyak, barulah saya percaya. Saya tak pasti berapa lama saya boleh bertahan memandangkan trend permainan saya di kebelakangan ini sungguh jelek sekali.

    Baru pagi tadi kena belasah dgn DNA. Fuuuh hebat sungguh dia. Kami main dgn TSH dan MJHim di RSGC. DNA dapat 6 par dan 2 birdie. Dia ada driver baru yg boleh pukul bola dgn jauh dan lurus. Saya cuba pukul 2 kali...memang sah hebat driver tu. Dah buat tempahan dgn pro shop RSGC.

    Jumpa esok di Nilai Spring

    ReplyDelete