Thursday, June 24, 2010

SETIAKAWAN WEEKLY OUTINGS DI TASIK PUTRI GOLF AND COUNTRY CLUB PADA 23 JUNE 2010


SMS RHM pada 22/06/10 berbunyi ‘ Sir, we got 7 full flights. Damage RM 110.00 only.The package includes G’fee, buggy, buggy, breakfast and lunch only. Should tee off by 0815 hrs. Rgds. RHM’.
Baik nya memilih kelab Tasik Putri ni ialah pertandingan Setiakawan Stableford Trophy atau SESTRO akan diadakan dikelab yang sama pada 30 June ini. Kiranya ini sessi latihan lah. Yang datang bersendirian kemudian untuk latihan tambahan tu terpulang.
Pada pagi tu, tanpa mengalas perut, saya terus ke Tasik Putri. Terbayang kopi panas dan sarapan yang akan dihidangkan. Apabila sampai dikelab, kelihatan Dato Amin sedang menikmati sausages dan baked beans. Saya ingatkan kira dihidang ‘Continental Breakfast’. Menjengok juga keliling. Tak nampak pulak hidangan breakfast tu. Rupanya Dato Amin memesan sendiri kerana takde breakfast dihidangkan. Mengikut cerita ada ‘communication breakdown’ diantara pihak management dengan pihak F&B. Saya terdengar alasan ni dimaklumkan oleh staf Tasik Putri kepada RHM.







Apa yang kita pesan tak sampai kepada mereka yang menyiapkan makanan tu.
Dalam kelaparan tu saya mencelah bahawa masaalah nya ialah masaalah dalaman. Antara Management dengan F&B. Yang jadi ‘mangsanya’ kita. Kerap sangat kepincangan serupa ini dijadikan alasan untuk tidak ‘efisien’. Kalau kita kenalkan ISO 9000 berapa pun , kepincangan sebagini masih akan timbul.’Malaysia Boleh’.
Mengikut RHM ada 7 full flights. Maknanya 28 pemain. Jumlah 28 ni kian menjadi kelaziman kehadiran tiap tiap minggu. Bagus tu. Ternampak kerut muka RHM pagi tu. Rupanya dari 28 yang mengesahkan penyertaan, 3 telah menarik diri. Ketiga tiga ada sebab masing masing. Disegi lumrah, saya berfikir kita harus terima hakikat bahawa kita tidak boleh menetapkan rancangan kita secara muktamad. Ada juga perundangan yang dikenali sebagai ‘Murphy’s Law’. Disegi pihak Convenor pulak, ‘berterabur’ lah rancangan yang telah diatur. Implikasinya ialah akan terdapat 3 flights dengan 3 pemain saje. Kita dah pesan sebanyak 14 buggy. Budget untuk buggy dikira dari penyertaan 28 orang. Kekurangan ini juga bermakna seramai 25 pemain akan membayar untuk sebanyak 14 buggy. Mengikut RHM ‘ Budget Dah Lari’. Sorang daripada ‘absentee’ adalah dari flight saya. Ingatkan ada peluang ‘Return March’ selepas bertarung diBeijing minggu sabelum tu. Tak de chan lah nampaknya. RHM juga memaklumkan saya untuk mengingatkan ‘Squad’ saya tu untuk membayar RM 36 sebagai ‘GantiRugi’.
Oleh sebab bertiga atau 3 balls, flight kami takde ‘standi’ atau kedudukan. Low priority lah kita. Jadi kami bergegas ketee box untuk berlepas dulu supaya mendepan dari flight 4 balls. Kalau tidak kami akan sentiasa menunggu flight yang berempat yang pastinya akan lambat dari kami. Sampai ditee box pertama, rupanya dah ada orang. Flight no 4. Mereka pun 3 balls kerana saorang menarik diri. Sama macam kami. Sama pemikiran.
Flight say terdiri dari Dato Isa (11), Dato Khalid (13) dan saya (24). Untuk kecil kecilan kami ‘cutthroat’. Lawan satu sama lain. 15–5-5. Saya dapat 12 stroke dari Dato Isa dan 11 stroke dari Dato Khalid. OK lah tu. Lubang pertama par 4, kami semua dapat Bogey 5. Kira kira sama standard tu. Mula kelihatan kekurangan saya apabila Dato Isa par di Lubang 3 par 3. Diikuti Dato Khalid par diLubang 4. Mereka berdua par lagi diLubang 5. Saya cuba mengikuti dengan mendapat bogey tiap tiap lubang. Keseluruhan nya Dato Isa dapat 4 par keseluruhan sementara Dato Khalid mendapat 5 par dan satu birdie. Birdie tu chip in dari apron. Macam Tiger Woods je. Tapi dia juga ada double dan triple bogey. Keseluruhan Dato Isa dapat gross 88, net 77, Dato Khalid gross 90 net 77 dan saya gross 99 net 75. Mengikut net kiranya saya lebih baik lah. Ahem Ahem.
Kami selesai lebih kurang jam 12.30 tengah hari. Kira nya cepat tu.
Makan tengah hari ialah nasi goreng, mee hoon goreng dan kari ayam. Air, orange squash. Apabila sudah duduk dimeja diGolfers’ Terrace, baru makan dihidangkan. Selesai makan, acara penyampaian hadiah yang dikendalikan oleh Kol Mutalib. Beliau telah mengumumkan pemenang hadiah saperti dipamirkan dibawah:








Nampak nya Ibrahim Mohammad dah mula menyerlah balek. Dia Champion kita untuk Outings kali ni. Deputy Champion pulak kiranya orang baru, Mokhtar Hassan. Saya panggil dia Kotai. Champion A Medal pulak ialah Dato Daud Ariffin. Ketiga tiga mereka ni main ‘under’.



Pemenang yang lain main par melainkan pemenang kedua B Medal dapat 3 over 75. Saya lah tu. Nampaknya 2 anak Hassan dapat hadiah kali ni. Well Done Bro.
Selesai pembahgian hadiah dan selepas members bersurai AJK Setiakawan bersidang.






Mesyuarat Jawatankuasa SetiakawanGolf

Mesyuarat AJK, secara lazim nyz diadakan selepas Weekly Outings kita. selepas members lain beredar, Kali ini, kami memulakan perbincangan pada jam 1.35 petang. Order Nescafe tarik dulu baru berbincang.
Yang menjadi tumpuan kali ini ialah Setiakawan Stableford Trophy – SESTRO. Dato Presidente yang mempengerusikan perbincangan menjemput RHM untuk mengemaskini kan yang hadir.
Mengikut RHM:
a. Medan Pertempuran ialah diTasik Putri Golf and Country Resort (TPG&CC). Pihak TPG&CC maklum akan pertandingan kita dan telah bersetuju supaya kita bermain di Putera dan Puteri Nines. First dan Second Line lah tu. TPG&CC sudah dimaklumkan supaya kita memulakan pertandingan secara ‘shotgun’.
b. Terkini seramai 54 telah mendaftar untuk menyertai. Hampir kesemua nya telah pun membayar yuran pertandingan kecuali 20% masih belum lagi. Dijangka mereka akan menyelesaikan sabelum tarikh pertandingan. RHM menyatakan bahawa kemungkinan akan terdapat 6 orang guests. AJK tidak ada halangan diatas penyertaan ini tetapi mereka akan menyertai sebagai ’guests’ dan bertanding untuk hadiah khas untuk ’guests’ sahaja.
c. Tan Sri Nik Ismail juga ada menyebut tentang sumbangan bola. Tak dipasti sebanyak mana, tetapi dianggarkan banyak juga. AJK memutuskan supaya bola bola ini dijadikan hadiah novelty.
Seterusnya AJK menetapkan bahawa:
a. Piala SESTRO hanya boleh dimenangi oleh ahli ahli yang telah menyertai Weekly Outings kita sekurang kurang nya 5 kali. Ahli ahli lain berhak memenangi hadiah hadiah lain yang ditawarkan termasuk sebagai pemenang pertama hadiah.
b. Penaja piala tidak akan memenangi piala yang ditaja nya termasuk untuk SESTRO.
c. Untuk pertandingan Novelti, akan diadakan 4 NTP, 4 NTL dan 2 Longest Drive.
d. Juga akan diadakan pertandingan ’Pool Bull’ dengan bayaran sebanyak RM 10. Sesiapa yang memasuki bulatan yang akan digariskan memenangi kutipan wang itu.

Mesyuarat AJK selesai pada jam 3.30 petang.





Salam


Setiakawan Dah Cukup Berlatih Untuk SESTRO

ps: Club 12/68 atau Pengambilan Pegawai Kadet Tentera Darat ke12 Tahun 1968 mengadakan Perjumpaan Tahunan nya diBeijing mulai 16 hingga 20 Jun 2010. Yang ingin mengikuti lawatan kami sila lah ke http://club1268.blogspot.com/

2 comments:

  1. Hi Skawan Gang,

    Welcome back Skawan Members who had been away on Beijing Tour. Skawan website was certainly very quiet and lonely without John around.
    I am sure you guys enjoyed the Beijing experience but I hope you leave the caddies behind!

    My happiness during last week's game was to be able to play with Mafar (hc 14) for the first time and "Mike Weir" (hc 17) after a long time.
    How I wish I have a chance to play with different players every week in the spirit of skawan and where possible avoid getting too excited with the three-one-one with same players for few successive games! Of course the is always an exception. I hope RHM, please take note!

    I was very happy with my "precision chipping" but the entire game was "kaput" with a tripple bogey at par-3 hole 8 and returned a gross 91... not good enough with Rustam and Raja Abdullah around! However, I was very consistant by having gross 91 during last week's and last Wednesday's game, which means, in a plain golf language I am a "Handicap 19 golfer" by USGA standard!

    See you guys at SESTRO on 30 Jun, insyaAllah.

    DNA

    ReplyDelete
  2. Kawan kawan sekelian,

    Kami baru je balik dari Beijing dgn hati yg sangat puas serta GUMbira. Yg paling tak dapat saya lupakan ialah tentang jam tangan yg dijual jauh lebih murah dari Chiangmai...separuh je harga..RM50 satu. Malangnya bagi yg main golf kami hanya ada sehari je untuk shopping..actually less than half a day, about 3 hrs only. Great wall, Tian an men square, forbidden city, summer palace semuanya menakjubkan. Tapi golf mahal sikitlah..around rm300 itu pun pakai embassy rate.

    Sekarang ni saya tak nak ambil kisah sangat tentang permainan golf saya mahupun hcap. Dah memang sah saya tak boleh bermain dgn hcap yg ada sekarang. Sejak bermain dgn hcap 13 ni belum pernah lagi rasanya saya dapat bermain par golf, jauh sekali bermain under. Oleh itu belasah saje lah. Janji tiap2 hari rabu saya boleh join Setiakawan. Itu yg paling penting pada saya...seronok dapat berjumpa kawan2 sambil bergurau senda. Kalau nasib baik dapat lak caddy yg cun melecun..bertambah GUMbiralah saya pada hari itu.

    Weekend ni kira nak practice le sikit untuk SESTRO. Tapi dua2 hari penuh dgn wedding. Malangnya nasibku.

    ReplyDelete