Monday, July 12, 2010

CERITA BOLA SEPAK SIKIT

Tim Bolasepak Negara Sepanyol memenangi FIFA World Cup diJohannesburg pagi tadi apabila Andres Iniesta menyumbat gol diminit ke116 dalam masa tambahan. Kemenangan ini merupakan kemenangan World Cup pertama bagi Sepanyol. Ia juga johan pemegang Piala Eropa tahun 2008. Dicelah kehangatan pertandingan FWC ini yang bermula pada 14 Jun lagi timbul cerita tukang tilik yang tak dijangka. Kalau dulu nak tilik kena jumpa Tukang Tilik, macam Nujum Pak Belalang lah, tapi kali ni secara kebetulan seekor ‘sotong kreta’ (gurita) atau octopus menjadi tumpuan. Sotong ni dibela diaquarium diBarat negeri German. Namanya Paul. Apabila 2 bekas megandungi makanan yang diletakkan bendera negara bertanding dimasukkan kedalam kolam nya, Paul akan membuka bekas itu dan mengambil makanan didalam nya. Kotak yang dipilih dulu dikira negara yang akan menang. Diperingkat separuh akhir Paul telah memilih negara Sepanyol dan bukan negara German. Pilihan nya betul. Negara German kalah dengan Sepanyol 3-2. Diperlawanan akhir Paul telah memilih Negara Sepanyol. Saperti kita ketahui Sepanyol telah menjuarai FWC dengan mengalahkan Belanda 1-0. Tekaan Paul adalah betul seratus peratus, 8 daripada 8.
Semasa tayangan langsung tu, terdapat juga John Deere Classic sedang hangat ditandingkan di TPC Deere Run di Silvis, Illinois, USA. Dapat juga celah celah bola sepak beralih keChannel 815. Sempat nengok Steve Stricker membuat putt untuk bogey dan memenangi kejuaraan itu kali kedua dengan -25, semasa rehat separuh masa diFWC.
Wah banyak nya pertandingan sukan yang berlaku pada satu masa. Formula One pun berjalan pada masa yang sama.
Salam
Setiakawan Ikuti Sukan Lain Juga

1 comment:

  1. Hi Skawan Gang,

    Cerita fasal bola saya tidak miss menonton bila Argentina, Brazil, Germany, Spain dan Holland bermain, tak kira jam berapa. Saya memang minat pasukan-pasukan tersebut tetapi Argentina dan Brazil bungkus lebih awal!
    Itu lah sebabnya bila bermain golf selepas menonton permainan bola jam 02.30 pagi badan dan lengan pun lemah nak pukul bola golf!

    Menantu dan cucu saya, Ameer Rahman adalah peminat No. 10 Massee dan bila Argentina kalah mereka pun tak pakai-pakai lagi jersey dan menggantung jersey Argentina no.10 selama 4 tahun!

    Pagi tadi jam 02.00 pagi saya sudah bangun dan menonton perlawanan diantara Netherland dan Spain. It was a great game and it would go either way. Saya menang bet dengan anak dan menantu sebab saya telah memilih Spain
    setelah dapat pedoman dari Octopus Paul.

    The latest I heard about Octopus Paul, he is now a big celebrity, very much in demand. Paul's handlers are now having lucrative contract with "kaki nombor ekor" in Malaysia. Apparently they have found a system to predict the 3-digit lottery numbers and anybody would go for quick and easy money!

    I feel sorry for many pak nujum because Paul will drive them out of business!

    ReplyDelete