Pada petang 13 Jul saya telah diingatkan oleh RHM bahawa pada 7 Jul dulu kita ada 5 flight dan bukan 4 yang saya ‘war warkan/ dalam blog . Saya mintak maaf kerana silap. Saya kira semua akan dapat point dalam rankings kita. Kali ini diStaffield Country Resort, saya dimaklumkan bahawa walau pun 5 members menarik diri kita masih ada 7 flights. 28 orang pemain. Boleh tahan. Ini termasuk 2 member baru iaitu Mej Abdul Aziz, handicap 12 dan Kapt Nik Roffa, handicap 22. Welcome Geng. Member yang lama tak nampak ialah Kol Yaacob Mahmud, handicap 13. Welcome back Jack. Di Tempat Pendaftaran di Golfers’ Terrace, saya melihat ramai dah ada, sama ada sibuk mendaftar dan membayar atau bersarapan. Kali ni terdapat nasi lemak bungkus. Nampaknya DNA sudah berjaya mempengaruhi pihak pengurusan untuk mengadakan hidangan nasi lemak secara berbungkus dari dihidang dalam pinggan. Lain rasa nya apabila dibungkus dengan daun pisang. Kalau kita nengok Channel Asian Food Channel di saluran 703, nasi lemak bungkus ialah satu tanda ‘packaging untuk makanan Asia’.
Melihat ke Flight List saya digandingkan dengan penaung kita TSHM (18), Dato Presidente (24), Kol Mutalib (16) dan saya (24). Nampaknya handicap 24 ni makin menjadi ‘a rare commodity’ lak. Hari tu, ada 2 orang je. Saya dan Dato Presidente. Bila member mengejek tentang saya lama sangat di 24, saya selalu mengatakan nak temankan president.
Tercari cari juga caddy yang dah ditempah. Apabila kita dah tempah, yang kita takut ialah diambil orang. Terutamanya apabila ramai golfers pada hari tu. Jumpa juga. Rupanya pada package kita yang berharga RM 110, tidak termasuk sarapan dan caddy. Kita pun bermula di Northern Nine. 3197 meter. Baling bola. Saya partner dengan TSHM. OK tu sebab dia Mr Cool. Cuaca elok. Lubang 1 sejauh 375 meter Par 4.Tee off saya kekanan sikit, dalam rough. Ingat senang keluar, rupanya bola tertenggek tapi rumput tebal. Pukul kedalam, bola tak bergerak lah. 5 on dan 3 putt. Double par you. Berat. Takkan nak beri alas an 24 je. Kena improve. Dato Presidente dapat triple bogey dan yang 2 lagi double bogey. Permulaan yang tidak menggalakkan kepada flight kami. Kami terus bermain. Yang nampak steady ialah TSHM. First nine dia dapat gross 45, second nine 48. Jumlah gross 93. Nett 75. Kol Mutalib gross 47 dan 43. Jumlah 90. Nett 74. Saya dan Dato Presidente dapat gross melebihi ‘century’. Partnership saya dengan TSHM dapat imbuhan sikit dari mereka berdua. Thank You Dato. Daun Keladi.
Selesai bermain, bermandi, makeup sikit, kita pun keRestoran TomYam Beranang.
Tempat biasa. Lauk biasa tomyam udang, ikan kembong masak pedas, sotong gulai pedas, sayur bayam dan ulam timun dengan sambal belacan. Tolak sayur, semua nya pedas.
Berpeluh peluh kita. Peluh bermain tak habis lagi, ditambah lak peluh makan pedas. Saya memang standby tuala muka untuk mengelap.
Pembahgian hadiah dikendalikan oleh RK. Mula mula pengumuman saperti berikut:
a. Jemputan kahwin oleh Mej Ismail Hassan atau Ismail Tancho untuk perkahwinan anak nya Etidal dengan Aliff Amzah bin Arani pada 07 Ogos di Kelab Golf Titiwangsa. Semua dijamuan hari tu telah diserah kad jemputan.
b. Dato Yahaya juga akan mengadakan jemputan kahwin untuk anaknya pada xxx di xxxx. Kad jemputan akan diedarkan.
Pemenang hadiah kita pada hari tu adalah saperti dipamirkan dibawah:
Salam
Setiakawan Menanti Piala Bogey Play Pula
ps: Terdeangar lak lagu ni. Harap members akan Terhibur.
Kawan kawan sekelian,
ReplyDeleteMinggu ini saya GUMbira lagi sebab dapat bermain dgn baik spt minggu lepas. Alhamdulillah...semoga prestasi ini dapat dikekalkan.
Yg bermain dalam flt saya..Dato Isa, Arham dan Rustam. Semuanya handal2 belaka. Saya partner Dato Isa. First 9 hancus..10 over. dah giveup. Kami kalah teruk. Fringes je kalah 7. Arham dan Rustam tak kasi chan langsung. Tapi di 2nd 9 lain pulak ceritanya. Dato Isa kutuk saya. Katanya partner tak boleh harap. Memang betul pun. Itu cabaran buat saya. Jadi saya bermain bermati matian sehingga dapat score 2 over aje..satu birdie, 5 par dan 3 boggie. Puas hati den. End result kami menang 3 bola. 7 fringes yg kami kalah di 1st 9 dapat di neutralisekan. Pertarunagan yg sangat sengit.
Minggu depan kalau jadi kita akan bermain di SIGC..my home course. Kpd mereka yg belum pernah bermain di sini..lapanganya OK lah. Cow grass je. Tapi kemudahan club house tak begitu hebat. Maklumlah pokan kocik jo. Saya harap ramai yg akan dapat bermain.